Skip to main content

Posts

Showing posts from April 25, 2010

H1N1: Satu lagi mangsa meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Satu lagi laporan kematian berkaitan virus influenza A(H1N1) diterima Kementerian Kesihatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Bagaimanapun, katanya, penyebab kematian lelaki berusia 40 tahun itu bukan jangkitan H1N1 secara langsung. "Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini 81 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, lelaki itu mempunyai faktor risiko tekanan darah tinggi dan terlibat dengan kemalangan kenderaan seminggu sebelum dimasukkan ke wad. Dr Mohd Ismail berkata, lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 26 April lepas selepas mengalami masalah pernafasan, demam, batuk serta pertuturan yang tidak difahami dan dia meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau berkata, walaupun kes itu disahkan positif jangkitan virus H1N1 melalui ujian PCR, lelaki itu juga mengalami jangkitan bakteria dalam darah dan kematian adalah akibat komplikasi &

Seorang lagi mangsa korban H1N1

PUTRAJAYA: Wabak Influenza A (H1N1) meragut satu lagi korban, Sabtu lalu, membabitkan warga emas berusia 61 tahun, di Kuala Terengganu, menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 mencecah 81 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita berkenaan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Jumaat lalu dan meninggal dunia keesokan harinya selepas mengalami masalah pernafasan. "Mangsa turut mengalami beberapa faktor risiko seperti penyakit jantung (Ischaemic Heart Disease), diabetes, dan hypertension,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Bagaimanapun, katanya, kematian seorang lelaki berusia 46 tahun di hospital sama pada Jumaat lalu bukan disebabkan H1N1 secara langsung. “Laporan pakar mengesahkan lelaki itu meninggal disebabkan komplikasi akibat radang paru-paru dan sepsis oleh jangkitan bakteria walaupun kes itu sebelum ini disahkan positif H1N1," katanya. Hingga jam 8 pagi semalam, beliau berkat

Myopia di kalangan kanak-kanak

SEKITAR 20 tahun lalu, fenomena kanak-kanak memakai cermin mata bukanlah sesuatu yang biasa. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Hanya dua sebab utama yang dikaitkan dengan golongan ini ketika itu, satu disebabkan faktor keturunan dan satu lagi kanak-kanak mungkin 'ulat buku.' Namun kini, situasinya berubah. Tidak kira di mana-mana, semakin ramai kanak-kanak yang terpaksa memakai cermin mata. Malah ada yang seawal usia enam atau tujuh tahun mula mengadu kabur penglihatan terutama untuk pandangan jauh. Keadaan ini dinamakan myopia (rabun jauh). Biasanya ia disedari oleh guru yang mengajar kanak-kanak tadi apabila mendapati mereka seakan mengecilkan dan menggosok-gosok mata setiap kali memandang ke arah papan hitam. Prof. Brien Holden dari Carl Zeiss Vision Institute berkata, myopia berlaku kepada 1.6 bilion penduduk seluruh dunia dan angkanya meningkat dengan pantas setiap tahun terutama melibatkan golongan kanak-kanak. &quo

Lapan Pelajar MRSM Bentong Positif H1N1

BENTONG, 26 April (Bernama) -- Lapan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong di sini disahkan positif Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, pelajar terbabit adalah daripada 35 pelajar sekolah berkenaan yang disyaki menghidapi kluster simptom penyakit serupa (ILI) sejak 23 April lalu. "Sehingga hari ini kesemua mereka telah diasingkan di bilik isolasi dan diberikan rawatan oleh doktor Hospital Bentong yang datang ke sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat MRSM Bentong Isnin. Liow berkata daripada lapan sampel tekak yang diambil mendapati kesemuanya positif H1N1 manakala 15 daripada 35 pelajar terbabit diberikan rawatan antiviral dan selebihnya diberikan rawatan simptomatik. Katanya, virus kluster ILI di MRSM Bentong dipercayai dibawa masuk oleh orang luar yang datang menyaksikan acara sukan di sekolah berkenaan iaitu seminggu sebelum kes pertama virus itu dikesan. Menurut Anggo

H1N1: Satu Lagi Kematian Melibatkan Lelaki 63 Tahun

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Satu lagi kematian berkaitan virus influenza A (H1N1) dilapor, membabitkan seorang lelaki berusia 63 tahun yang menghidap penyakit paru-paru kronik. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 22 April lepas dan meninggal dunia keesokan harinya. Beliau berkata walaupun kes itu disahkan positif jangkitan virus H1N1 melalui ujian PCR, pakar perubatan yang mengendalikan kes itu mengesahkan kematian disebabkan jangkitan bakteria dalam darah berdasarkan keputusan ujian darah yang dijalankan. "Oleh itu jumlah kematian H1N1 seluruh negara masih kekal 80 orang," katanya dalam kenyataan. Mengenai jumlah kes terkumpul, Dr Mohd Ismail berkata sehingga 5.30 petang semalam sejumlah 39 kes disahkan influeza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini 13,436 kes. Dr Mohd Ismail berkata sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerim

H1N1: Satu Lagi Kes Kematian Dicatatkan

PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Satu lagi kematian disebabkan jangkitan influenza A (H1N1) dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini, membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata lelaki itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 18 April lepas setelah mengalami masalah pernafasan dan disahkan meninggal dunia pada Rabu lepas. Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan influenza H1N1 masih aktif di dalam komuniti dan masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Sementara bagi kes kluster penyakit serupa influenza (ILI), sehingga 8 pagi ini sebanyak tujuh kes dilaporkan iaitu tiga kes di Selangor, Johor (dua kes), Terengganu (1 kes) dan Melaka (1 kes), katanya dalam kenyataan. Di Selangor, masing-masing satu kes dilaporkan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas Semenyih, Farmasi Satelit Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan kediaman perse