Skip to main content

Posts

Showing posts from August 29, 2010

Masjid sedia rawatan hemodialisis

PETALING JAYA 30 Ogos – Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz kini menyediakan pusat rawatan hemodialisis bagi memudahkan pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan. Yang Dipertua Persatuan Dialisis Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Othman Jaffar berkata, pusat itu beroperasi sejak 1 Mei lalu. “Pusat ini menyediakan kemudahan rawatan pesakit buah pinggang dalam kalangan umat Islam dengan lebih selesa termasuk mudah untuk bersolat kerana rawatan ini mengambil masa yang lama. “Harapan saya semoga pihak-pihak berkenaan seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Baitulmal dapat menubuhkan banyak lagi pusat ini di masjid lain,” katanya pada Hari Terbuka Pusat Hemodialisis berkenaan di sini semalam. Othman berkata, hari terbuka itu diadakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat pusat hemodialisis yang ditubuhkan hasil sumbangan orang ramai itu. Sementara itu, Pengurus Pusat Hemodialisis, Nurazlina Zainal berkata, keistimewaan pusat itu adalah ia tidak berorientasikan keuntungan. “Pu...