Skip to main content

Posts

Showing posts from February 28, 2010

Ekstrak habatussauda dalam produk kesihatan

SEJAK dahulu, tumbuhan habatussauda atau nama saintifiknya Nigella sativa telah terkenal dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Dikenali sebagai jintan hitam oleh penduduk negara ini, penanamannya banyak dijalankan di kawasan Mediterranean yang mempunyai iklim gurun. Ia termasuk di Sri Lanka, Sudan, Iran, Yaman, Itali, Greece dan juga India. Mengambil peluang memperluaskan kajian dan penyelidikan mengenai tumbuhan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru telah memperkenalkan produk makanan tambahan berasaskannya. Dikenali sebagai Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF), ia merupakan produk nutraseutikal yang diekstrak daripada biji habatussauda. Ekstrak tersebut mengandungi bahan bioaktif Timokuinon (TQ) yang kaya dengan agen antioksida. Menurut penyelidiknya, Prof. Dr. Maznah Ismail, TQRF mempunyai keupayaan melindungi dan merawat penyakit berkaitan penuaan, kardiovaskular dan juga kanser. ''Kepelbagaian penyakit ini sebenarnya disebabkan oleh tek

Berkongsi tuala boleh jangkit ketuat

BOLEH dikatakan setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di bahagian tubuh. Biasanya ketuat tersebut tidak mengganggu dan ada juga yang boleh hilang sendiri tanpa perlu dibuang menerusi pembedahan. Ketuat juga boleh berlaku pada kanak-kanak, untuk pengetahuan anda, ketuat berpunca dari sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan human papillomavirus (HPV). Kuman ini boleh dijangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih serasi untuk timbul di bahagian yang lembap, sedikit panas atau boleh jadi juga di bahagian yang terguris atau luka seperti di kaki, tangan dan jari jemari. Ketuat ini biasanya tidak menimbulkan kesakitan melainkan jika ia tumbuh di bahagian tapak kaki atau bahagian tubuh yang selalu bergesel atau disentuh dengan kerap. Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat HPV? Cara mudah ialah dengan menyentuh barangan yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kuman HPV, sebagai contoh perkongsian penggunaan tuala atau apa saja. Kanak

Kementerian Kesihatan gesa rakyat teruskan langkah pencegahan H1N1

PETALING JAYA 3 Mac - Rakyat disaran supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi memastikan serangan selesema babi atau influenza A (H1N1) tidak terus menular. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, penularan H1N1 sebenarnya masih aktif sehingga kini. "Saya berharap golongan berisiko tinggi seperti warga emas, ibu-ibu mengandung dan mereka yang menghidap demam segera mendapatkan rawatan lanjut sekiranya menghidapi simptom berkaitan," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita semasa melawat wartawan TV3, Azmah Dahari, di Hospital Pakar Damansara di sini hari ini. Azmah menerima rawatan di hospital tersebut akibat kemalangan jalan raya Khamis lalu. Tambah Rosnah, masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menangani virus itu kepada pihak kementerian sahaja. "Seboleh-bolehnya, saya mahu semua pihak yang terlibat memberikan sepenuhnya kerjasama," katanya. Akhbar hari ini melaporkan H1N1 kembali menyerang d

263 Kes ILI Dikesan Dari 21-27 Feb

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Seramai 263 pesakit baru dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital sepanjang tempoh dari 21 hingga 27 Feb lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata dalam tempoh yang sama juga 272 pesakit telah dibenakan pulang. "Jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga 27 Feb lepas adalah sebanyak 355 kes di 40 buah hospital kerajaan dan empat buah hospital swasta. "Daripada jumlah tersebut hanya 17 pesakit atau 5.1 peratus merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu. Beliau berkata sehingga 27 Feb lepas jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah 12,456 dan lapan kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lima daripadanya mempunyai faktor risiko. Dr Mohd Ismail berkata lima kejadian kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu lalu iaitu masing-masing satu kes di dua kem PLKN -- PL

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar

H1N1 masih membunuh : Wanita Muda Mangsa

  KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana jangkitan berhubung Influenza A (H1N1). Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Feb lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari. Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama. Wanita itu disahkan sebagai jangkitan Influenza A (H1N1) pada 16 Feb dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari. "Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai 'septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection'," Liow berkata dalam satu kenyataan. Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77. Liow berkata walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) bagi kes itu dikatakan sebagai 'secondary',

Alat pantau kesihatan jantung

Oleh Suzan Ahmad   BERDASARKAN sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit kardiovaskular menjadi punca utama kematian di negara ini sejak 1970 lagi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, 16.7 juta orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat penyakit jantung setiap tahun atau seorang dalam setiap tiga kematian. Selain itu statistik WHO di negara maju atau membangun, turut menunjukkan 40 hingga 75 peratus daripada semua yang menghidap penyakit jantung, meninggal dunia sebelum tiba di hospital atau sebelum sempat mendapat rawatan. Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar menjelaskan, apa saja masalah jantung boleh membawa kepada lemah jantung termasuklah kes rentak jantung tidak seragam. “Rentak jantung yang tidak seragam berlaku apabila jantung mengepam darah pada kadar yang luar biasa dan istilah yang sering digunakan untuk menerangkan keadaan ini termasuk aritmia jantung, ketidakaturan rentak dan d

14,000 rakyat bakal terima pemeriksaan gigi percuma

PETALING JAYA 28 Feb. - Lebih 14,000 rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas berpeluang mendapat pemeriksaan gigi percuma di rumah antara bulan April hingga Julai tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemeriksaan gigi percuma oleh pegawai pergigian kementerian itu adalah bersempena Tinjauan Kesihatan Oral Nasional Golongan Dewasa Keempat 2010 (NOHSA 2010). "Pegawai kementerian akan singgah ke rumah yang terpilih untuk menjalankan tinjauan dan pemeriksaan gigi percuma bagi mengumpulkan maklumat NOHSA. "Kita harap mereka yang terpilih dapat memberi kerjasama dan tidak menghalau pegawai pergigian kami," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Oral 1Malaysia anjuran Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) dan GlaxoSmithKline (GSK) di sini hari ini. NOHSA dilakukan oleh kementerian setiap 10 tahun. Jelasnya, tinjauan itu dapat memberi maklumat terkini tahap kesihatan gigi golongan dewasa di nega

Migrain boleh diwarisi

Oleh Hafizah Iszahanid Sakit kepala tiada penawar ini turut dialami kanak-kanak seawal 10 tahun SEBUT saja migrain, ramai dapat membayangkan betapa azabnya berdepan masalah sakit kepala ini. Apa tidaknya, bukan sekadar kepala yang berdenyut, tetapi mata terasa perit untuk dibuka, pandangan kabur, sukar berdiri dan ada ketikanya seperti hendak pitam. Malah, sakit kepala ini juga boleh menyebabkan mood yang pada awalnya baik, boleh berubah menjadi marah dalam sekelip mata. Hakikatnya, migrain bukan sekadar sakit kepala. Kerap kali ia dirujuk sebagai masalah neurologi yang biasa menyerang khususnya wanita. Serangan migrain selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala, rasa sakit yang seakan dicengkam, loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan. Dari segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah itu. Pembebasan bahan kimia itu menyebabk

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Denggi ragut 29 nyawa dalam seminggu

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Empat kematian akibat denggi dilaporkan dalam tempoh seminggu dari 21 Februari hingga hari ini menjadikan kematian akibat demam tersebut meningkat kepada 29 kes untuk dua bulan pertama tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, empat kematian itu melibatkan dua kes di Selangor dan masing-masing satu di Putrajaya serta Negeri Sembilan. "Kes denggi pada minggu ini bagaimanapun berkurangan kepada 670 berbanding minggu lepas iaitu 935 kes dengan jumlah terkumpul dari 1 Januari hingga 27 Februari ialah 7,898 berbanding 9,543 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Wangsa Maju, di sini hari ini. Tiong Lai turut meminta semua klinik serta hospital swasta menjalankan pengesanan denggi ke atas pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana demam. Katanya, langkah awal mengesan denggi akan dapat menyelamatkan man