KUALA LUMPUR: Amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri kali ini perlu diteruskan dan wabak Influenza A (H1N1) tidak harus dijadikan penghalang dengan syarat langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelak jangkitan. Golongan budayawan menyifatkan H1N1 tidak harus menjejaskan orang ramai menikmati kemeriahan Aidilfitri serta meraikan ahli keluarga dan kenalan sempena sambutan hari kebesaran umat Islam itu. Budayawan yang juga pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, berkata sekiranya amalan itu dihentikan, ia akan menimbulkan suasana pelik dan penuh kekok. "Sejak awal penyakit H1N1 tersebar, kita lihat orang masih ke masjid, bazar Ramadan dan pusat beli belah. Itu membuktikan mereka bersedia untuk menyambut Aidilfitri jadi kenapa perlu berhenti di kemuncaknya," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, individu yang tidak sihat atau menghidap H1N1 sebaliknya perlu mengelak daripad...
Feeding 1MALAYSIA with updates on H1N1. Compiling news, reports & guidelines for 1MALAYSIA to understand and practice healthy living.