Skip to main content

Bayi jantung berlubang perlu bantuan RM45,000

KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu berdoa untuk melihat keajaiban berlaku ke atas anak saya,” kata ibu bayi malang, Dammea Darwisya Mohamad Zaki, empat bulan, yang mengalami masalah jantung berlubang sebulan selepas dilahirkan.
DAMMEA...kini berusia 4 bulan.
DAMMEA...kini berusia 4 bulan.

Dammea Darwisya yang menjalani pembedahan jantung semalam memerlukan bantuan orang ramai bagi kos pembedahan dan rawatan susulan yang mencecah RM45,000.

Ibunya, Farrah Abdillah, 31, berkata anak keduanya itu tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah jantung ketika dilahirkan dan hanya disahkan menghidap masalah itu ketika berusia sebulan selepas mengalami masalah sukar bernafas.

“Selain tercungap-cungap ketika bernafas, tanda-tanda awal lain menunjukkan dia menghidap penyakit itu adalah seperti selalu tidur, tidak aktif, suara dia tidak keluar dan demam kuning” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di sini semalam.

“Saya tidak terfikir langsung dia sakit ketika melihatnya selalu tidur dan tidak aktif seperti bayi lain kerana saya ingatkan ia masalah normal kerana setiap bayi mempunyai perwatakan yang berbeza,” katanya.

“Sebagai ibu pasti saya rasa sedih, lebih-lebih lagi selepas melihat berat badannya susut dan memerlukan pemantauan sepenuh masa,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di sini semalam.

Menurutnya, untuk menjaga Dammea Darwisya, dia sudah tiga bulan bercuti tanpa gaji manakala pendapatan suaminya, Mohamad Zaki Bustahar, 33, sebanyak RM800 sebulan yang bekerja sendiri juga belum cukup untuk menampung kos rawatan susulan anaknya.

“Saya sangat berharap orang ramai menghulurkan sumbangan meringankan beban saya dan keluarga serta paling penting demi kesihatan anak saya untuk hidup sihat,” katanya.

Orang ramai ingin menghulurkan sumbangan boleh mengirim cek atas nama Harian Metro, manakala nama pesakit ditulis di belakang cek dan dihantar kepada Juruwang Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, 31, Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Klinik 1Malaysia mudah rakyat

Penubuhan tak jejas pendapatan klinik swasta, pengamal perubatan: Najib KUALA LUMPUR: Penubuhan Klinik 1Malaysia di seluruh negara tidak akan menjejaskan pendapatan doktor dan klinik swasta, malah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya rakyat berpendapatan rendah.   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kewujudan 50 klinik yang beroperasi sepenuhnya bulan ini bukan saja memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan awal, malah pesakit dirujuk kepada doktor swasta untuk rawatan susulan. Pada masa sama, Najib mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memastikan pendapatan pengamal perubatan tidak terjejas berikutan usaha kerajaan itu. "Tidak terjejas, sebab pesakit dari Klinik 1Malaysia akan rujuk kepada mereka (klinik swasta). Jika pesakit ada hubungan dengan mana-mana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka. "Klinik ini untuk memudahkan rakyat mendapat pe...