PUTRAJAYA: Pasukan pemantau Influenza A (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini hari ini, Liow berkata jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes. "Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius. "Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata Hari Inovasi akan menjadi acara tahunan kementerian itu mulai tahun ini sejajar dengan saranan Perdana Menter...
Feeding 1MALAYSIA with updates on H1N1. Compiling news, reports & guidelines for 1MALAYSIA to understand and practice healthy living.