Skip to main content

Posts

3,400 dos vaksin H1N1 untukpetugas kesihatan Negeri Sembilan

SEREMBAN 7 Dis. - Sebanyak 3,400 dos vaksin bagi mencegah wabak selesema babi dibekalkan kepada petugas Jabatan Kesihatan negeri dalam usaha membendung gelombang kedua penularan influenza A (H1N1) di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, langkah itu bertujuan mengekang dan menjamin tahap kesihatan petugas daripada dijangkiti virus berkenaan. ''Kita telah mengadakan kursus pengendalian pemberian vaksin kepada petugas kesihatan bagi pelaksanaan yang lebih cekap. ''Jabatan Kesihatan akan menjalankan pemantauan rapi dalam pemberian vaksin H1N1," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada masa yang sama, Ismail memberitahu peringkat awal pemberian vaksin berkenaan adalah untuk 'barisan hadapan' sebelum diperluaskan kepada orang ramai. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan gelombang kedua H1N1 dan perlu sentiasa peka dengan k...

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua

PUTRAJAYA: Pasukan pemantau Influenza A (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini hari ini, Liow berkata jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes. "Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius. "Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata Hari Inovasi akan menjadi acara tahunan kementerian itu mulai tahun ini sejajar dengan saranan Perdana Menter...

Jemaah, petugas diberi vaksin

MEKAH 3 Nov. – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mula memberikan vaksin kepada jemaah haji tempatan dan petugas di Mekah dan Madinah sebagai langkah mencegah penularan selesema babi. Penolong Timbalan Menteri Kesihatan untuk Perubatan Pencegahan, Dr. Ziad Al-Memish berkata, jumlah dos untuk vaksin selesema babi adalah banyak untuk mula memvaksin kumpulan ini kerana langkah-langkah pencegahan ini hanya berkesan selepas 10 hari vaksin diberikan. Dalam laporan akhbar harian berbahasa Inggeris Arab Saudi, Arab News, beliau berkata, memberikan vaksin bukanlah wajib bagi jemaah haji tempatan tetapi beliau meminta agar mereka mengambil vaksin ini 10 hari sebelum menunaikan ibadah haji. Seramai 7,000 orang telah dihidapi selesema babi yang menyebabkan 62 kematian di negara itu. Pada Isnin, Kementerian Kesihatan telah memberikan vaksin itu kepada 74 pusat kesihatan di 18 wilayah yang ada pesakit disyaki menghidapi selesema babi sehingga tengah malam setiap hari. Beliau berkata, mesin pengawa...

Kerajaan sasar 1 doktor untuk 600 penduduk

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan untuk mencapai nisbah seorang doktor berkhidmat kepada 600 penduduk sebelum tahun 2020, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, kini nisbahnya ialah seorang doktor berkhidmat kepada 1,145 orang penduduk dan keadaan itu masih agak baik. "Kalau tengok nisbah populasi doktor di negara kita, masih baik," katanya ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Liow berkata, kerajaan sedar akan masalah kekurangan pegawai dan kakitangan perubatan di negara ini dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah tersebut. "Salah satu masalah yang dihadapi ialah pengaliran keluar doktor terlatih dalam kerajaan iaitu setiap tahun kira-kira 200 hingga 400 doktor akan keluar daripada perkhidmatan kerajaan ke hospital swasta. "Sekarang, kementerian sedang berusaha melihat bagaimana untuk kita hendak pastikan menggembleng ten...

H1N1: Pantau jika berlaku peningkatan semula

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau penularan wabak Influenza A(H1N1) di negara ini untuk mengesan sama ada terdapat peningkatan semula kes itu yang kini semakin berkurangan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya akan membuat laporan mengenai wabak itu dari masa ke semasa dan memastikan langkah mengawal H1N1 yang dijalankan adalah berkesan. "Kes H1N1 telah menurun berbanding Ogos dan September. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh ambil ringan mengenainya kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan di Malaysia pandemik ini masih berada di tahap enam," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian itu di sini hari ini. Liow berkata, WHO belum mengisytiharkan Malaysia sudah bebas daripada pandemik itu. Beliau berkata, sehingga kini angka kematian akibat H1N1 masih kekal 77 dan bilangan pesakit yang ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi juga semakin berkurangan. Beliau juga meminta orang ra...

RM14mil for A(H1N1) vaccine

PETALING JAYA: The Health Ministry is spending RM14mil to purchase 400,000 doses of influenza A(H1N1) vaccine. The first batch of 40,000 doses would arrive by the end of this month, said minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. Cyber-launch: Liow signing a plaque to mark the opening of GlaxoSmithKline’s Global IT Centre in Kuala Lumpur yesterday. — Bernama Speaking to reporters after opening GlaxoSmithKline’s (GSK) Global IT Centre yesterday, he said the ministry decided to purchase the vaccine from GSK as the company could meet the earliest delivery time. Some firms could only provide the vaccine in mid-2010, he said, adding that the ministry had yet to fix the selling price per dose for the vaccine. He had also noted previously that the vaccine would be for frontliners first such as health workers, the police and immigration staff. Liow stressed that the public must take precautionary measures although H1N1 cases were on the decline and no deaths had been reported since Sept 16....

Pakai penutup hidung, mulut

Oleh MASDAR R. ARIFUDIN pengarang@utusan.com.my PENGETUA Sekolah Menengah Sri Permaisuri, Razana Aini Ali Dawam memeriksa suhu badan seorang pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZULHAFIZ HANAFIAH KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Kesihatan menasihatkan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) agar memakai penutup hidung dan mulut. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, perkara itu penting kerana selagi mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala ILI, mereka masih menjadi punca jangkitan kepada pelajar lain. ‘‘Kementerian Kesihatan juga meminta kerjasama petugas peperiksaan agar pelajar yang mempunyai gejala ILI diasingkan daripada pelajar yang sihat,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka termasuk memaklumkannya kepada pihak sekolah. Sementara itu j...