Skip to main content

Posts

Showing posts from January 31, 2010

Harapan baru buat pesakit ginjal

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my AWBTAR banyak mendapat sokongan daripada isterinya yang sentiasa berada di sisi ketika suka dan duka. SETIAP kali membaca mengenai rawatan dialisis yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang ytimbul persoalan, adakah mereka selesa menerima rawatan tersebut? Lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza. Pesakit terpaksa bergantung pada mesin hemodialisis atau menggunakan rawatan dialisis dialisis peritoneal (PD) dengan menukar cecair dalam badan setiap empat jam. Ketika ini sokongan ahli keluarga diperlukan. Di Malaysia, ada lebih 3,500 pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) setiap tahun dan angka ini bertambah dari tahun ke tahun. Walaupun dianggap masalah biasa, tetapi ia boleh dirawat dengan adanya terapi selamat dan berkesan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan gaya hidup. PD adalah terapi ESRD yang boleh digun

Penyakit psikologi perlu rawatan pakar

KUALA LUMPUR: Beberapa kejadian bunuh membabitkan anggota keluarga yang didakwa dilakukan di luar kawalan dan pemikiran waras antara contoh penyakit psikologi yang dibiarkan berlarutan tanpa rawatan pakar. Ini berikutan penyakit itu atau popular sebagai sakit mental menyamai penyakit fizikal yang memerlukan rawatan berterusan dan perlu dikesan awal bagi mengelak parah termasuk kemungkinan gagal dipulihkan. Pensyarah yang juga Penyelaras Program Kaunseling dan Psikologi, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata tiada bezanya penyakit mental dengan fizikal kerana kedua-duanya perlu rawatan awal sebagai langkah pencegahan. “Cuma penyakit mental tidak memperlihatkan kesakitan secara luaran seperti penyakit fizikal, tapi keperitannya hanya dirasai pesakit sendiri secara sendirian... orang lain mahupun keluarga rapat sekalipun takkan tahu. “Tapi jika pesakit sudah menampakkan tanda seperti tertekan, murung, menjauhkan diri dan tiba-tiba menjadi lain, bukan perwatakan asal

IJN perkenal alat rawatan jantung pertama di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR - Dengan kos sekitar RM4,000 seorang pesakit jantung sekarang boleh mendapatkan resolusi tepat dan takrifan morfologi jantung, struktur dan fungsi, hasil ciptaan terbaru Imbasan Magnetik Resonan (MRI). Alat yang diberi nama, ‘Magnetom Avanto’, khusus untuk rawatan sistem jantung kini terdapat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, iaitu yang pertama di Asia Tenggara. Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Robayaah Zambahari menjelaskan alat yang berharga RM7 juta itu adalah satu revolusi baru, teknologi terbaru ini adalah sebuah alat diagnosis tidak invasif tanpa radiasi. Katanya, ia mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi, memberi visual lebih baik bagi morfologi, struktur dan fungsi sistem kardiovaskular. Antara enam hingga lapan pesakit jantung boleh menggunakan kemudahan ‘Magnetom Avanto’ setiap hari, katanya dan menambah sehingga kini 50 pesakit telah memperoleh faedah daripada alat tersebut sejak dilancarkan pertengahan bulan lepas. “Dengan penila

234 pelatih PLKN hidap gejala ILI

PERMAISURI: Seramai 234 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Suria Merang, di sini, dikesan mempunyai gejala penyakit seperti Influenza (ILI). Daripada jumlah berkenaan 117 dibenarkan pulang manakala bakinya dikuarantin di kem berkenaan sejak kelmarin. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata 234 daripada 434 pelatih di kem itu sudah dikuarantin kerana mempunyai gejala ILI selepas mengadu demam, selesema dan batuk selepas dua pelatih mula dikesan dengan ILI pada 31 Januari lalu. “Sehingga tengah hari tadi (semalam) saya dimaklumkan seramai 117 pelatih mempunyai simptom ILI selepas ujian saringan dilakukan di situ sejak Selasa lalu dan mereka dibenarkan pulang manakala selebihnya masih berada di kem berkenaan,” katanya. Beliau berkata, pihaknya tidak akan menutup kem berkenaan walaupun ada pelatih mendapat kebenaran untuk bercuti sehingga 11 Februari selepas menjalani pemeriksaan saringan. “Namun, dari semasa ke semasa kita

Denggi: Tiga maut dan jumlah kes meningkat kepada 14

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Tiga kematian akibat demam denggi dilaporkan pada minggu lepas, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 14 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. Beliau berkata, kes demam denggi turut dilaporkan meningkat kepada 1,101 kes pada tempoh sama, peningkatan sebanyak tiga peratus, berbanding 1,065 kes pada 17 hingga 23 Januari lepas dan empat negeri iaitu Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan ketara. Beliau berkata, tiga kes itu membabitkan seorang jururawat, 45, yang meninggal dunia pada 16 Januari lepas setelah mengalami ruam dan sakit tekak dua hari sebelum itu. Jururawat yang menghidap talasemia dari Baling, Kedah itu pada mulanya dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Baling sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, kata Dr. Mohd Ismail. Beliau berkata, kes kedua melibatkan pembantu kedai makan di Shah Alam, Selangor yang mengalami demam, sakit kepala dan bada

Bekas buruh rayu bantuan rawat kanser hidung

MARAN 3 Feb. - Seorang bekas buruh tidak menyangka bonjol yang disangka bisul di hidungnya sejak lapan bulan lalu, rupa-rupanya penyakit kanser. Wan Paridulatras Wan Ahmad, 46, dari Felda Jengka 3 di sini pada mulanya menyangka benjol itu ada kaitan dengan penyakit resdung yang dialaminya beberapa tahun lalu. Akibat kelalaiannya mengesan lebih awal, kanser hidung yang dihidapinya kini telah mencapai tahap serius dan memerlukan rawatan segera bagi memastikan penyakit itu tidak merebak ke anggota lain. Wan Paridulatras ketika ditemui berkata, selama ini dia hanya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dan swasta merawat resdung yang dialaminya. ''Namun benjol itu semakin membesar hingga merebak ke bahagian mata lalu saya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan kerana keadaan semakin serius. ''Pihak hospital mengesahkan saya menghidap penyakit kanser yang seri

H1N1 belum reda : Kanak-Kanak Bawah Umur 5 Tahun Kes Terbaru H1N1

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun dilaporkan menjadi mangsa terbaru Influenza A(H1N1) dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga 30 Jan lepas, jumlah terkumpul kes positif Influenza A(H1N1) adalah sebanyak 12,389 kes dan tiada kematian baru kes H1N1 dengan jumlah terkumpul kekal 77 kematian sehingga kini. Secara keseluruhannya, beliau berkata seramai 357 pesakit baru dengan simptom Penyakit Seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara manakala 337 kes pula telah discaj keluar dalam tempoh seminggu yang lepas iaitu dari tarikh 24 hingga 30 Jan. "Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 345 kes di 42 buah hospital kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Rabu. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, hanya empat pesakit atau 1.2

Tangan bersih hindar penyakit

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur diajar mencuci tangan yang betul sebagai langkah mencegah penularan wabak H1N1. KEBERSIHAN tangan sangat penting untuk mengurangkan risiko jangkitan ke atas diri sendiri, keluarga atau komuniti secara umumnya. Menyedari kepentingan membasuh tangan, rangkaian sabun antibakteria Antabax melancarkan program kesedaran dan Pendidikan Antabax - Tangan Bersih, Mencegah Penyakit di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Program yang mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan itu bertujuan mendidik lebih kurang 150,000 murid dari 150 sekolah rendah di seluruh negara tentang kepentingan membasuh tangan sebagai langkah mencegah penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1). Selain itu, ia juga bertujuan menyokong matlamat kementerian supaya setiap rakyat sama ada pelajar mahupun ibu bapa mereka sentiasa berhati-hati dalam menghadapi ancaman wabak tersebut. Majlis pelancaran kempen itu disempurnakan

Melaka & Negeri Sembilan: 74 kes baru denggi

Negeri Sembilan catat peningkatan 1 hingga 23 Januari lalu SEREMBAN: Kes denggi kembali 'menyerang' negeri ini berikutan sudah ada tanda berlaku peningkatan mendadak penyakit sejak tiga minggu lalu. Ia berikutan sebanyak 74 kes denggi, termasuk lapan kes demam denggi berdarah dikesan antara 1 hingga 23 Januari lalu. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Zailan Adnan, berkata perkembangan mingguan denggi sejak tiga minggu lalu mendapati kes meningkat melebihi paras maksimum yang ditetapkan, iaitu 18 kes seminggu. Pada minggu ketiga Januari, katanya, sebanyak 29 kes denggi dilaporkan di negeri ini dan dikhuatiri akan terus meningkat jika langkah pencegahan agresif tidak dijalankan. “Lokasi utama kes denggi adalah kawasan bandar dengan Seremban mempunyai bilangan kes paling banyak, iaitu 3,808 kes, diikuti Port Dickson (1,957 kes), Jempol (1,531 kes), Tampin (1,107 kes), Jelebu (880 kes), Kuala Pilah (792 kes) dan Rembau (707 kes),” katanya. <a href=&q

Sentral: 193 kes denggi dalam tiga minggu

MBSA adakan pemeriksaan 2,220 premis, 108 kes positif SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima 193 laporan kes demam denggi di seluruh kawasan pentadbirannya sepanjang tiga minggu pertama Januari lalu. Daripada jumlah itu, 86 kes disahkan positif menghidap demam denggi, 77 membabitkan kes demam denggi (DD), manakala sembilan kes demam denggi berdarah (DDB). Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata antara kawasan yang dikenal pasti mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tinggi ialah Seksyen U2 (TTDI Jaya), Seksyen U7, Seksyen U12 (Desa Alam) dan Seksyen 7. Sepanjang tempoh sama, katanya, MBSA membuat pemantauan dan mengadakan pemeriksaan di 2,220 premis, termasuk rumah kediaman, kedai, sekolah, kilang, tadika, tapak binaan, projek perumahan terbengkalai, tempat pembuangan sampah, taman permainan dan rekreasi serta tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. "Hasil pemeriksaan mendapati 108 premis positif menjadi tempat pembi

Menu masakan sihat di PLKN

MELAKA: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan menu masakan sihat yang disyorkan Kementerian Kesihatan di semua 79 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara, mulai tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata langkah itu bertujuan membina kesihatan pelatih sambil menggalakkan mereka mempelajari pengambilan makanan ber-orientasi kesihatan. “JLKN dengan kerjasama Kementerian Kesihatan melakukan kajian keperluan penyediaan makanan secara sihat ini selama dua tahun dan bermula tahun ini ia akan dilaksanakan di semua kem seluruh negara,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di PLKN Ayer Keroh, dekat sini, semalam. Dalam lawatan itu, Abdul Hadi meluangkan masa kira-kira sejam sambil bertanya khabar 400 pelatih serta ibu bapa yang menziarahi anak masing-masing di kem berkenaan. Katanya, menu Makanan Sihat PLKN itu antara lain mewajibkan penyedia makanan di semua kem memasak makanan mengikut garis panduan menu yang dite

Kerajaan sedia tambah Klinik 1Malaysia

TASEK GELUGOR: Kerajaan bercadang menambah Klinik 1Malaysia jika 50 klinik sedia ada di seluruh negara tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata ini berikutan sambutan menggalakkan selain bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negara ini. “Klinik 1Malaysia mendapat sambutan baik kerana menyediakan perkhidmatan terbaik dengan harga murah, sesuai bagi penduduk berpendapatan rendah,” katanya selepas melawat Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar di sini, semalam. Nor Mohamed berkata, Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar yang dibuka sejak awal bulan lalu adalah klinik keenam di Pulau Pinang. “Ia mengendalikan 60 pesakit setiap hari dengan tiga kakitangan yang bertugas secara bergilir mulai jam 9 pagi hingga 10 malam,” katanya. - Berita Harian

Mengenali ulser peptik

Oleh Dr. Tan Huck Joo Penyakit ulser peptik PERUT kita mengeluarkan sejenis asid yang boleh menghakis untuk membantu penghadaman makanan dan mencegah jangkitan. Dengan pH dari dua hingga tiga, pengeluaran asid secara berlebihan boleh merosakkan perut. Tetapi kita bernasib baik kerana perut kita mempunyai lapisan penghalang yang melindunginya daripada asid. Namun, apabila terdapat luka pada lapisan perut atau duodenum (bahagian permulaan usus kecil) kita, ini bermakna kita mengalami ulser peptik. Jika anda mengalami ulser peptik, besar kemungkinan anda memperlihatkan sesetengah daripada gejala berikut: Sakit di bawah tulang dada (sakit epigastrik) Kembung Loya atau muntah Najis hitam (jika anda mengalami ulser peptik berdarah) Punca ulser peptik Kopi, buah-buahan sitrus dan makanan berempah dikatakan punca ulser peptik. Tetapi itu tidak benar. Makanan tersebut hanya memburukkan gejala ulser peptik dan boleh melambatkan proses penyembuhan dalam rawatan ulser. Sebal

Khasiat glukosamin untuk sendi

Sendi tulang. Ibu saya yang berusia 60 tahun mengalami masalah sendi sehingga menjejaskan pergerakannya. Sekiranya masalah itu sejenis penyakit akibat penuaan, mengapakah suami saya yang dalam pertengahan usia juga mula mengalami simptom yang sama sejak kebelakangan ini? Malah doktor turut mengesyorkan glukosamin untuk masalah tersebut.  Jawapan: Setelah mencapai umur 65 tahun, kira-kira 60 peratus lelaki dan 70 peratus wanita akan mengalami osteoartritis. Penyakit yang berkait dengan penuaan dan kecederaan itu paling biasa dialami. Osteoartritis dicirikan melalui kemerosotan tisu rawan yang bertindak sebagai kusyen pelindung. Apabila tisu rawan merosot, tulang-tulang akan bergesel di antara satu sama lain. Pergeselan yang berterusan pada bahagian sendi yang terbabit akan menyebabkan berlakunya hakisan lalu menimbulkan kesakitan pada sendi. Bahagian yang sering terjejas adalah tangan dan sendi yang memikul berat seperti lutut, pinggul, jari dan tulang belakang. Sela

Sindrom prahaid boleh diatasi

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my Wanita dapat memperbaiki kehidupannya dan jika berpandangan positif dan mengamalkan penjagaan kesihatan serta kebersihan yang betul ketika haid. - Gambar hiasan. USAH nak ambil pekerja wanita. Mereka banyak ambil cuti sakit. Datang haid pun pelbagai masalah yang dihadapi. Ini menyusahkan pekerja yang lain. Jadual kerja terpaksa disusun semula," keluh seorang majikan lelaki. Benarkah perkara ini berlaku? Kedatangan haid setiap bulan adalah semula jadi dalam kehidupan seorang wanita normal. Ia tidak sewajarnya menjadi perkara yang membelenggu diri dengan pegangan tafsiran fikiran yang sempit mahupun bersikap negatif. Namun, tidak dinafikan keadaan ini menyebabkan jadual seharian terganggu. Setiap wanita juga sepatutnya membuang tanggapan kedatangan haid setiap bulan sesuatu yang membebankan atau menyusahkan, sebaliknya perlu menerima kenyataan bahawa haid adalah sebahagian daripada kehidupan wanita dan per