GURUN 18 Ogos - Seorang wanita yang kini terpaksa menoreh getah bagi menyara keluarga selepas suaminya mengalami ketumbuhan di pipi kanan kira-kira dua bulan lepas, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya.
Mariam Len, 53, perlu menyara lapan anak berusia 21 hingga lapan tahun di samping menguruskan suaminya Ismail Hasim, 57, yang kini terlantar dan tidak boleh bercakap.
"Setelah suami saya ada ketumbuhan dia tidak boleh buat kerja. Saya ambil keputusan bekerja sebagai penoreh di ladang berhampiran rumah dengan pendapatan sekitar RM300," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Guar Stesen, Guar Chempedak dekat sini.
Katanya dengan pendapatan tidak menentu, dia bimbang jika tidak dapat membiayai kos persekolahan anak-anaknya jika penyakit suaminya tidak menunjukkan perubahan.
Ismail disahkan menghidap ketumbuhan itu awal Jun lalu oleh Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor mengesahkan Ismail tidak boleh menjalankan pembedahan ekoran ketumbuhan terlalu kronik dan boleh mendatangkan risiko tinggi.
Dia perlu menjalani rawatan kimoterapi sebulan sekali di HSB.
"Suami saya tak boleh makan dan hanya bergantung kepada susu yang disyorkan doktor. Memandangkan susu berkenaan agak mahal saya tidak mampu untuk mendapatkannya dan kadang kala terpaksa mengharapkan sumbangan saudara mara dan jiran," katanya yang mengharapkan sumbangan orang ramai agar dapat meringankan bebannya sekeluarga.
Ditanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Mariam berkata tiada apa-apa yang dibuat memandangkan nasib suaminya yang masih kabur.
"Saya tak fikir lagi soal itu. Kalau ada orang sudi memberi bantuan saya terima dengan hati terbuka," katanya dengan nada sebak.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Mariam di talian 012-4354852 atau akaun Bank Islam nombor 02-084-02-027640-7 atas nama Mariam Len. - BERNAMA

Comments
Post a Comment