Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Klinik Bot Bergerak Hibrid Tahun Depan - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang dihubungkan melalui sungai di Malaysia Timur. Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat. "Saya yakin bahawa dalam usaha kami mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi dan dalam semangat inklusif, kami tidak akan melupakan mereka yang serba kekurangan. "Kami akan masuk ke hutan rimba dan menyusuri sungai-sungai terpanjang dan mendaki gunung tertinggi untuk memastikan semuanya bergerak seiring sebagai sebuah negara. Adalah menjadi impian saya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira di mana mereka tinggal," katanya dalam posting terbaru beliau Selasa dalam blog 1Malaysia. Najib berkata beliau juga amat berminat dan amat menghargai

Hospital Swasta Perlu Maklumkan Kos Sebelum Pesakit Terima Rawatan - KP Kesihatan

Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini kerana perkara itu telah dipersetujui oleh pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya pada Jumaat lepas. Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta, katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa. Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus. "Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," kat

Masjid sedia rawatan hemodialisis

PETALING JAYA 30 Ogos – Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz kini menyediakan pusat rawatan hemodialisis bagi memudahkan pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan. Yang Dipertua Persatuan Dialisis Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Othman Jaffar berkata, pusat itu beroperasi sejak 1 Mei lalu. “Pusat ini menyediakan kemudahan rawatan pesakit buah pinggang dalam kalangan umat Islam dengan lebih selesa termasuk mudah untuk bersolat kerana rawatan ini mengambil masa yang lama. “Harapan saya semoga pihak-pihak berkenaan seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Baitulmal dapat menubuhkan banyak lagi pusat ini di masjid lain,” katanya pada Hari Terbuka Pusat Hemodialisis berkenaan di sini semalam. Othman berkata, hari terbuka itu diadakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat pusat hemodialisis yang ditubuhkan hasil sumbangan orang ramai itu. Sementara itu, Pengurus Pusat Hemodialisis, Nurazlina Zainal berkata, keistimewaan pusat itu adalah ia tidak berorientasikan keuntungan. “Pu

Pesakit Hidap Ketumbuhan Kronik Rayu Bantuan Orang Ramai

GURUN 18 Ogos - Seorang wanita yang kini terpaksa menoreh getah bagi menyara keluarga selepas suaminya mengalami ketumbuhan di pipi kanan kira-kira dua bulan lepas, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya. Mariam Len, 53, perlu menyara lapan anak berusia 21 hingga lapan tahun di samping menguruskan suaminya Ismail Hasim, 57, yang kini terlantar dan tidak boleh bercakap. "Setelah suami saya ada ketumbuhan dia tidak boleh buat kerja. Saya ambil keputusan bekerja sebagai penoreh di ladang berhampiran rumah dengan pendapatan sekitar RM300," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Guar Stesen, Guar Chempedak dekat sini. Katanya dengan pendapatan tidak menentu, dia bimbang jika tidak dapat membiayai kos persekolahan anak-anaknya jika penyakit suaminya tidak menunjukkan perubahan. Ismail disahkan menghidap ketumbuhan itu awal Jun lalu oleh Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor mengesahkan Ismail tidak boleh

Kolam Latihan Air Kem PLKN Desa Rimba Bebas Leptospirosis

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Rabu mengesahkan kolam latihan air di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Desa Rimba, Kuala Kangsar bebas daripada pencemaran leptospirosis. Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan ujian sampel air kolam itu, yang diambil pada 26 Julai lepas oleh Makmal Kesihatan Awam Ipoh, mengesahkan ia bebas daripada pencemaran. "Saya ingin memaklumkan bahawa latihan air tidak dilakukan sepanjang bulan Ramadan sehingga Program PLKN kumpulan 3 siri 7/2010 tamat pada 2 Sept akan datang. "Peraturan yang diguna pakai oleh mana-mana kolam latihan air yang dicemari leptospirosis tidak akan digunakan sehinggalah pejabat kesihatan daerah mengesahkan bahawa kolam itu selamat digunakan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kolam di Kem PLKN Nilam Ehsan di Bidor, Kem PLKN Taman Kepimpinan Gemilang di Gopeng dan

Racun Serangga Untuk Rumah Di Kawasan Panas Denggi

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tesco (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn Bhd, pengeluar racun serangga, merancang mengedarkan bahan itu ke setiap rumah dalam kawasan panas denggi di Selangor, Kelantan, Perak dan Johor. Langkah ini bertujuan membantu kempen kerajaan menentang denggi yang telah meragut 95 nyawa sebagaimana dicatatkan dari Januari hingga 14 Ogos tahun ini, satu peningkatan berbanding 67 kematian dalam tempoh sama tahun lepas. Menurut Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Undang-undang Tesco Azlam Shah Alias, pada peringkat awal kempen itu akan menerangkan tentang bahaya denggi dan mempersiapkan penduduk dengan alat yang wajar bagi menghapus nyamuk aedes. "Selepas itu kami akan menyumbangkan satu tin semburan Sheildtox aerosol 270ml kepada penduduk di kawasan-kawasan yang dikenalpasti," kata beliau selepas pelancaran Kempen Kesedaran Denggi Tesco-Reckitt Benckiser di sini Rabu. Kempen sebulan itu akan

Kelantan Negeri Tertinggi Catat Peningkatan Kes Denggi Dengan 14 Kes Sehari

KOTA BHARU 18 Ogos - Kes demam denggi di Kelantan amat membimbangkan apabila purata tujuh kes yang dilaporkan berlaku setiap hari sebelum ini, meningkat sekali ganda kepada 14 kes sehari. Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata peningkatan ketara itu menjadikan sebanyak 1,533 kes demam denggi dicatatkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 706 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. "Peningkatan sebanyak 88 peratus itu adalah tertinggi dan ketara berbanding negeri lain, sebelum ini sebanyak tujuh kes direkodkan sehari tetapi akhir-akhir ini ia meningkat kepada 14 kes sehari," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana di sini, Rabu. Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap senario itu, katanya beliau tidak menolak kemungkinan terdapat banyak lagi kes yang berlaku tetapi tidak dianalisis oleh hospital. "Ini amat membimbangkan kerana jumlah tersebu

Tiga Kem PLKN Di Perak Diminta Hentikan Aktiviti Air

IPOH 17 Ogos - Tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak diminta menghentikan sebarang aktiviti air serta merta bagi mengelak kemungkinan jangkitan bakteria leptospirosis atau virus kencing tikus. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam Datuk Dr Mah Hang Soon berkata siasatan awal Jabatan Kesihatan Perak (JKP) mendapati Kem Nilam Ehsan di Bidor, Kem Kepimpinan Gemilang di Gopeng dan sebuah kem di Kuala Kangsar kini berdepan risiko virus ini. "Ketiga-tiga kem terbabit telah dinasihatkan supaya menghentikan aktiviti air dan JKP sedang menjalankan ujian lanjut ke atas kem berkenaan. "Ujian yang dijalankan adalah antara langkah pencegahan terhadap penyakit terbabit namun orang ramai dinasihati tidak panik dengan perkembangan virus ini kerana ia boleh dirawat jika dapat dikesan di peringkat awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat ringkas berk

Membentuk Jantung Sihat

ADAKAH jantung anda berkeadaan baik ? Soalan itu perlu difikirkan setiap wanita, apabila penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia - malah lebih berbahaya daripada kesemua penyakit kanser secara keseluruhan. Dari 1990 sehingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita telah meningkat sebanyak 135 peratus. Pada 2006, 23 peratus kematian wanita disebabkan penyakit jantung. Soalan tersebut memerlukan satu tindakan yang segera. Jadi, sesihat manakah jantung anda? Di sini beberapa cara untuk memberitahu anda. Risiko pinggang besar  Adakah anda tahu, lemak di sekeliling pinggang dan kawasan perut (lemak abdomen) membawa risiko lebih besar berbanding lemak di dalam sebahagian bawah tubuh badan? Ini bermakna wanita yang mempunyai bentuk badan buah 'epal' iaitu lemak tertumpu di dalam perut berbanding punggungnya mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih besar daripada wanita yang mempunyai bentuk badan 'pear', wanita yan

Tingkat kesedaran penduduk

SELAYANG 15 Ogos – Sikap orang ramai yang mengambil mudah terhadap persekitaran rumah adalah punca bilangan kes demam denggi di Selangor semakin meningkat dan membimbangkan. Statistik menunjukkan 21,309 kes denggi termasuk 69 melibatkan kematian dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak Januari lalu. Selain Kuala Lumpur, Selangor mencatat paling banyak kes dengan purata 52 kes demam denggi mulai 2007 hingga tahun lalu. Subahan Kamal dan Aznil Nawawi bersama penduduk melafazkan janji untuk memerangi Aedes dan denggi sewaktu program Combi di Kampung Bendahara, Selayang baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, sehubungan itu, masyarakat perlu menyertai Program Komunikasi Untuk Mengubah Tingkah Laku (Combi) yang diperkenalkan sejak 2003 bagi menentang nyamuk Aedes dan demam denggi. Melalui Combi, penduduk akan membantu Jabatan Kesihatan melaksanakan aktiviti pencegahan menerusi gotong royong pembersihan persekitaran, sela

H1N1: Satu lagi mangsa meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Satu lagi laporan kematian berkaitan virus influenza A(H1N1) diterima Kementerian Kesihatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Bagaimanapun, katanya, penyebab kematian lelaki berusia 40 tahun itu bukan jangkitan H1N1 secara langsung. "Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini 81 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, lelaki itu mempunyai faktor risiko tekanan darah tinggi dan terlibat dengan kemalangan kenderaan seminggu sebelum dimasukkan ke wad. Dr Mohd Ismail berkata, lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 26 April lepas selepas mengalami masalah pernafasan, demam, batuk serta pertuturan yang tidak difahami dan dia meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau berkata, walaupun kes itu disahkan positif jangkitan virus H1N1 melalui ujian PCR, lelaki itu juga mengalami jangkitan bakteria dalam darah dan kematian adalah akibat komplikasi &

Seorang lagi mangsa korban H1N1

PUTRAJAYA: Wabak Influenza A (H1N1) meragut satu lagi korban, Sabtu lalu, membabitkan warga emas berusia 61 tahun, di Kuala Terengganu, menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 mencecah 81 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita berkenaan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Jumaat lalu dan meninggal dunia keesokan harinya selepas mengalami masalah pernafasan. "Mangsa turut mengalami beberapa faktor risiko seperti penyakit jantung (Ischaemic Heart Disease), diabetes, dan hypertension,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Bagaimanapun, katanya, kematian seorang lelaki berusia 46 tahun di hospital sama pada Jumaat lalu bukan disebabkan H1N1 secara langsung. “Laporan pakar mengesahkan lelaki itu meninggal disebabkan komplikasi akibat radang paru-paru dan sepsis oleh jangkitan bakteria walaupun kes itu sebelum ini disahkan positif H1N1," katanya. Hingga jam 8 pagi semalam, beliau berkat

Myopia di kalangan kanak-kanak

SEKITAR 20 tahun lalu, fenomena kanak-kanak memakai cermin mata bukanlah sesuatu yang biasa. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Hanya dua sebab utama yang dikaitkan dengan golongan ini ketika itu, satu disebabkan faktor keturunan dan satu lagi kanak-kanak mungkin 'ulat buku.' Namun kini, situasinya berubah. Tidak kira di mana-mana, semakin ramai kanak-kanak yang terpaksa memakai cermin mata. Malah ada yang seawal usia enam atau tujuh tahun mula mengadu kabur penglihatan terutama untuk pandangan jauh. Keadaan ini dinamakan myopia (rabun jauh). Biasanya ia disedari oleh guru yang mengajar kanak-kanak tadi apabila mendapati mereka seakan mengecilkan dan menggosok-gosok mata setiap kali memandang ke arah papan hitam. Prof. Brien Holden dari Carl Zeiss Vision Institute berkata, myopia berlaku kepada 1.6 bilion penduduk seluruh dunia dan angkanya meningkat dengan pantas setiap tahun terutama melibatkan golongan kanak-kanak. &quo

Lapan Pelajar MRSM Bentong Positif H1N1

BENTONG, 26 April (Bernama) -- Lapan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong di sini disahkan positif Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, pelajar terbabit adalah daripada 35 pelajar sekolah berkenaan yang disyaki menghidapi kluster simptom penyakit serupa (ILI) sejak 23 April lalu. "Sehingga hari ini kesemua mereka telah diasingkan di bilik isolasi dan diberikan rawatan oleh doktor Hospital Bentong yang datang ke sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat MRSM Bentong Isnin. Liow berkata daripada lapan sampel tekak yang diambil mendapati kesemuanya positif H1N1 manakala 15 daripada 35 pelajar terbabit diberikan rawatan antiviral dan selebihnya diberikan rawatan simptomatik. Katanya, virus kluster ILI di MRSM Bentong dipercayai dibawa masuk oleh orang luar yang datang menyaksikan acara sukan di sekolah berkenaan iaitu seminggu sebelum kes pertama virus itu dikesan. Menurut Anggo

H1N1: Satu Lagi Kematian Melibatkan Lelaki 63 Tahun

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Satu lagi kematian berkaitan virus influenza A (H1N1) dilapor, membabitkan seorang lelaki berusia 63 tahun yang menghidap penyakit paru-paru kronik. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 22 April lepas dan meninggal dunia keesokan harinya. Beliau berkata walaupun kes itu disahkan positif jangkitan virus H1N1 melalui ujian PCR, pakar perubatan yang mengendalikan kes itu mengesahkan kematian disebabkan jangkitan bakteria dalam darah berdasarkan keputusan ujian darah yang dijalankan. "Oleh itu jumlah kematian H1N1 seluruh negara masih kekal 80 orang," katanya dalam kenyataan. Mengenai jumlah kes terkumpul, Dr Mohd Ismail berkata sehingga 5.30 petang semalam sejumlah 39 kes disahkan influeza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini 13,436 kes. Dr Mohd Ismail berkata sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerim

H1N1: Satu Lagi Kes Kematian Dicatatkan

PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Satu lagi kematian disebabkan jangkitan influenza A (H1N1) dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini, membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata lelaki itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 18 April lepas setelah mengalami masalah pernafasan dan disahkan meninggal dunia pada Rabu lepas. Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan influenza H1N1 masih aktif di dalam komuniti dan masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Sementara bagi kes kluster penyakit serupa influenza (ILI), sehingga 8 pagi ini sebanyak tujuh kes dilaporkan iaitu tiga kes di Selangor, Johor (dua kes), Terengganu (1 kes) dan Melaka (1 kes), katanya dalam kenyataan. Di Selangor, masing-masing satu kes dilaporkan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas Semenyih, Farmasi Satelit Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan kediaman perse

Satu Kes Kematian H1N1 Dicatatkan

PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Satu kes kematian disebabkan jangkitan Influenza A H1N1 dicatatkan pada Jumaat sementara dua lagi kematian bukan disebabkan jangkitan H1N1 secara langsung. Kes kematian itu melibatkan lelaki berumur 53 tahun yang mempunyai pelbagai faktor risiko seperti penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, hipertensi, kegagalan ginjal dan angin ahmar. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa meninggal dunia pada 19 April lepas di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu dan penyebab kematian adalah disebabkan "Severe Bronchopneumonia, H1N1 positive with Acute Respiratory Distress Syndrome". Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 setakat ini adalah 79 orang, katanya dalam satu kenyataan di sini. Mengenai kes kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) pula, beliau berkata sehingga pukul 8 pagi tadi sejumlah 12 kes dilaporkan di Johor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak d

AWAS H1N1 : 75 Kes Baru H1N1 Dikesan

PUTRAJAYA: Sejumlah 75 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini ialah sebanyak 13,274. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun berkata tiada kematian baru dilaporkan semalam. Beliau berkata bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 11 orang dengan lapan daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko. "Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 624 kes. "Daripada jumlah tersebut, 85 kes telah disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dr Mohd Ismail berkata sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerima sejumlah enam laporan kejadian kluster ILI dari dua negeri iaitu Selangor dan Melaka. - mstar online

24 Pelajar SBPI Kuantan Alami Simptom A(H1N1) Dikuarantin

PELAJAR memakai topeng mulut sebagai langkah pencegahan penularan wabak Influenza H1N1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, hari ini. KUANTAN, 15 April (Bernama) -- Seramai 24 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, di sini mengalami demam dan selsema menyamai simptom jangkitan Influenza A(H1N1). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata, kesemua pelajar terbabit kini dikuarantin di dalam bilik asrama sekolah itu. "Kesemua mereka juga telah diberikan rawatan antiviral sebagai langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis. Selain itu katanya, sampel darah pelajar terbabit turut diambil untuk ujian makmal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Justeru itu, beliau menasihatkan ibu bapa pelajar sekolah tersebut agar tidak panik kerana keadaan di sekolah berkenaan masih terkawal ekoran pemantauan rapi oleh pihak Jabatan Kesihatan. -- BERNAMA

Mangsa terbaru H1N1

PUTRAJAYA - Satu lagi kematian akibat virus Influenza A (H1N1) dicatatkan di negara ini, melibatkan seorang peguam lelaki berusia 42 tahun dari Johor Bahru, kelmarin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, lelaki terbabit meninggal dunia ketika dirawat di hospital swasta Johor Bahru. Beliau berkata, kematian terbaru itu adalah yang pertama tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat virus itu meningkat kepada 78 orang, sejak wabak itu dikesan tahun lalu. “Ujian makmal mengesahkan lelaki itu dijangkiti H1N1. Beliau yang mempunyai faktor risiko obes turut mengalami komplikasi lain termasuk kegagalan ginjal akut dan jangkitan kuman. “Keadaan beliau yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan menjadi semakin tenat dan beliau meninggal dunia kelmarin disebabkan oleh pneumonia H1N1 dengan ‘Acute Respiratory Distress Syndrome,” katanya kepada media selepas mesyuarat teknikal wabak H1N1 di

57 kes positif H1N1 di Pahang

KUANTAN 12 April - Sebanyak 57 kes positif virus Influenza A (H1N1) dilaporkan di Pahang sejak 1 Januari lalu hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun. Menurut beliau, daripada jumlah itu, Pekan mencatatkan kes tertinggi iaitu 24 kes diikuti Kuantan sebanyak 10 kes, Rompin dan Raub masing-masing lapan kes manakala Lipis dan Maran masing-masing enam dan satu kes. Bagaimanapun katanya, keadaan wabak H1N1 di negeri ini masih lagi terkawal dan tiada pesakit dilaporkan kritikal atau perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). "Namun, kami masih berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang keadaan tidak diingini berlaku," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Khai Mun memberitahu, Kementerian Kesihatan memperuntukkan sebanyak 24,000 suntikan vaksin kepada hospital-hospital kerajaan di negeri ini. "Suntikan itu akan diberikan kepada mereka yang mud

Bahana kencing tikus

TIKUS mula aktif seks seawal usia enam minggu dan boleh melahirkan sehingga 170 ekor anak sepanjang hayatnya. - Gambar hiasan  BANYAK pihak terkejut apabila deejay dan personaliti radio dan televisyen popular, Din Beramboi dilaporkan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang setelah dipercayai dijangkiti kuman kencing tikus baru-baru ini. Pelbagai teori tiba-tiba muncul apatah lagi Din jatuh sakit beberapa hari selepas dia menjalani penggambaran di Zoo Negara. Bagaimanapun, Din disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah. Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan. Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi. Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar sel

6 kejadian kluster ILI dikesan6 kejadian kluster ILI dikesan

KUALA LUMPUR 8 April - Sehingga pukul 8 pagi tadi, enam kejadian kluster penyakit serupa Influenza (ILI) dilaporkan berlaku di empat buah negeri. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, dua daripada jumlah tersebut masing-masing berlaku di Melaka dan Kedah manakala satu di Perlis dan Terengganu. "Di Melaka, 16 pelajar termasuk kakitangan kolej Kolej Yayasan Saad di Ayer Keroh dan 11 pelatih di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Asahan dilaporkan mengalami gejala ILI dan kesemua mereka menerima rawatan pesakit luar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya, 35 murid Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang dan 84 murid SMK Kedawang di Langkawi, turut menerima rawatan sebagai pesakit luar, bagaimanapun hasil siasatan yang dilakukan kedua-dua kejadian kluster tersebut tidak menunjukkan gejala ILI. Sementara itu, di Perlis, enam pelatih PLKN Tassoh hanya menerima rawatan pesakit luar manakala di Sekolah Pondok Daru

Sembelit penyebab buasir

MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan. Rawatan buasir yang paling baik adalah pencegahan tetapi ia boleh dirawat melalui ubat dan pembedahan seperti ligasi pita getah, hemorhoidektomi, eksisi dan igasi Arteri Buasir (HAL Doppler).  Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi

Denggi berdarah boleh membawa maut

MINGGU ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak dan penyampai radio, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih mesra dengan panggilan Din Beramboi. Sebelum ini, Din Beramboi dikatakan terkena penyakit bawaan bakteria air kencing tikus ketika menjalani penggambaran di Zoo Negara.   Nyamuk Aedes aktif melakukan gigitan pada pada waktu pagi dan senja.  Bahkan deejay radio Era FM itu turut menghidapi penyakit denggi berdarah yang menyebabkan organ dalamnya gagal berfungsi dan menghadapi pendarahan dalaman. Pihak hospital memaklumkan organ penting seperti buah pinggang dan hati gagal berfungsi. Darahnya juga telah menjadi masam dan dijangkiti kuman dan bertambah buruk apabila dia dijangkiti denggi berdarah. Pada hari Jumaat yang lalu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang. Kejadian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang perlunya pengetahuan penyakit seperti denggi berdarah. Mungkin ramai antara kit

Hilang isteri, mertua akibat H1N1

JASIN 3 April - Murtaza Samat, 29, terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri dan ibu mertuanya dalam tempoh selang beberapa hari sahaja akibat serangan selesema babi atau virus influenza A (H1N1). Rabu lalu, kakitangan swasta itu kehilangan ibu mertuanya, Maimunah Dimah, 54, disusuli isterinya, Sumarni Mat Nor, 30, semalam.   Sumarni Mat Nor bersama ibunya, Maimunah Dimah pada Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu.  Murtaza berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak pada 14 April ini namun selepas mengadu sakit badan, demam dan batuk yang agak teruk, dia membawanya ke Hospital Melaka (HM) pada Rabu lalu. Ekoran itu, katanya, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak pada hari berkenaan. ''Selepas itu, dia terus tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia semalam. ''Sumarni sempat berpesan supaya menjaga ibunya tanpa mengetahui ibunya sudah meninggal dunia pada hari dia melahirkan anaknya," katanya ketika di

Dua Beranak Meninggal Dunia Akibat H1N1 Di Melaka, Kata Liow

KUALA KUBU BHARU, 3 April (Bernama) -- Seorang ibu dan anaknya yang sarat mengandung adalah dua mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata kedua-dua wanita yang disahkan positif H1N1 itu meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan semalam di Hospital Melaka. Bagaimanapun, Liow memberitahu pemberita bahawa keadaan jangkitan H1N1 di negara ini pada keseluruhannya semakin baik. "Saya nak yakinkan orang ramai keadaan semakin pulih. Kementerian Kesihatan lebih tahu situasi dan faham keadaan lebih baik. Sekiranya ada gelombang kedua pihak kementerian akan umum," katanya di sini. Mengulas mengenai kedua-dua kes tersebut, Liow berkata dalam kes pertama wanita berusia 54 tahun itu meninggal dunia akibat komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke hospital pada Selasa lepas dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI). Wanita itu telah diberikan rawatan Tami

Terdapat trend peningkatan Influenza A H1N1

KUALA LUMPUR 2 April - Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat trend peningkatan kes Influenza A H1N1 di negara ini sejak tiga minggu lalu dengan purata 50 kes positif H1N1 dikesan setiap minggu. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan purata semasa kes positif H1N1 itu jauh lebih tinggi berbanding sekitar 20 kes positif seminggu yang dicatatkan sepanjang bulan Januari dan Februari lalu. "Catatan mingguan terkini pula (sehingga semalam) menunjukkan 210 kes gejala seakan Influenza (ILI) baru, menjadikan jumlah semasa pesakit dengan ILI yang mendapatkan rawatan di hospital berjumlah 380 orang. "Daripada jumlah tersebut, 32 pesakit (8.4 peratus) disahkan positif H1N1 melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Walaupun keadaan dilaporkan masih terkawal, beliau mengingatkan orang ramai supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bersesuaian untuk mencegah penularan H1N1. Dalam pada itu, Tiong Lai menjela