Skip to main content

Denggi ragut 29 nyawa dalam seminggu

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Empat kematian akibat denggi dilaporkan dalam tempoh seminggu dari 21 Februari hingga hari ini menjadikan kematian akibat demam tersebut meningkat kepada 29 kes untuk dua bulan pertama tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, empat kematian itu melibatkan dua kes di Selangor dan masing-masing satu di Putrajaya serta Negeri Sembilan.

"Kes denggi pada minggu ini bagaimanapun berkurangan kepada 670 berbanding minggu lepas iaitu 935 kes dengan jumlah terkumpul dari 1 Januari hingga 27 Februari ialah 7,898 berbanding 9,543 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Wangsa Maju, di sini hari ini.

Tiong Lai turut meminta semua klinik serta hospital swasta menjalankan pengesanan denggi ke atas pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

Katanya, langkah awal mengesan denggi akan dapat menyelamatkan mangsa kerana mereka akan diberikan rawatan segera.

"Denggi amat berbahaya dan sekiranya lambat dikesan serta lambat dirawat, ia akan menyebabkan mangsa berdepan dengan risiko kematian," katanya.

Tegasnya, usaha telah dijalankan oleh kementerian untuk memastikan pihak berkuasa tempatan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.

Tambah beliau, keadaan cuaca yang sekejap hujan dan sekejap panas menyebabkan nyamuk aedes yang membawa virus denggi dapat membiak dengan lebih banyak serta pantas.

"Larva nyamuk aedes ini boleh hidup untuk tempoh enam bulan dan jika tempat pembiakannya tidak dihapuskan, ia akan memberi risiko tinggi kepada penduduk setempat," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Klinik 1Malaysia mudah rakyat

Penubuhan tak jejas pendapatan klinik swasta, pengamal perubatan: Najib KUALA LUMPUR: Penubuhan Klinik 1Malaysia di seluruh negara tidak akan menjejaskan pendapatan doktor dan klinik swasta, malah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya rakyat berpendapatan rendah.   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kewujudan 50 klinik yang beroperasi sepenuhnya bulan ini bukan saja memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan awal, malah pesakit dirujuk kepada doktor swasta untuk rawatan susulan. Pada masa sama, Najib mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memastikan pendapatan pengamal perubatan tidak terjejas berikutan usaha kerajaan itu. "Tidak terjejas, sebab pesakit dari Klinik 1Malaysia akan rujuk kepada mereka (klinik swasta). Jika pesakit ada hubungan dengan mana-mana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka. "Klinik ini untuk memudahkan rakyat mendapat pe