Skip to main content

Kebersihan Tangan Senjata Perangi Jangkitan Selesema?

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Umum mengetahui bagaimana cepatnya penularan selesema H1N1 sehingga penyakit ini diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Bagi membantu dalam pengawalan penularan penyakit itu, orang ramai perlu memahami bagaimana influenza merebak dan apa yang mereka boleh buat bagi merendahkan peluang mereka dijangkiti virus influenza A.

Menurut pakar penyakit respiratori Dr Anne Tan, pihak berkuasa kesihatan percaya virus influenza A boleh berjangkit dari individu ke individu sama seperti virus selesema yang bermusim.

Selesema biasanya berjangkit melalui 'cairan titisan' ketika batuk atau bersin.

Sekresi atau cecair respiratori mereka yang menghidap selesema mempunyai kandungan virus influenza yang tinggi.

"Titisan respiratori dari orang yang menghidap selesema, bila mereka batuk atau bersin, tidak pergi jauh. Hanya dalam lebih kurang satu meter. Tetapi virus dari titisan ini boleh menjangkiti orang lain yang berada kurang dari jarak (satu meter) ini," kata Dr Tan.

Inilah cara biasa merebaknya penyakit selesema.

"Bila batuk atau bersin, titisan yang mengandungi virus ini juga boleh mencemari permukaan yang berdekatan seperti permukaan meja, bangku, tangga, eskalator dan lif. Permukaan ini bila disentuh orang lain, mereka boleh dijangkiti virus," jelas Dr Tan.

PEMBERSIH TANGAN

Menurut pakar Terapi Intravenous dan Kawalan Jangkitan B. Braun Medical Supplies Sdn Bhd, Tan Joan Nee, beberapa kajian menunjukkan ramai individu menyentuh hidung atau mulut mereka beberapa kali dalam sejam dalam kehidupan seharian mereka.

"Jadi memang banyak peluang mereka dijangkiti virus serta kuman lain," kata Tan.

Kata beliau, satu kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pembersih tangan (handrub) efektif menentang jangkitan selesema yang bermusim termasuk influenza A.

Sabun biasa atau yang mempunyai kandungan antimikrobial akan mengurangkan virus di tangan anda tetapi bila tiada kemudahan sinki atau besin basuh, pembersih tangan yang mengandungi alkohol boleh digunakan.

Pembersih tangan (handrub) merupakan kaedah yang efektif bagi menghilangkan virus dari tangan, menurut Pengurus Bahagian Pasaran Pesakit Luar BN. Braun Medical supplies Sdn Bhd, Wong Liang Min.

Antaranya ialah produk yang dinamakan Softaman, pembersih tangan keluaran B. Braun.

SOFTAMAN

Menurut Wong, Softaman ialah sejenis pembersih tangan cecair yang sangat sesuai untuk disinfeksi tangan.

"Ia lembut pada tangan dan tidak mendatangkan reaksi alergi," kata beliau.

Softaman mengandungi ethanol yang menjadikan virus tidak aktif serta 1-propanolol yang mempunyai ciri penghapusan fungi serta bakteria, menjadikan ia efektif bila membersihkan tangan daripada mikro-organisme seperti virus, fungi dan bakteria.

"Kajian yang dijalankan di Switzerland baru-baru ini menunjukkan Softaman efektif terhadap virus H1N1," tambah Wong.

Sementara itu, Tan berkata Softaman juga baik untuk kelembutan kulit tangan kerana ia mengandungi bahan penjagaan kulit seperti panthenol (pro-vitamin B5), bisabolol (agen aktif anti-keradangan dalam herba chamomile) dan allantoin yang memberikan perlindungan kepada kulit.

Indikasi Softaman ialah untuk pembersihan tangan dan bertindak terhadap virus seperti HIV, Rotavirus, virus herpes simplex dan H1N1 serta juga bakteria dan fungi, kata Tan.

SEJAUH MANA KEBERSIHAN TANGAN DAPAT MENGHALANG JANGKITAN?

Sejauh manakah kebersihan tangan dapat menghalang jangkitan penyakit?

Tan mengutarakan satu soalan.

"Kebersihan di hospital juga memainkan peranan dalam mengawal jangkitan. Adakah petugas mempunyai cukup kemudahan untuk membersihkan tangan mereka?"

Menurut laman web www.phls.org.uk, membasuh tangan oleh petugas penjagaan kesihatan ialah langkah paling penting dalam pencegahan jangkitan di hospital.

Dalam dunia perubatan, memang diakui bahawa tangan merupakan 'reservoir' (kolam takungan) bagi bakteria dan membasuh tangan dapat mengurangkan kadar jangkitan penyakit.

"Kebersihan tangan dirujuk sebagai antara kaedah yang paling baik bagi menghalang jangkitan nasokomial," menurut Tan.

Tetapi adakah kaedah ini dipraktikkan setiap masa oleh petugas penjagaan kesihatan seperti di hospital?

Kata Tan terdapat beberapa faktor kenapa kurangnya pematuhan terhadap kaedah membasuh tangan di hospital seperti agen pembersihan tangan yang digunakan meninggalkan kesan iritasi dan kekeringan pada tangan .

"Mungkin tidak cukup sinki dan sinki cuci tangan atau sinki terletak terlampau jauh, tiada sabun atau tuala kertas. Petugas juga mungkin terlampau sibuk dan tidak cukup masa untuk berhenti membasuh tangan mereka.

"Tidak cukup petugas atau terlampau ramai pesakit juga ialah satu faktor dan pesakit yang memerlukan perhatian segera turut menyebabkan petugas penjagaan kesihatan gagal membasuh tangan mereka".

BAGAIMANA SELESAIKAN MASALAH?

Bagaimana kita boleh selesaikan masalah ini?

Kata Wong, kajian menunjukkan penggunaan pembersih tangan atau 'handrub' boleh menyelesaikan masalah tidak patuh dalam kewajiban membasuh tangan.

"Cecair pembersih tangan seperti Softaman adalah alternatif yang baik bagi sabun dan air ataupun pembasuhan surgikal (surgical scrubbing). Penggunaan ini memang baik terutama jika petugas tidak mempunyai masa yang cukup", tambah beliau. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Klinik 1Malaysia mudah rakyat

Penubuhan tak jejas pendapatan klinik swasta, pengamal perubatan: Najib KUALA LUMPUR: Penubuhan Klinik 1Malaysia di seluruh negara tidak akan menjejaskan pendapatan doktor dan klinik swasta, malah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya rakyat berpendapatan rendah.   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kewujudan 50 klinik yang beroperasi sepenuhnya bulan ini bukan saja memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan awal, malah pesakit dirujuk kepada doktor swasta untuk rawatan susulan. Pada masa sama, Najib mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memastikan pendapatan pengamal perubatan tidak terjejas berikutan usaha kerajaan itu. "Tidak terjejas, sebab pesakit dari Klinik 1Malaysia akan rujuk kepada mereka (klinik swasta). Jika pesakit ada hubungan dengan mana-mana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka. "Klinik ini untuk memudahkan rakyat mendapat pe...