Skip to main content

Posts

Showing posts from December 26, 2010

Klinik Bot Bergerak Hibrid Tahun Depan - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang dihubungkan melalui sungai di Malaysia Timur. Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat. "Saya yakin bahawa dalam usaha kami mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi dan dalam semangat inklusif, kami tidak akan melupakan mereka yang serba kekurangan. "Kami akan masuk ke hutan rimba dan menyusuri sungai-sungai terpanjang dan mendaki gunung tertinggi untuk memastikan semuanya bergerak seiring sebagai sebuah negara. Adalah menjadi impian saya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira di mana mereka tinggal," katanya dalam posting terbaru beliau Selasa dalam blog 1Malaysia. Najib berkata beliau juga amat berminat dan amat menghargai

Hospital Swasta Perlu Maklumkan Kos Sebelum Pesakit Terima Rawatan - KP Kesihatan

Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini kerana perkara itu telah dipersetujui oleh pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya pada Jumaat lepas. Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta, katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa. Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus. "Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," kat