Skip to main content

Posts

Showing posts from October 4, 2009

Pakai penutup hidung, mulut

Oleh MASDAR R. ARIFUDIN pengarang@utusan.com.my PENGETUA Sekolah Menengah Sri Permaisuri, Razana Aini Ali Dawam memeriksa suhu badan seorang pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZULHAFIZ HANAFIAH KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Kesihatan menasihatkan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) agar memakai penutup hidung dan mulut. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, perkara itu penting kerana selagi mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala ILI, mereka masih menjadi punca jangkitan kepada pelajar lain. ‘‘Kementerian Kesihatan juga meminta kerjasama petugas peperiksaan agar pelajar yang mempunyai gejala ILI diasingkan daripada pelajar yang sihat,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka termasuk memaklumkannya kepada pihak sekolah. Sementara itu j