LIM bersama anaknya, Dawson Ang yang menghidap jantung Berlubang ketika di Gleneagles Intan Medical Centre. AMPANG: Seorang bayi dan tiga kanak-kanak yang menderita penyakit jantung sejak lahir memerlukan bantuan segera daripada orang ramai yang prihatin bagi membiayai kos pembedahan berjumlah RM113,000 selepas ibu bapa dan penjaga mereka tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang terlalu tinggi. Muhammad Atif Iman Mohd Razif, 3 bulan, yang baru dikesan menghidap saluran jantung tersumbat atau Patent Ductus Arteriosus (PDA) memerlukan RM15,000 agar kehidupannya normal seperti kembarnya, Muhammad Atif Iman dan bayi lain. SALINA Mohd Rasid bersama anaknya, Muhammad Atif yang menghidap jantung berlubang. Bapanya, Mohd Razif Fariq Mohd Radzi, berkata sejak dilahirkan Muhammad Atif sering menangis, tidak mahu menyusu dan kehilangan berat badan berbanding kembarnya, Muhammad Alif. “Keadaan Muhammad Atif amat kritikal dan saya hanya mampu menyediakan RM6,000 ...
Feeding 1MALAYSIA with updates on H1N1. Compiling news, reports & guidelines for 1MALAYSIA to understand and practice healthy living.