Saturday, September 19, 2009

Pelajar perempuan mangsa baru H1N1

KUALA LUMPUR 19 Sept. — Seorang pelajar perempuan berusia15 tahun merupakan mangsa terbaru jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sehingga hari ini.

Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, meninggal dunia pada 11 September tetapi hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

“Pelajar berkenaan yang juga dilaporkan menghidapi penyakit asma telah mendapatkan rawatan di hospital pada 7 September lepas akibat demam, batuk dan selesema selama sehari dan dirawat sebagai kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) dan diberikan rawatan pesakit luar”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Namun setelah didapati simptomnya tidak pulih, beliau berkata, pesakit berkenaan dibawa semula ke hospital empat hari kemudian iaitu pada 11 September dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)dan diberikan rawatan antiviral.

Bagaimanapun pesakit meninggal dunia enam jam selepas dimasukkan ke hospital dan kematian direkodkan sebagai radang paru-paru yang teruk dengan jangkitan H1N1 dan bakterial tambahan setelah kes disahkan ujian makmal pada 12 Sept lepas. - Utusan

Influenza A(H1N1): Malaysia asked to take 10 measures

KUALA LUMPUR: The World Health Organisation has asked Malaysia to implement 10 measures to improve its prevention and containment of the spread of Influenza A (H1N1).

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the measures were presented to Prime Minister Datuk Seri Najib Ra-zak and ministers on Wednesday.

"Actually, we have already succeeded in implementing nine of the measures very effectively. But the one that needs to be handled is the risk communication plan which, unfortunately, is not to our satisfaction," he said.

The recommended measures include improving influenza-like illness surveillance, optimising the use of intensive care unit facilities and isolation wards and sharing knowledge of deaths and sur-veillance with relevant parties.

Although the ministry had put in place all the 10 courses of action, Liow said, they still needed to work hard on the dissemination of information to staff and the public.

"We are in the midst of doing the media campaign to reach out to all concerned.

"Our death toll has reached 76 and many of the deaths could have been averted if the victims had sought early treatment, including going on the anti-viral drug within 48 hours of having influenza-like illness."

He appealed to all Malay-sians, including those celebrating Hari Raya Aidilfitri, to keep in mind the spread of the H1N1 virus.

Meanwhile, Health director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican was quoted by Bernama as saying 77 new patients with influenza-like illness were admitted to hospitals for treatment yesterday.

However, he said no new H1N1 deaths were confirmed.

He said 137 cases were discharged and that made 821 the number of people with influenza-like illness being treated in 90 hospitals. - NST

Bersama Hentikan H1N!: Angka korban kekal 76 orang

KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat wabak Influenza A (H1N1) dilaporkan semalam menjadikan angka korban penyakit itu kekal 76 kes di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata, sejumlah 821 pesakit dengan gejala penyakit seperti influeza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan dengan 77 adalah pesakit baru.

“Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit atau 17 peratus disahkan positif H1N1,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Dr Ismail menasihatkan orang ramai terus mengamalkan langkah kebersihan diri dengan mencuci tangan sekerap mungkin dan mengamalkan etika ketika batuk dan bersin serta segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan H1N1.- Berita Harian

Friday, September 18, 2009

H1N1: 77 pesakit baru dimasukkan ke hospital

KUALA LUMPUR: Sejumlah 77 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa selesema (ILI) sudah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dicatatkan.

Katanya, sejumlah 137 kes telah dibenarkan keluar hospital dan sekaligus menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 90 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 821 orang.

"Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit iaitu 17 peratus telah disahkan positif H1N1," katanya.

Beliau berkata, bilangan kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) buat masa ini kekal sebanyak 30 kes melibatkan tiga kemasukan baru dan tiga lagi kes telah keluar dari ICU.

"Daripada 30 kes berkenaan, 26 kes iaitu 87 peratus mempunyai faktor risiko iaitu lapan kes penyakit kronik, enam kes masing-masing obesiti dan kanak-kanak bawah lima tahun, manakala tiga kes lagi masing-masing penyakit respiratori kronik dan hamil," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan meminta orang ramai, terutamanya yang mengalami gejala ILI semasa berada di kampung, agar tidak lupa mengamalkan langkah-langkah pencegahan semasa menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.



Langkah-langkah itu adalah:

1. Mereka perlu mengasingkan diri daripada anggota keluarga yang lain.

2. Sekiranya perlu bersama-sama anggota keluarga, mereka hendaklah memakai penutup mulut dan hidung.

3. Elakkan daripada berada terlalu dekat dengan anggota keluarga termasuklah memeluk anggota keluarga yang terdiri daripada golongan berisiko seperti kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun, wanita hamil, pesakit asma, pesakit diabetes, pesakit imuniti rendah.

4. Seboleh-bolehnya mereka dinasihatkan tidak menghadiri tempat yang sesak atau keramaian umpamanya mengunjungi rumah terbuka, majlis kenduri dan juga sembahyang sunat Hari Raya kerana dikhuatiri akan menjangkiti orang lain. Namun jika mereka ingin juga menghadiri sembahyang sunat Hari Raya, maka hendaklah memakai penutup mulut dan hidung serta membawa sejadah atau pelapik sembahyang sendiri dan tidak berkongsi dengan orang lain.

5. Sepanjang berada di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri daripada orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri.

6. Sekiranya gejala tidak berkurangan, individu perlulah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan dengan segera. - Berita Harian

Ambil langkah cegah jangkitan H1N1

SEREMBAN 17 Sept. - Pengguna pengangkutan awam di negeri ini dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) khususnya di musim perayaan ini

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sembilan, Datuk Ismail Taib berkata, walaupun indeks penularan wabak H1N1 di negeri ini semakin menurun, namun orang ramai tidak sepatutnya memandang remeh langkah-langkah pencegahan terutamanya di kawasan awam.

''Oleh itu, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, teksi atau kereta api dinasihatkan mengutamakan kebersihan dan kesihatan dengan menggunakan penutup hidung dan mulut dan mengelakkan daripada bersentuhan.

''Langkah pencegahan ini amat penting terutama sekali di musim perayaan ini, di mana ramai yang akan pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan risalah, penutup hidung dan mulut kepada orang awam di hentian bas dan teksi, Terminal One di sini baru-baru ini.

Jelasnya, jika penumpang serta pengguna perkhidmatan awam tidak mengendahkan langkah pencegahan, risiko untuk berjangkit adalah lebih tinggi.

Dalam pada itu, katanya lagi, program pengedaran risalah dan pencegahan H1N1 kepada orang awam akan dijalankan secara berterusan sehingga tiada lagi jangkitan di negeri ini.

"Pengedaran risalah, penutup hidung dan mulut kepada orang awam amatlah penting demi kebaikan mereka selain meningkatkan lagi kesedaran mereka tentang bahaya wabak ini,'' katanya. - Utusan

40,000 Doses Of Anti-H1N1 Vaccine To Be Available Next Month

BENTONG, Sept 17 (Bernama) -- A total of 40,000 doses of the 400,000 doses of anti-H1N1 vaccine ordered by the Health Ministry are expected to arrive in the country by the end of next month, said its minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

He said the vaccine would be evenly distributed with priority given to front line personnel and high risk groups like pregnant women and children.

The balance 360,000 doses would arrive in early January, he told reporters after attending a breaking of the fast function with the orang asli community in Sunagi Gapoh near here Wednesday.

Liow said the anti-H1N1 vaccine was being sourced from GlaxoSmithKline (GSK) which is based in the United Kingdom.

He added that the ministry was also in the process of ordering more of such vaccine from other suppliers.

"We have to place bookings early and we are looking for the best quality. We try to get as many sources as possible including from China and Taiwan so that in case of emergency we can get more vaccine," he said, adding that the vaccine would have to have the approval of the World Health Organisation (WHO).

He also said the government had ordered that a vaccine making facility be set up in the near future.

"We are in the process of building one vaccine producing facility. Ninebio Sdn Bhd has been directed to set up the plant," he said.

Besides this, Liow said, in line WHO's warning of a possible second wave of the pandemic, the Cabinet had approved an allocation of RM158 million to increase beds and facilities at Intensive Care Units at government hospitals to face such a scenario. - Bernama

Increase In Dengue And Chikungunya Cases

KUALA LUMPUR, Sept 17 (Bernama) -- A total of 478 cases of dengue fever were recorded by the Health Ministry from Sept 6 to 12, an increase of 68 cases or 17 per cent from the previous week which recorded 410 cases.

Health director-general Tan Sri Dr Ismail Marican, in a statement here said, nine states recorded an increase in the number of dengue cases for the week from Sept 6 to 12.

They are Pahang (83 per cent), Sarawak (67 per cent), Sabah (67 per cent), Kedah (43 per cent), Terengganu (38 per cent), Kuala Lumpur and Putrajaya (33 per cent), Melaka (11 per cent), Selangor (six per cent) and Penang (four per cent).

No death due to dengue was reported during the week, he added.

The total of accumulated dengue cases so far this year, until Sept 12, is 30,588 cases, including 69 deaths, compared with 31,806 cases in the corresponding period last year.

Dr Mohd Ismail said 24 hot spot localities had been reported, comprising 15 in Selangor, Kuala Lumpur (four), Johor (four) and one in Perak.

On Chikugunya, he said, a total of 18 cases were reported this week, from 16 in the previous week.

"Generally, there was a drop in the number of cases in all states, except Sarawak and Pahang, he added.

He advised those going back to their home towns for Hari raya to ensure that they did not leave containers which could be breeding grounds for mosquitoes at home. - Bernama

Thursday, September 17, 2009

Dua beradik perlu RM1,600 sebulan rawat mata

BUKIT MERTAJAM: Dua beradik dari Kampung Bukit Kechil, Juru di sini, buntu untuk mencari RM1,600 sebulan bagi membeli ubat memulihkan saraf mata selepas menjalani pembedahan.

Sebelum ini, dunia dua beradik berkenaan, Abdul Manaf Ahmad, 52, dan adiknya, Razali, 43, diselubungi kegelapan sejak tujuh tahun lalu berikutan mereka menghidap katarak dan glaukoma.

Berikutan itu, mereka tidak mampu bekerja sebagai nelayan serta menjaga ibu yang uzur, Som Saad, 74.

Menurut Abd Manaf, dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) tetapi penyakit matanya tidak sembuh malah difahamkan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan matanya dan perlu mencuba kaedah alternatif.

“Saya dan Razali akhirnya menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur hasil bantuan seorang tokoh korporat yang menanggung kos RM10,200.

“Tapi kami kini perlu mengambil ubat selama enam bulan bagi memulihkan saraf mata tetapi kosnya mahal mencecah RM790 seorang atau RM1,600 sebulan.

“Mana nak cari wang sebanyak itu, malah kami sudah terputus bekalan ubat sebulan lalu,” katanya.

Abd Manaf dan isterinya, Zaleha Shariff, 54, kini bergantung sepenuhnya pada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan Pusat Urus Zakat (PUZ) RM300 sebulan. - Harian Metro

Jangan kenakan caj tinggi


MOHD. Ali Rustam memberikan makanan bersahur kepada salah seorang pesakit di Hospital Pakar Putra Melaka, Mahmud Hashim, pada program bersahur bersama beliau di hospital tersebut, semalam.

MELAKA 16 Sept. - Semua doktor pakar di seluruh hospital swasta di negeri ini diminta tidak mengenakan bil rawatan yang tinggi sehingga menjadi rungutan pesakit yang akhirnya akan memburukkan imej hospital itu sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau kecewa apabila mendapat banyak rungutan seperti itu di kalangan pesakit dan ejen insurans yang terlibat.

Menurut beliau, ada beberapa ejen insurans mendakwa terdapat segelintir doktor pakar di sesetengah hospital pakar mengenakan bil rawatan yang agak tinggi daripada kebiasaan.

"Saya harap, doktor pakar di Hospital Pakar Putra tidak mengenakan bayaran yang tinggi kepada para pesakitnya.

"Biarlah bayaran itu munasabah, bukan lebih daripada biasa yang menyebabkan syarikat-syarikat insurans berasa tertekan kerana terpaksa bayar bil yang tinggi kepada pesakit yang mencarum," katanya.

Mohd. Ali yang juga Pengerusi Hospital Pakar Putra berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bersahur bersama pesakit dan kakitangan hospital tersebut di sini awal pagi tadi.

Ketua Menteri berkata, selain memburukkan imej hospital itu sendiri, bil rawatan yang terlalu tinggi juga dikhuatiri akan menjejaskan sektor pelancongan kesihatan yang menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Melaka.

"Dalam situasi ini, saya amat mengharapkan kerjasama daripada semua hospital swasta supaya tidak mengenakan bayaran yang tinggi yang luar daripada kebiasaan.

"Kadang-kadang bil rawatan diasing-asingkan, sepatutnya disatukan dalam satu bil kerana bila diasingkan bilnya akan menjadi besar apabila dijumlahkan," katanya. - Utusan

Malls can play their part to contain flu virus

KUALA LUMPUR: Hypermarkets and shopping complex managements should have preventive measures to prevent the spread of Influenza A(H1N1).

These measures include having hand-washing facilities, a clean environment and sufficient places to throw garbage and masks, health director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said.

He said while Muslims were busy make preparations for Hari Raya, the ministry wanted to advise people to practise self-hygiene, not to be indifferent and to seek immediate treatment if they have Influenza A(H1N1).

“People are encouraged to have with them the H1N1 kit (nose and mouth mask, tissues and sanitiser) wherever they go — while shopping, on public transportation or celebrating at homes of relatives and friends — and also to keep up-to-date on the latest developments about the Influenza A(H1N1) pandemic and steps suggested by the ministry from time to time,” he said.

Two new deaths were reported yesterday due to Influenza A(H1N1), bringing the number of deaths to 76.

Ismail said the victims were a 45-year-old woman from Sabah, who had high fever, and a 19-year-old girl from Bentong, Pahang.

The first death occurred on Aug 26 and was reported to the ministry on Sept 10 — the woman was admitted to the Tambunan Hospital on Aug 17 for fever, cough and flu for three days, and referred to the Keningau Hospital for intensive treatment in the intensive care unit (ICU) and anti-viral treatment was started.

“However, she died after 10 days due to complications of influenza and the death was recorded as ‘severe bronchopneumonia with Acute Respiratory Distress Syn-drome’ and the case was confirmed to be H1N1 on Aug 19,” Dr Mohd Ismail said in a statement here.

He said the second victim was admitted to the Bentong Hospital on Aug 30 for cough for five days and fever for a day and anti-viral treatment was started the same day.

Before that, he said, the victim had out-patient treatment for symptoms of cough without fever on Aug 16 and on Aug 31 had breathing difficulties and was referred to the Kuala Lumpur Hospital’s ICU.

“However, the girl died on Sept 1 due to ‘severe pneumonia with H1N1 infection’ and the case was confirmed through laboratory tests on Sept 3,” he said.

Meanwhile, 156 new patients with influenza-like illness (ILI) were admitted to hospitals yesterday for treatment while 189 cases were discharged.

“This makes the remaining ILI cases number 881 being treated in 98 hospitals including 11 private hospitals. Of this number, only 141 patients were confirmed positive for H1N1,” he said.

Dr Mohd Ismail said of the 141 H1N1 cases, 37 were in ICU, four were new admittances and four had left the ICU. “Of the 37 cases in ICU, 28 had high-risk factors: chronic illness (nine), respiratory illness (three), obesity (six), children below the age of five (eight) and pregnancy (two),” he said.

In Karak, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the first batch of the Influenza A(H1N1) vaccine to Malaysia would be arriving next month while another 400,000 doses would arive in early January.

The first shipment of 14,000 doses of vaccine would be distributed to front-liners and high risk group, he added. - The Star

H1N1: Tiada kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar

KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi dan angka korban pandemik itu kekal 76 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata seramai 156 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Katanya, pada masa sama seramai 189 pesakit telah dibenar pulang, menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah 881 orang.

"Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata, 30 (18%) kes sedang dirawat di ICU dan tiada kemasukan baru manakala tujuh lagi kes telah keluar dari ICU.

Katanya, daripada 30 kes yang sedang dirawat di ICU, 23 kes (77%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), penyakit respiratori kronik (3), obesiti (6), kanak-kanak bawah 5 tahun (5) dan hamil (2). - Berita Harian

Derita pesakit kencing manis


Dua anak Nila Kesuma Mat memapah ibu mereka yang tidak dapat bergerak sendiri sejak kaki kirinya dipotong akibat kencing manis.

KLANG 16 Sept. - Sudah 16 tahun dia menahan sabar dengan kehidupan yang memeritkan bersama dua orang anaknya.

Ada masa makan, ada masa tidak. Tidur malam sering dalam kedinginan hanya berlapikkan sehelai tikar usang.

Jika orang lain menikmati hidangan lazat setiap kali berbuka puasa dan bersahur, bagi Nila Kesuma Mat , 50, dan dua anaknya, Mohd. Faiz Khusaini, 16, dan Nur Fazlin Husna, 15, mereka hanya mengalas perut dengan air kosong dan nasi kosong.

Jika ada yang menghulur bantuan, dapatlah mereka makanan yang lazat, namun kebanyakan hari yang dilalui sarat dengan kesedihan.

Sudah kering air matanya menangis saban hari mengenangkan nasib malang yang dilalui, namun Nila Kesuma pasrah.

''Jika ini dugaan buat saya, saya reda,'' katanya teresak-esak ketika ditemui di rumahnya di PPRT, Jalan Kenangan, Batu 11, Kapar, Selangor.

Keadaan menjadi lebih parah apabila kaki kiri Nila dipotong akibat menghidap kencing manis. Akibatnya pergerakan Nila terbatas.

Bebannya semakin bertambah apabila suaminya hilang entah ke mana sejak tujuh bulan lalu.

''Bagaimana saya hendak cari kerja dengan keadaan diri yang cacat ini. Anak-anak perlukan makanan dan belanja untuk ke sekolah.

''Jika dulu, apabila suami buat hal, saya boleh cari kerja. Semua kerja yang terdaya asal halal saya buat termasuk menjual kuih-muih dan kerja kilang. Tapi kini saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi,'' katanya dengan linangan air mata.

Tempat berteduh Nila dan anak-anaknya sekarang adalah sebuah rumah dua bilik yang dibina di bawah Program Kerajaan Prihatin 2002 Sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Malangnya keadaan keliling rumah amat menyedihkan. Lalang yang tumbuh tinggi serta sistem saliran yang tidak sempurna menakutkan anak beranak ini pada waktu malam bimbang ada binatang berbisa yang menyelinap masuk ke dalam rumah.

''Jika banjir, kami berendam dalam air sehingga paras lutut sebab kawasan di sini sangat rendah. Mujur ada tanah peninggalan bapa, jika tidak, entah bagaimana nasib kami,'' ujarnya sambil memandang dua anaknya di sebelah.

Berasal dari kawasan yang sama, Nila kini berdepan pula dengan masalah kesihatan yang memerlukan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

''Setiap bulan, saya perlukan RM300 untuk membeli ubat dan jarum suntikan insulin. Saya juga terpaksa memakai lampin pakai buang sebab tidak dapat menahan kencing. Tambang teksi pula RM70 sebulan untuk ke pekan Kapar mendapatkan rawatan di hospital,'' ujarnya.

Menurut Nila, itu belum masuk perbelanjaan anak-anaknya ke sekolah, makanan mereka tiga beranak serta keperluan asas di dalam rumah.

''Saya tidak ada sumber pendapatan lain kecuali RM400 wang Perkeso yang saya dapat tiap-tiap bulan. Itu semua hanya cukup untuk menampung perbelanjaan perubatan saya,'' sambungnya yang turut mengalami luka pada bahagian punggungnya kerana selalu mengengsot.

Disebabkan kekurangan itu, kata Nila, dia tidak begitu mengambil berat tentang kesihatannya kerana lebih utamakan keperluan sekolah dan makanan untuk anak-anaknya.

''Saya sedih sebab keadaan ini telah menyebabkan anak-anak saya tidak mahu ke sekolah kerana malu dengan kawan-kawan.

''Faiz tidak lagi bersekolah sementara Nur Fazlin kadang-kadang pergi, kadang-kadang tidak sebab tidak ada pengangkutan. Jika ada orang yang tumpangkan, pergilah dia ke sekolah. Jika tidak, memeraplah di rumah,'' cerita Nila yang mengharap anaknya, Faiz dapat diterima masuk ke mana-mana pusat kemahiran demi masa depannya.

Tinjauan Utusan Malaysia ke rumah Nila mendapati masih banyak kekurangan di rumah tersebut.

Bahagian dapur agak sempit dengan sinki yang hampir roboh. Terdapat sofa lama yang diberikan seorang guru yang prihatin. Sementara di dapur, tiada apa-apa kecuali sebiji botol minyak yang telah tinggal separuh.

''Ruang bilik air sangat sempit. Saya tidak boleh berpusing untuk membersih diri hingga terpaksa menggunakan paip air di luar rumah,'' jelas Nila yang terpaksa menggunakan kudrat yang ada untuk terus hidup bersama anak-anaknya.

Jika tergerak hati membantu, sila hulurkan bantuan anda dengan menghubungi Nila Kesuma 017-6975661 atau Akaun Nombor Malayan Banking Berhad 112063028669. - Utusan

Wednesday, September 16, 2009

H1N1: Dua lagi kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar

KUALA LUMPUR; Dua kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan sehingga jam 9 pagi tadi, menjadikan angka korban di seluruh negara sebanyak 76 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian terbaru itu membabitkan wanita berusia 45 tahun di Sabah dan remaja perempuan berusia 19 tahun dari Bentong, Pahang.

Dr Mohd Ismail berkata, pada hari ini sejumlah 156 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa sama sejumlah 189 kes telah dibenar keluar.

"Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 881 orang. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, 37(26%) kes sedang dirawat di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes telah keluar dari ICU.

Daripada 37 kes yang sedang dirawat di ICU, 28(76%) kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), penyakit respiratori kronik (3), obesiti (6), kanak-kanak bawah 5 tahun (8) dan hamil (2). - Berita Harian

Teen seeks funds for knee implant

KOTA BARU: A minor slip at home last year has changed Mohd Shahrul Md Said's life forever.

The 19-year-old's leg was swollen, and believing it was merely bruised, his family took him for traditional treatment.

Earlier this year, when he fainted at the National Youth Skills Institute (IKBN) in Wakaf Tapai, Terengganu, where he was studying, the terrible truth came to light.

"I was taken to Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu where doctors diagnosed cancer. I was transferred to Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) and I had leg surgery in July."

Shahrul now needs a knee replacement implant which will cost RM34,000.

"My father is a Felda settler and my mother is a housewife. The cost is too big a financial burden for them to bear."

If you wish to help, please send a cheque payable to the New Straits Times Press Sdn Bhd with Shahrul's full name written on the back to the Finance Department/Charity Unit, NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. - NST

Dedah golongan muda kesedaran kesihatan

JOHOR BAHRU 15 Sept. - Golongan muda perlu didedahkan dengan pelbagai program kemasyarakatan terutamanya mengenai kesedaran kesihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, persatuan belia boleh menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri atau hospital berdekatan bagi menganjurkan program seperti itu.

Katanya, penganjuran program seumpama itu dapat mengelak golongan remaja daripada terbabit dengan kegiatan tidak sihat.

''Melalui aktiviti tersebut, golongan remaja dapat memanfaatkan masa dengan baik. Program itu juga dapat memberi rangsangan kepada orang muda untuk menyelami perasaan pesakit,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya anjuran Persatuan Belia Puterawaja Daerah Johor Bahru (Puterawaja) kepada 96 pesakit di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.

Osman berkata, kegiatan seperti itu dapat membentuk golongan muda menjadi lebih bertoleransi dan bersatu padu untuk menjayakan kegiatan kemasyarakatan.

Sementara itu, Pemangku Yang DiPertua Puterawaja, Zairul Albar Abu Bakar berkata, pihaknya juga sedang berusaha untuk menyediakan penginapan untuk remaja bermasalah.

''Menerusi program remaja untuk remaja, Puterawaja bercadang membina Rumah Teduhan Kasih untuk membantu gadis-gadis hamil tanpa suami agar kembali ke pangkal jalan," katanya.

Beliau berkata, menerusi aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan, Puterawaja ingin mendedahkan golongan muda mengenai tanggujawab mereka sebagai pemimpin pelapis negara. - Utusan

Tuesday, September 15, 2009

Derita kulit mengelupas

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA NERANG: Dia sepatutnya berada di tingkatan satu dan bergembira menempuhi alam remaja bersama rakan seusia tetapi itu bukan perjalanan hidup yang dilalui Mohd Nasrul Kamarizan, 13, yang menderita penyakit kulit kronik.

Berikutan penyakit dihidapi sejak dilahirkan, Mohd Nasrul, 13, anak bongsu daripada dua beradik dari Desa Keda Bukit Kura, tidak pernah menempuh alam persekolahan sepanjang hidupnya.

Ini kerana kulitnya terlalu sensitif dan menggelupas teruk walaupun disebabkan bergesel dengan orang lain.

Ibunya, Norhayati Md Daud, 39, berkata anaknya pernah didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Pedu (SKP), tetapi masalah dihadapinya menyebabkan Mohd Nasrul tidak pernah memasuki sekolah kerana bimbang kulitnya mudah menggelupas.

“Kami bimbang apabila bermain di sekolah, rakannya tersentuh kulitnya dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat,” katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan tetapi penyakit dihadapi anaknya masih belum sembuh, walaupun mendapat rawatan di hospital dan perubatan tradisional.

“Kulitnya cepat menggelupas jika menggaru badannya ketika waktu panas dan ini menyebabkan saya terpaksa memasang kipas kepada Mohd Nasrul supaya sentiasa sejuk dan tidak menggelupas.

“Setiap kali menggaru, badannya berdarah menyebabkan dia menangis kesakitan. Saya tidak tahan melihat penderitaan dialami dan berharap ada pihak membantu merawat penyakitnya,” katanya.

Penderitaan dialami Mohd Nasrul menyebabkan kesihatannya terjejas sehingga badannya terencat jika dibandingkan dengan usianya.

Mohd Nasrul juga menghadapi masalah membuang air besar kerana kulit duburnya semakin nipis.

Norhayati berkata, penyakit anaknya dapat bertahan dengan menggunakan ubat cecair yang didapati dari negara jiran RM5 sebotol dengan menyapu seluruh badan.

Penderitaan Mohd Nasrul tidak berakhir di situ apabila dia menghadapi masalah jari tangan dan kaki mulai bercantum menyebabkannya sukar makan dan menulis.

Norhayati berkata, mereka cuba mendapat nasihat doktor membuat pembedahan jari kaki dan tangan anaknya, tetapi doktor tidak dapat melakukannya kerana bimbang menimbulkan masalah lain.

“Saya sudah berusaha pelbagai perubatan dan kini reda dengan penderitaan ditanggung oleh kami sekeluarga,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Mohd Tarmimi, 17.

Sementara itu, suaminya, Kamarizan Md Idris, 39, bekerja sebagai buruh dengan pendapatan kurang daripada RM500 sebulan sekali gus hanya mencukupi untuk belanja seharian keluarga berkenaan. - Harian Metro

H1N1: Tiada kematian baru dilaporkan

KUALA LUMPUR: Tiada kematian berhubung Influenza A (H1N1) dicatatkan sehingga pagi ini dan angka korban kekal 74 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata, seramai 881 pesakit dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) sedang dirawat di 99 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, 162 pesakit atau 18.5 peratus disahkan positif H1N1.

“Daripada 162 kes yang telah disahkan H1N1, 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 atau 84 peratus mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak bawah 5 tahun dan hamil.

“Sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 157 kes sudah dibenarkan keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Ismail juga menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah kebersihan diri, tidak berlengah dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan H1N1. “Ini bertujuan bagi mengelakkan pesakit mendapat komplikasi akibat lewat mendapatkan rawatan,” katanya.- Berita Harian

Pesakit kanser sendi lutut rayu bantuan RM34,000

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

KOTA BHARU: Seorang pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kini mengharapkan simpati orang ramai dalam usahanya mengumpul dana RM34,000 bagi membiayai kos pembelian implan pembedahan kanser sendi lutut yang dijalaninya.

Anak peneroka dari Felda Jengka Tiga, Pahang, Mohd Shahrul Md Said, 19, berkata bapanya, Md Said Hassan, 63, yang juga seorang peneroka dengan pendapatan tidak seberapa, tidak mampu menanggung kos pembelian implan kerana bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan sawit.

Pelatih IKBN Wakaf Tapai itu berkata, walaupun berjaya melalui pembedahan membuang tulang paha yang diserang kanser itu, dia kini rasa sedih kerana keluarga tidak mampu menanggung kos pembelian implan.

“Ayah sudah tua, manakala ibu, Aminah Ariffin, 61, tidak bekerja dan kos implan RM34,000 itu amat membebankan mereka berdua, memandangkan hasil jualan kelapa sawit tidak seberapa, bergantung kepada turun naik harga komoditi itu,” katanya ketika ditemui bersama Aminah, di HUSM, Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Mohd Shahrul berkata, kanser itu mula dikesan tahun lalu, selepas dia tergelincir di rumahnya yang menyebabkan bahagian atas lutut kanan membengkak dan ketika itu, keluarganya membawa dia berubat secara tradisional kerana menyangka hanya terseliuh.

Katanya, bagaimanapun, bengkak itu tidak sembuh, lalu dia dirujuk ke klinik serta diberikan ubat penahan sakit saja dan ketika di IKBN, dia terjatuh kali kedua sehingga pengsan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu, untuk menerima rawatan.

“Di hospital itu, doktor mengesahkan saya menghidap ketumbuhan pada bahagian paha itu sebelum dirujuk ke HUSM untuk pembedahan kerana disahkan menghidap kanser sendi lutut peringkat awal yang memerlukan pembedahan segera yang dijalaninya pada 1 Julai lalu,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghantar sumbangan dalam bentuk cek atas nama Berita Harian Sdn Bhd dengan menulis nama Mohd Shahrul Md Said di belakangnya dan dihantar kepada Jabatan Kewangan / Unit Kebajikan, The News Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. - Berita Harian

Penumpang diwajib pakai penutup

Oleh Ali Mahmood

BENTONG 14 Sept. – Penumpang bas dan kereta api yang menghidap selesema serta demam diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung ketika pulang menyambut Aidilfitri untuk mengelakkan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat bas dan kereta api diminta memastikan penumpang yang mempunyai simptom itu mematuhi arahan berkenaan supaya virus tersebut tidak disebarkan kepada penumpang lain.

Bagi menyekat penularan wabak tersebut, tegasnya, semua syarikat bas ekspres akan dibekalkan penutup mulut dan hidung yang bakal disumbangkan oleh beberapa badan korporat.

‘‘Dalam suasana gembira menyambut Aidilfitri, saya berharap kita semua terus berwaspada kerana wabak H1N1 kini menjadi pembunuh senyap.

‘‘Saya harap semua orang berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta keluarga masing-masing kerana dengan langkah tersebut ia dapat menghalang virus H1N1 daripada terus merebak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan duit raya daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada 120 warga emas pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Lengkong dekat sini malam tadi.

Tiong Lai berkata, jika seseorang itu mengalami demam panas selama dua hari dengan suhu badan melepasi 38 darjah celsius, batuk dan sakit, mereka perlu terus berjumpa doktor di hospital dan klinik berhampiran.

Katanya, langkah segera itu dapat menyelamatkan nyawa kerana 98 peratus yang dijangkiti virus itu berjaya dipulihkan apabila mendapat rawatan dengan segera.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, cuti kakitangan hospital dan klinik kerajaan tidak akan dibekukan sepanjang musim perayaan ini.

‘‘Bagaimanapun, mereka perlu sentiasa bersiap sedia dipanggil bertugas pada bila-bila masa,’’ katanya.

Bagi menghadapi gelombang kedua serangan virus H1N1 yang dijangka pertengahan bulan depan, beliau berkata, pihaknya telah meningkatkan segala kemudahan di semua hospital dan klinik kerajaan.

‘‘Saya menasihati golongan berisiko tinggi seperti mereka yang obesiti, kanak-kanak berusia bawah lima tahun, pesakit jantung, ginjal, diabetis, wanita mengandung, imunisasi rendah dan pelbagai penyakit kronik lain supaya tidak berada di tempat awam.

‘‘Kita perlu tahu apa yang boleh dibuat apabila jika terkena H1N1 dan mengambil langkah awal serta cepat,” katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Tiong Lai dalam kenyataan akhbarnya berkata, jumlah kematian akibat H1N1 kekal 74 kes apabila tiada kematian baru direkodkan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, sebanyak 193 pesakit telah disahkan positif H1N1 di mana dua pesakit merupakan kes baru dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut beliau, jumlah itu berkurangan sebanyak 62 kes berbanding tempoh sama semalam iaitu 255 kes positif H1N1 yang masih dirawat.

Beliau juga berkata, sehingga pukul 9 pagi ini, sebanyak 48 pesakit baru dengan gejala serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 126 pesakit dibenarkan pulang.

‘‘Perkembangan itu menjadikan baki sebanyak 190 kes ILI sedang dirawat di 102 hospital termasuk 13 hospital swasta termasuk 193 pesakit yang positif H1N1,’’ katanya. - Utusan

Monday, September 14, 2009

Sedia kit H1N1 ketika raya

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my



Elak jangkitan wabak pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan kemungkinan Influenza A (H1N1) merebak pantas ke seluruh negara berikutan pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi.

Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kit mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri atau dibeli di farmasi.

"Ia perlu dianggap sebagai barang perlu dimiliki oleh semua yang bercadang balik kampung sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau perkhidmatan awam.

"Kit H1N1 boleh disediakan sendiri dan perlu sentiasa dibawa. Hanya perlu ada tiga komponen untuk melengkapkan kit itu yang mempunyai pencuci tangan antikuman, topeng penutup mulut serta hidung dan tisu," katanya semalam.

Orang ramai juga disaran mengehadkan pertemuan dan pergaulan ketika bercuti dan menggunakan topeng serta kerap mencuci tangan.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai gejala selesema serta berisiko dihinggapi jangkitan disaran menggunakan pengangkutan sendiri untuk pulang ke kampung.

"Namun, jika terpaksa menggunakan pengangkutan awam, mereka perlu memakai penutup hidung serta mulut bermula dari saat menunggu di kawasan terminal sehingga berlepas, selain mengamalkan kebersihan tangan sepanjang masa," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata, pengendali pengangkutan awam dinasihatkan menyediakan tong sampah bertutup dan pencuci tangan antikuman bagi mengelakkan jangkitan.

Katanya, penumpang kenderaan awam, terutama bas perlu memastikan kertas tisu muka yang sudah digunakan dibuang dalam tong sampah yang ditutup.

"Langkah pencegahan ini perlu dilakukan sepanjang berada di kampung. Jika mengalami tanda-tanda seperti selesema atau batuk, elakkan berada terlalu hampir dengan anggota keluarga.

"Selain itu, jika boleh elak daripada menghadiri majlis rumah terbuka atau kenduri dan berada di tempat yang sesak. Bagaimanapun, jika perlu menghadirinya, sentiasa memakai topeng penutup hidung serta mulut," katanya.

Beliau juga mengingatkan mereka yang sihat dan tidak ada simptom Influenza Like Illness (ILI) mengambil langkah berjaga-jaga dengan meneruskan amalan mencuci tangan setiap kali ingin menjamah makanan atau selepas bersalaman.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata, tiada kematian baru akibat H1N1 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes kematian kekal 74 orang. - Berita Harian

Sunday, September 13, 2009

H1N1: Tiada kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru berkaitan Influenza A dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi seramai 231 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza dimasukkan ke hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 166 kes ILI telah dibenar keluar hospital.

"Ini menjadikan baki seramai 1048 ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 255 pesakit (24.3%) telah disahkan positif H1N1," katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 74 kes kematian berkaitan H1N1 sudah disahkan di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkta, daripada 255 kes yang telah disahkan H1N1, 42 kes sedang dirawat di ICU di mana tujuh kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 (81.0%) mempunyai faktor risiko.

Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (14),penyakit respiratori kronik (3), obesiti (8), kanak-kanak bawah 5 tahun (8) dan hamil (1). - Berita Harian

H1N1: Tiada kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru berkaitan Influenza A dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi seramai 231 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza dimasukkan ke hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 166 kes ILI telah dibenar keluar hospital.

"Ini menjadikan baki seramai 1048 ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 255 pesakit (24.3%) telah disahkan positif H1N1," katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 74 kes kematian berkaitan H1N1 sudah disahkan di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkta, daripada 255 kes yang telah disahkan H1N1, 42 kes sedang dirawat di ICU di mana tujuh kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 (81.0%) mempunyai faktor risiko.

Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (14),penyakit respiratori kronik (3), obesiti (8), kanak-kanak bawah 5 tahun (8) dan hamil (1). - Berita Harian

Orang ramai diingat bawa kit H1N1 semasa berhari raya

KUALA LUMPUR 13 Sept — Sempena cuti panjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai digalak membawa kit H1N1, yang merangkumi topeng mulut serta hidung, tisu dan sanitizer, ke mana-mana sahaja mereka pergi termasuk semasa berhari raya di rumah sanak saudara, bagi mengelak penularan jangkitan Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata bagi mereka yang mempunyai gejala selesema serta golongan berisiko, mereka disaran sebaik-baiknya menggunakan pengangkutan sendiri untuk balik kampung.

“Bagaimanpun jika terpaksa menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda sentiasa memakai penutup mulut dan hidung, selain mengamalkan kebersihan tangan pada setiap masa sepanjang perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata penumpang pengangkutan awam juga perlu memastikan bahawa kertas tisu muka yang sudah digunakan dibuang ke dalam tong sampah yang ditutup supaya tidak menjadi satu sumber jangkitan.

“Setibanya di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri dari orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat-tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri,” katanya.

Dr Mohd Ismail berkata setakat pagi ini, tiada kematian baru akibat selesema babi dilaporkan dengan kes kematian yang dicatatkan sehingga kini kekal 74 orang.

Sementara itu seramai 231 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan, katanya.

Beliau berkata daripada 255 pesakit yang disahkan positif H1N1, hanya 42 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tujuh merupakan kes baru.
Daripada 42 kes, 81 peratus ataupun 34 kes mempunyai faktor risiko iaitu 14 penyakit kronik, tiga penyakit respiratori kronik, lapan obesiti, lapan kanak-kanak bawah 5 tahun dan satu kes hamil. - Utusan