Skip to main content

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid


Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus

HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah.

Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.

Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah.

Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain.

Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.

“Bagaimanapun, ada juga pendarahan yang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat anti radang. Dalam keadaan begini trauma kecil pun boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.

Jelas Dr Raymond, ada kala hidung berdarah disebabkan jangkitan, alahan atau masalah sinus, tekanan darah tinggi, mengorek hidung keterlaluan yang menyebabkan trauma, pengambilan alkohol.

“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.

Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.

Pendarahan pada hidung yang kerap berlaku mungkin simptom masalah penyakit lain misalnya penyakit genetik dikenali sebagai Sindrom Osler-Weber-Rendu (degenerasi pada sistem salur darah).

Perlu juga diingat, ada kalanya pendarahan hidung itu mungkin simptom barah hidung. Pada akhirnya, jika pendarahan itu berlaku lebih dari sekali, jumpa pakar untuk pemeriksaan dengan endoskopi (kamera berlampu dengan skop nipis).

INFO:

Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?
  • Picit bahagian bawah hidung
  • Tekan hingga terasa tulang muka
  • Mendongak dengan kepala menegak.
  • Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
  • Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
  • Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.


Kenapa perlu dapatkan rawatan pakar
  • Pendarahan tidak berhenti selepas 20 minit
  • Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala
  • Trauma yang mungkin menyebabkan hidung patah. - Berita Harian

Comments

  1. Adakah perlu berjumpa dengan doktor jika hidung berdarah setelah sekian lama tidak mengalami hidung berdarah? Saya juga mengalami sakit kepala selepas hidung berhenti berdarah.

    ReplyDelete
  2. hidung saya slalu berdarah bila malam semasa tdur dah 3mlm dah...apa hrus saya lakukan

    ReplyDelete
  3. anak saya yg berusia 8 tahun pun mengalami hidung berdarah, nie dh kali ke 2. yg pertama kene pada bln dis 2011, kali ke 2 pada jan 2012, masa kat sekolah. dia cakap x sakit cuma pening ckit je... mungkin cuaca panas agaknye...

    ReplyDelete
  4. Anak perempuan saya berumur 4 tahun hampir setiap hari mengalami hidung berdarah tetapi tidak sakit. Darah segar pekat yang keluar n berhenti beberapa minit kemudian . Perlukah saya merujuk pakar?

    ReplyDelete
  5. Anak saya berumur 7 tahun. Kerapkali beliau mengalsmi hidung berdarah terutamanya pada sebelah pg, ketika cuaca panas atau sejuk terutamanya sekiranya kami menggunakan penghawa dingin. Pernah jugak terjadi pada malam hari... Hidungnya berdarah dalam beberapa minit tanpa rasa sakit. Dia juga selalu menggesek hidungnya kerana gatal dan matanya selalunya berair. Selain itu dia mudah demam dan selsema.. Kenapa ini berlaku?Bagaimana masalah ini dapat diatasi?

    ReplyDelete
  6. Asalamauallaikum...sa hanya inginkan kepastian disni,bukanakah sesorang yang mengalami hidung berdarah perlu duduk dan bongkokkan badan kehadapan bagi mengelakkan darah mengalir ke kerongkong?hehe..confuse pulak yg mana satu btul ni?

    ReplyDelete
  7. Salam,hidung saya tak berdarah byk..tapi tersumbat sebb sebelah kiri je berdarah, susah nak bernafas tapi selalu je kene..nape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun sama.hidung berdarah n susah nk bernafas

      Delete
  8. macm mane plk klo hidung berdarah lbh dari 24 jam..walaupon telah berjmpe doktor..tlunk jlas kn,,,

    ReplyDelete
  9. Punca Hidung Berdarah
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

    ReplyDelete
  10. hidung saya berdarah sejak umur 6 tahun sehingga 20 tahun sekarang. waktu tidur pon hidung berdarah. semasa dlm kelas pon hidung saya berdarah. saya juga mengalami sakit kepala dan rasa mual selepas hidung berdarah. kadang² ada juga rasa ngilu yg teramat sgt dan sakit. bapa saya juga pernah mengalami sakit kepala (migrain) dan hidung berdarah. adakah ini penyakit keturunan? tetapi bapa saya sudah sembuh kerana bapa saya minum kopi. dan saya pula tidak boleh minum kopi kerana saya akan sakit kepala. kadang² sampai saya tumbuk kepala sendiri dan sakit mata sekali gus.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Klinik 1Malaysia mudah rakyat

Penubuhan tak jejas pendapatan klinik swasta, pengamal perubatan: Najib KUALA LUMPUR: Penubuhan Klinik 1Malaysia di seluruh negara tidak akan menjejaskan pendapatan doktor dan klinik swasta, malah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya rakyat berpendapatan rendah.   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kewujudan 50 klinik yang beroperasi sepenuhnya bulan ini bukan saja memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan awal, malah pesakit dirujuk kepada doktor swasta untuk rawatan susulan. Pada masa sama, Najib mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memastikan pendapatan pengamal perubatan tidak terjejas berikutan usaha kerajaan itu. "Tidak terjejas, sebab pesakit dari Klinik 1Malaysia akan rujuk kepada mereka (klinik swasta). Jika pesakit ada hubungan dengan mana-mana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka. "Klinik ini untuk memudahkan rakyat mendapat pe