18 kematian dilaporkan dalam masa 5 minggu KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengakui penularan wabak denggi dalam negara semakin serius apabila bilangan kematian akibat penyakit itu dalam tempoh lima minggu tahun ini mencecah 18 orang. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 1,103 kes denggi dilaporkan di seluruh negara berikutan keadaan cuaca pada masa kini yang tidak menentu. “Saya tidak berpuas hati dengan perkembangan wabak berkenaan kerana banyak usaha sudah kementerian lakukan. Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican untuk memastikan wabak denggi ini diperangi secara habis-habisan. “Kita juga akan memastikan lokasi ‘panas’ denggi yang dikenal pasti, dibasmi segera dalam tempoh dua minggu. Saya juga memberi peruntukan lebih kepada pasukan yang bertanggungjawab membasmi wabak denggi ini, termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Program Komunikasi Untuk Mengubah Tingk...
Feeding 1MALAYSIA with updates on H1N1. Compiling news, reports & guidelines for 1MALAYSIA to understand and practice healthy living.