Skip to main content

Rakyat puas hati khidmat klinik

GEORGETOWN: Lima Klinik 1Malaysia di negeri ini yang memulakan operasi sejak beberapa hari lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Lima Klinik 1Malaysia beroperasi di negeri ini masing-masing di Jelutong dan Sungai Ara di bahagian pulau; dan di Teluk Air Tawar, Butterworth; Batu Kawan dan Alma, Bukit Mertajam.


Kedudukan klinik itu di kawasan padat penduduk, strategik dan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari menyebabkan premis itu mudah dikunjungi.

Kebanyakan yang mendapatkan rawatan ialah mereka yang mengalami penyakit ringan dan menjalani pemeriksaan darah dan kadar gula.

Tinjauan Berita Minggu mendapati Klinik 1Malaysia di Taman Desa Ria, Sungai Ara untuk daerah Barat Daya dan Jelutong untuk daerah Timur Laut, ditempatkan di kawasan padat penduduk.

Kedua-dua klinik itu mempunyai kelengkapan mencukupi yang mampu memberi rawatan selesa dan pantas serta dengan kos hanya RM1 untuk warga negara.
Ruang menunggu dan bilik rawatan yang menampakkan keceriaan termasuk senyuman jururawat serta pembantu perawatan menambahkan lagi keselesaan pesakit.

Pesakit menerima layanan selepas menunggu antara 15 minit hingga 30 minit, bergantung jumlah pesakit atau keadaan semasa.

Pembantu Pegawai Perubatan Kanan Klinik 1Malaysia Jelutong, E Kalimuthu, berkata klinik diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu memberi rawatan asas dan pemeriksaan darah, glukosa dan air kencing.

"Jika ada pesakit yang memerlukan rawatan pakar, kami rujuk ke Hospital Pulau Pinang," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and the...