Skip to main content

Posts

Showing posts from January 24, 2010

Pengurusan kem PLKN diminta waspada H1N1

PUTRAJAYA: Pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekali lagi diingatkan supaya mengambil berat dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan selepas munculnya kes kluster baru yang dilaporkan di sebuah kem berkenaan di Pahang, baru-baru ini. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pemantauan rapi perlu dilakukan pengurusan kem PLKN bagi memastikan pelatih tidak mengalami gejala wabak maut itu. “Jangan ambil mudah perkara ini kerana sikap pandang ringan masyarakat boleh mencetuskan gelombang kedua Influenza A (H1N1),” katanya, semalam. Dr Mohd Ismail berkata, satu kejadian kluster influenza-like illness (ILI) dilaporkan di Kem PLKN Chini, Pekan pada 23 Januari lalu, tetapi sampel yang diambil adalah negatif untuk Influenza A(H1N1). Menurutnya, faktor pergaulan rapat sesama pelatih mungkin menjadi sebab kepada kemunculan kes baru. Beliau berkata, tidak ada peningkatan kes dan kematian akibat wabak itu dicatatkan sepanjang m...

Tekanan pada lutut jejas permainan golf

KECEDERAAN biasa akibat bermain golf termasuklah yang melibatkan bahagian bawah belakang, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. AMES Selvaraj, 55, aktif bermain golf sejak 25 tahun lalu. Lazimnya, dia berada di padang golf empat kali seminggu. Tetapi tidak lagi sekarang. Dia hanya mampu turun padang dua kali seminggu kerana mengalami masalah untuk menghayun kayu golfnya. Kesemuanya itu disebabkan oleh sakit lutut yang amat menyeksakan. Seorang lagi pemain golf, Zak Effendi, berasa sangat tertekan apabila duduk bertinggung untuk melihat pukulannya. Ketidakupayaan itu menjejaskan handikap beliau keseluruhannya. Ini merupakan cabaran biasa yang dialami oleh ramai pemain golf di seluruh dunia. Walaupun golf tidak tersenarai sebagai sukan "berimpak tinggi" namun tidak harus ada tanggapan bahawa tekanan yang dibebankan ke atas sesuatu bahagian badan tidak begitu kuat. Kecederaan biasa akibat bermain golf termasuklah yang melibatkan bahagian bawah belakang, pergelanga...

Terima 1,000 pesakit sejak dibuka

SENAWANG – Klinik 1Malaysia di Seremban Jaya dekat sini mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima lebih 1,000 pesakit pelbagai kaum sejak dibuka 7 Januari lalu. Penolong Pegawai Perubatan, Radzuan Awaludin berkata, berdasarkan statistik diterima, pelanggan yang mendapatkan rawatan kesihatan pada kadar caj RM1 itu semakin meningkat sehingga pernah mencecah 100 orang sehari. “Memang satu pencapaian membanggakan dan kita sendiri tidak jangka ramai yang memilih Klinik 1Malaysia untuk mendapatkan rawatan, biarpun masing-masing sedia maklum di sini kita hanya tawarkan khidmat kesihatan ringan. “Bayangkan pada hari pertama kita hanya menerima lima pesakit dan keesokannya 22 pesakit, hari ketiga, 49 pesakit dan seterusnya kunjungan semakin bertambah sehingga 100 pesakit,” katanya. Menurutnya, waktu puncak ialah antara jam 4 petang hingga 10 malam apabila pesakit datang tidak henti-henti hinggakan kerusi yang disediakan untuk menunggu penuh. Beliau berkata, ada juga segelintir ...

Kos bedah pesakit kronik dibantu - MB

KUALA TERENGGANU 26 Jan. - Kerajaan negeri bersedia membantu serta menanggung kos pembedahan pesakit-pesakit kronik membabitkan buah pinggang, barah dan jantung bagi meringankan beban mereka. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, mereka yang terbabit boleh mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan di bawah peruntukan RM10 juta itu seperti diumumkan belia dalam Bajet Terengganu sebelum ini. Menurutnya, bantuan di bawah peruntukan itu hanya membabitkan pembedahan dan rawatan manakala kos perjalanan akan ditanggung atas keprihatinan Pejabat Menteri Besar Terengganu. "Saya sudah sebut dalam bajet RM10 juta untuk menanggung kos pembedahan penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, barah dan sebagainya. Ini tidak termasuk bantuan kepada mereka yang berulang alik ke hospital. "Kita masih terima aduan, ramai orang salah faham dan mereka datang Pejabat Menteri Besar untuk minta bantuan dan biasanya yang datang bukan penghidap penyakit kronik," katanya. Beliau ...

35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan melalui Program Pemantauan Kesan Advers Ubat telah menerima 35 laporan kesan buruk yang melibatkan penggunaan produk Sibutramine, yang digantung Agensi Perubatan Eropah (EMA). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan Selasa berkata empat daripada laporan itu mendapati pesakit mengalami kesan kardiovaskular iaitu palpitation (denyutan jantung) dan satu laporan infarkasi miokardium (bukan fatal). Beliau berkata kementerian melalui badan regulatorinya iaitu Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menerima maklumat mengenai penggantungan produk yang mengandungi Sibutramine oleh pihak EMA. Hasil kajian interim menunjukkan pesakit-pesakit telah mengalami kesan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok bukan fatal dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang menerima ubat-ubatan plasebo. Untuk Sibutramine, ia dikontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai sejarah penya...

Kini waktu kemuncak denggi: Liow

SEREMBAN: Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani penyakit demam denggi kerana ketika ini adalah waktu kemuncak serangan penyakit itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Katanya, sejak 1 Januari hingga 24 Januari sahaja, sudah ada 11 kematian dengan 3002 kes demam denggi. "Ini adalah satu bilangan yang tinggi dan saya beri amaran kepada rakyat Malaysia bahawa ini perlu diberi perhatian dan ia lebih banyak mendatangkan kematian berbanding wabak H1N1 (wabak selsema babi)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kebajikan dan kesihatan Magnum Cares 2010 di Hospital Mawar hari ini. Beliau berkata, tahun lalu saja demam denggi mengorbankan 88 nyawa rakyat Malaysia berbanding hanya 77 kematian di kalangan pesakit H1N1. "Cuma wabak H1N1 ini merebak dengan cepat sedangkan denggi ada kaitan dengan tempat pembiakan nyamuk aedes. Rakyat tidak melihat nyamuk aedes ini sebagai ancaman, dia ingat dia boleh tawan ini nyamuk," ka...

75% peserta berjaya berhenti merokok

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Sebanyak 75 peratus peserta yang terlibat dalam program berhenti merokok 'Intervensi Varenicline' anjuran Poliklinik Komuniti Tanglin di sini berjaya berhenti merokok dalam tempoh tujuh bulan berturut-turut. Pegawai Perubatan Pentadbir Poliklinik Komuniti Tanglin, Dr. Murniati Hassan berkata, kejayaan itu adalah berdasarkan komitmen kaunselor klinik selain peserta yang tidak putus asa dalam menangani ketagihan mereka. "Ini merupakan pencapaian yang baik buat Poliklinik Komuniti Tanglin kerana dalam tempoh tujuh bulan sahaja seramai 32 orang peserta berjaya berhenti merokok. "Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya peserta berhenti merokok selama enam bulan berturut-turut, rawatan tersebut dianggap berjaya,'' katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil Berhenti Merokok kepada 32 peserta yang mengikuti program berhenti merokok itu di Hotel Grand Seasons di sini, baru-baru ini. Hadir sam...

Kesan steroid dalam ubat

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN bintu.rahman@utusan.com.my PENGAMBILAN steroid berlebihan juga menyebabkan pigmentasi dan badan pesakit ditumbuhi bulu halus. RAMPASAN ubat atau suplemen berkaitan kesihatan oleh pihak berkuasa bukan perkara baru. Biasanya ia melibatkan ubat tiruan atau yang mengandungi steroid berbahaya termasuk untuk rawatan sendi tulang. Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, masih ramai pengusaha yang tidak mengambil iktibar demi keuntungan semata-mata. Mereka selalu selalunya berselindung dan mendakwa produk yang dijual mengandungi herba semula jadi untuk melegakan kesakitan. Terbaru rampasa melibatkan satu jenama produk tempatan yang kononnya dicipta oleh seorang kanak-kanak genius. Pakar Perunding Rheumatologi, Hospital KPJ Pakar Pulau Pinang, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan steroid dalam ubat rawatan sendi. Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid? Paling biasa dialami a...

Alternatif awet muda

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my DR. ALICE menunjukkan alat laser, Spectra VRM III yang digunakan untuk rawatan laser wajah. ANDA ingin kelihatan cantik tanpa melakukan pembedahan? Dalam era moden, mungkin anda boleh merawat masalah kesihatan kulit tanpa melakukan pembedahan. Menariknya, kaedah ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam. Hasilnya, kulit anda akan lebih cerah dan tegang. Mungkin kaedah tidak invasif alternatif terbaik untuk anda merawat masalah kulit seperti parut, bintik atau tompok, lebihan kulit, garis halus, bentuk badan atau mengurangkan lemak badan. Prosedur tidak invasif juga dilihat menarik minat pesakit yang belum bersedia, tidak mahu atau tidak boleh menjalani pembedahan dengan catatan 11.4 juta prosedur dijalankan sepanjang 2005 iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2000. Pakar Runding Perubatan Estetik, Dr. Alice Prethima menjelaskan alternatif terhadap pembedahan dan jarum ini juga mampu membantu m...

Sup haruan kolagen untuk kesihatan

NAZRUL AZIM SHARUDDIN nazrul.sharuddin@utusan.com.my IKAN haruan sememangnya dikenali kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan. SEJAK turun-temurun, ikan haruan telah terkenal sebagai sumber makanan dengan pelbagai khasiat kesihatan yang tidak dapat disangkal lagi. Mempunyai nama saintifik Channa striatus, hidupan air tawar itu menjadi makanan yang sangat popular terutama dari kalangan penduduk Asia. Antara khasiat kesihatannya adalah seperti mampu menyembuhkan luka, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan serta baik untuk ibu bersalin. Kandungan asid amino dan lemak daripada ikan itu pula baik untuk memulihkan parut luka dengan lebih cepat serta sesuai merawat gastrik. Di samping itu, ia turut mengandungi vitamin A yang berupaya meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lebih halus dan mengandungi bahan anti oksida bagi fungsi melambatkan proses penuaan. Khasiat lainnya adalah seperti asid arasidonik untuk membantu pertumbuhan sel-sel baru sert...

Berdarah garu badan

TRONG: Ketika kanak-kanak sebayanya bebas berlari dan bermain, Mohd Ihsan Mohd Tahir, 11, hanya mampu melihat saja berikutan penyakit kulit kronik yang dialami membataskan dirinya menikmati keriangan seperti rakan lain. SIMPATI...(dari kiri) Rosli, Mohd Zahir dan Dr Vasan menziarahi Mohd Ihsan yang menahan kesakitan akibat penyakit kulit dihidapinya. Mohd Ihsan yang menghidap penyakit berkenaan sejak dilahirkan bukan saja tidak mampu berdiri dan berjalan, malah sukar meluruskan kaki disebabkan masalah tulang sendi kakinya. Ibunya, Norazahariyah Mohamad, 44, berkata anak keempat daripada lima beradik itu dilahirkan dengan keadaan kulit kedua-dua tangannya tertanggal dan kulit kaki daripada lutut ke bawah pula tiada. “Pada awalnya, saya dan suami terkejut serta sedih melihat keadaannya ketika dilahirkan dan luluh hati saya mendengar tangisannya ketika menahan kesakitan. “Keadaannya itu memaksa Hospital Taiping meletakkannya dalam inkubator selama dua bulan sebelum ...

Tibi ancam badan

Oleh Dr Irfan Mohamad Kuman tibi boleh jangkiti telinga, otak, usus dan saraf SEBUT saja tuberkulosis atau tibi, hampir semua orang akan membayangkan pesakit yang menghadapi simptom paru-paru seperti batuk berpanjangan atau batuk berdarah. Jarang sekali kita mendengar penyakit ini menjangkiti bahagian badan yang lain seperti telinga, hidung, tekak mahupun leher. Malah di Malaysia, 60 daripada setiap 100,000 penduduk, menghidap tuberkulosis - penyakit komuniti yang masih gagal ditangani. Tuberkulosis disebabkan organisma dikenali Mycobacterium tuberculosis. Jangkitannya boleh terkena kepada mana-mana bahagian anggota badan selain paru-paru. Struktur tubuh seperti telinga, hidung, tekak dan kelenjar pada leher turut terdedah kepada penyakit tuberkulosis. Malah otak, usus, saraf dan tulang termasuk tulang belakang turut berpotensi dijangkiti organisma ini yang boleh terjadi secara terasing, selain disebabkan tuberkulosis paru-paru itu sendiri. 1. T...

Kawal pengambilan gula

Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my OBESITI disebabkan ketidakseimbangan mengamil dan mengguna kalori. Ubah selera elak penyakit diabetis, obesiti KENAIKAN harga gula sebanyak 20 sen pada 1 Januari lalu, sememangnya mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak kerana mereka bimbang berlaku peningkatan harga barang utama dan lazimnya disusuli kenaikan harga makanan lain pula. Ia ada kebenarannya dari sudut harga serta kepenggunaan. Hakikatnya ramai lebih peka dan prihatin soal kenaikan harga berbanding ‘barah’ dari sudut kesihatan akibat pengambilan gula berlebihan. Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit diabetes atau kencing manis dan obesiti yang berkait rapat dengan kesan pengambilan gula. Pengambilan gula pada kadar berpatutan yang diperlukan tubuh tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia hanya mengundang padah apabila pengambilan secara berlebihan yang menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, k...

Diabetes ibu segala penyakit

Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my Dihidapi dua orang setiap 10 saat di seluruh dunia sebabkan komplikasi termasuk jantung, buta, strok DI sebalik kempen meraikan Hari Diabetes Sedunia yang disambut semalam, ada fakta lain yang harus dititikberatkan ramai apabila membicarakan kewajaran pelbagai program dan usaha kesedaran bahaya kencing manis ini. Faktanya - setiap 10 saat, dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut. Menggerunkan bukan? Hakikatnya, di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes. Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Ma...

Dengkur petanda sakit kronik

Oleh Hafizah Iszahanid Dengkur yang berlaku akibat getaran tisu di laluan pernafasan, turut mengganggu pasangan. Penghidap gangguan tidur Obstructive Sleep Apnea berisiko serangan jantung, strok RAMAI beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan. Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea - OSA). Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik. Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari...

Pulih rabun jauh

Oleh Suzan Ahmad Implan kanta lekap sesuai bagi usia 21 hingga 45 tahun MASALAH penglihatan kabur atau rabun bukanlah sesuatu yang luar biasa. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 153 juta orang dianggarkan mengalami masalah penglihatan seperti myopia (rabun jauh), hyperopia (rabun dekat) dan astigmatism. Ketua Perunding Surgeri Ophthalmic Vista Laser Eye Center Sdn Bhd, Dr Aloysius Low, berkata masalah itu bagaimanapun boleh dirawat hasil perkembangan teknologi terkini seperti kaedah laser. Dua kaedah berasaskan laser yang ditawarkan ialah Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis). “Namun ramai tidak menyedari kewujudan satu lagi teknologi iaitu Implan Kanta Lekap Vision atau iContact Lens yang sudah diperkenalkan di Malaysia sejak 2005,” katanya, baru-baru ini. Dr Low berkata, iContact Lens yang turut dikenali Phakic Intraocular Lens Implantation atau Phakic IOL, membabit...

Pelajar adakan kempen kesedaran mengenai Aids

PADA 1 Disember tahun lalu adalah Hari Aids Sedunia. Justeru, Unit Pembangunan Pelajar Kolej PTPL Sentral mengadakan Kempen Kesedaran Penyakit Aids. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar dan orang ramai punca, akibat dan pencegahan Aids. Bertempat di tingkat 1 Stesen Sentral Kuala Lumpur, 20 pelajar Kolej PTPL Sentral mengedarkan risalah berkaitan Aids kepada pengunjung Stesen Sentral Kuala Lumpur. Pelbagai acara sampingan diadakan di Kolej PTPL Sentral, antaranya pameran mengenai Aids dan pertandingan melukis poster bertemakan kesedaran Aids dan tayangan video mengenai penyakit itu. Pelajar jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik, Nor Amira Rosli, berkata selain memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat melalui pertandingan lukisan poster, mereka turut didedahkan maklumat mengenai penyakit itu. Pelajar Diploma Pengurusan, Muhammad Muslim Abd Rahi, berkata melalui program sukarelawan ini, ia meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri ketika be...

Program cegah gelombang kedua H1N1

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan gelombang kedua Influenza A (H1N1), Antabax dan Kementerian Kesihatan melancarkan program kesedaran dan pendidikan ‘Berwaspada dan bersedia untuk kembali ke sekolah’ bagi mengurangkan risiko penularan wabak itu. KUALA LUMPUR: Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan gelombang kedua Influenza A (H1N1), Antabax dan Kementerian Kesihatan melancarkan program kesedaran dan pendidikan ‘Berwaspada dan bersedia untuk kembali ke sekolah’ bagi mengurangkan risiko penularan wabak itu. Siri rangkaian antibakteria Antabax dijalankan di beberapa sekolah rendah dalam kawasan bandar terpilih sekitar Lembah Klang. Pelancaran program itu diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anggerik, Taman Len Sen, baru-baru ini. Menerusi kempen sepanjang bulan ini, tandas di sekolah terbabit dibekalkan cecair pencuci tangan Antabax manakala cecair pembasmi kuman segera Antabax dibekalkan selama sebulan di kawasan tumpuan ramai seperti kant...