Skip to main content

Posts

Showing posts from August 30, 2009

H1N1: Tiada kematian, 255 pesakit ILI baru dirawat

KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru yang dilaporkan akibat jangkitan Influenza A(H1N1) hari ini, dengan jumlah kematian kekal 73 mangsa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata, bagaimanapun, seramai 255 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dan daripada 1,198 ILI yang dirawat di 111 hospital termasuk 14 hospital swasta, seramai 301 pesakit disahkan positif H1N1. "Daripada 301 kes yang disahkan positif H1N1, 55 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan sembilan kemasukan baru. "Daripada 55 kes tersebut 38 (69 peratus) mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik (15), kanak-kanak bawah lima tahun (10), morbid obesiti (9), hamil/postnatal (2), warga emas (1) dan penyakit respiratori (1)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Bagi membolehkan Orang ramai mendapatkan perkembangan terkini berhubung H1N1, dail di talian hotline 03-88810200

Many still clueless about H1N1, says D-G

PUTRAJAYA: Many people are still unclear about Influenza A(H1N1) symptoms despite the aggressive awareness campaign by the media and health authorities, said Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican. He said judging from calls received by the ministry’s hotlines, many people were still unaware that the A(H1N1) symptoms were fever, cough, headache, pain in joints or body aches, cold, sore throat and breathing difficulty. “We still get many calls asking for the symptoms,” he said. Dr Ismail said the five preventive measures the public should take on A(H1N1) are: > cover the mouth when coughing or sneezing > maintain good personal hygiene by constantly washing hands, > stay away from individuals with influenza-like illness (ILI) > avoid crowded places, and > parents with young children should stay away from public places. Dr Ismail said no new deaths had been recorded over the past 24 hours, adding that the death toll remained at 73. - The Star

Ismail: Avoid using washable masks

By Annie Freeda Cruez KUALA LUMPUR: The Health Ministry does not recommend the use of washable face masks to stop the spread of influenza A (H1N1). Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the mask, sold at pasar malam for RM5 each, had not been evaluated by the ministry. "People should use 3-ply and N95 masks if they have influenza-like illness (ILI)." N95 masks fit tightly over the face, filtering out 95 per cent of small particles. Studies show that people can cut the risk of getting sick by 60 to 80 per cent by using masks in combination with frequent hand-washing and avoiding close contact with sick persons. Dr Ismail said masks should be used once and then thrown away. "Wearing masks is not the solution. It helps, of course, especially if you are sick and want to move around. "Malaysians should also observe strict personal hygiene, washing hands with soap and water, use of alcohol rubs or sanitisers, practise cough

Ibu bapa calon UPSR perlu peka

Oleh Haika Khazi dan Umi Nadirah Abdul Rahman bhnews@bharian.com.my PUTRAJAYA: Ibu bapa 517,908 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diminta sentiasa mengikuti perkembangan wabak selesema babi (H1N1) selain memastikan anak mereka mengamalkan kebersihan diri. Peperiksaan berkenaan akan bermula Selasa ini selama tiga hari di 8,289 pusat peperiksaan di seluruh negara. Kementerian Pelajaran dalam kenyataan media semalam berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) juga mengeluarkan pekeliling khas berkaitan garis panduan menghadapi H1N1 yang boleh mengancam perjalanan peperiksaan kepada semua sekolah. Garis panduan berkenaan menghendaki pelajar dan keluarga mengikuti perkembangan terkini mengenai jangkitan H1N1 menerusi KPM dan Kementerian Kesihatan. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dalam satu kenyataan menjelaskan, murid yang tidak sihat dan perlu dimasukkan ke hospital berikutan wa

RapidKL sedia pencuci kuman

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Mengambil berat terhadap penularan wabak selesema babi (H1N1), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) telah menyediakan pembersih tangan nyah kuman bagi pengguna di semua 48 stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT). Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata penyediaan kemudahan itu adalah sebahagian usaha RapidKL untuk mengekang wabak itu daripada merebak. "Kira-kira 350,000 penumpang LRT di Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang kini boleh menggunakannya secara percuma, dan kemudahan ini disediakan di ruang khas di semua stesen LRT sehingga wabak H1N1 berjaya dikekang," katanya. Sejak wabak itu menular, RapidKL telah melaksanakan penguatkuasaan pelan kesinambungan perniagaan untuk memastikan operasi tren dan bas tidak terjejas termasuk mewujudkan pasukan petugas dalaman khas untuk mengawasi status keseluruhan H1N1. - Utusan

68 kes H1N1 baru, angka kematian kekal 73 mangsa

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru yang disahkan akibat jangkitan Influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat penyakit itu kekal 73 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata 68 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) dimasukkan ke hospital hari ini manakala 103 kes sudah dibenarkan pulang. "Ini menjadikan baki seramai 1,176 pesakit ILI sedang dirawat di 109 hospital di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut hanya 236 pesakit yang sudah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dr Mohd Ismail juga berkata, sehingga kini vaksin bagi melindungi orang ramai daripada penyakit ini belum ada di pasaran kerana ia masih di peringkat ujian klinikal. Beliau mengulangi nasihat supaya mana-mana individu yang merasakan diri mereka tidak sihat dan mempunyai gejala selesema ILI supaya berada di rumah dan elakkan diri daripada pergi ke tempat awam. - Berita Harian

Sumbangan amal untuk pesakit talasemia

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Piala Monsun berharap dapat mengumpul sumbangan sebanyak RM100,000 pada majlis berbuka puasa Amal Meniti Keredaan Ilahi yang akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 16 September ini. Majlis anjuran bersama Piala Monsun dengan Badan Kebajikan Talasemia Malaysia (Berkat) sempena Piala Monsun 2009 itu bakal berlangsung pada 2 hingga 6 Disember 2009. Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, objektif majlis amal itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan penyakit talasemia dan lebih kurang 30 meja ditawarkan untuk tempahan. Tempahan meja untuk majlis tersebut ialah RM10,000 untuk VVIP (lima meja), RM7,500 untuk VIP (lima meja), RM5,000 untuk warga korporat terhad (20 meja) dan RM3,500 untuk individu terhad (15 meja). Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi talian 012-2792418, 03-22833324 atau 03-21448660. - Utusan

H1N1: Wanita 25 tahun mangsa korban ke-73

KUALA LUMPUR: Satu kematian baru jangkitan influenza A(H1N1) disahkan sehinggajam 9 pagi ini, membabitkan seorang wanita berumur 25 tahun dari Betong, Sarawak, yang meninggal dunia Selasa lalu. Beliau adalah mangsa korban H1N1 negara ke-73. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sehingga pada tadi sejumlah 266 pesakit baru dengan gejala "influenza-like illness" (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 293 kes telah dibenar keluar. "Ini menjadikan baki seramai 1,211 pesakit ILI sedang dirawat di 110 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 230 pesakit (18.9%) yang telah disahkan positif H1N1," katanya. Beliua berkata, daripada 230 kes yang disahkan H1N1, 41 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 5 kes adalah kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 41 kes yang sedang dirawat di I

'Many ignoring face mask advice'

By Annie Freeda Cruez KUALA LUMPUR: Many Malaysians with flu-like symptoms are ignoring the Health Ministry's advice to wear a face mask in public. Health officials all over the country have fanned out to check on compliance and, said Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican, many people with flu-like symptoms were seen in shopping complexes, roadside stalls and other public places without face masks or using a tissue to cover the mouth when coughing and sneezing. "Every day, we repeat that influenza A spreads mainly through coughing or sneezing. "Cover your nose and mouth with a tissue when coughing or sneezing and throw it in the trash bin after use," he said. "Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze, or use hand sanitisers." Dr Ismail's advice to anyone with flu-like symptoms is to stay home, take their medication and keep away from others as much as possible. He said people should a

A(H1N1): Death toll now at 73

By MAZWIN NIK ANIS mazwin@thestar.com.my PUTRAJAYA: Health authorities have confirmed another death due to Influenza A (H1N1), this time involving a victim who was not in the high risk category, with the death toll now at 73. Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the 25-year-old woman from Betong, Sarawak was admitted to the district hospital on Aug 30 for fever, cough and sore throat and had previously sought treatment for a similar illness from the same hospital. “On Aug 31, she was referred to the Sibu Hospital for further treatment where anti-viral treatment was given. She however died the next day (Sept 1) due to severe pneumonia with H1N1 infection,” he said on Thursday. He added that laboratory test results confirmed that the victim had been infected with A(H1N1). Dr Ismail said that in the past 24 hours, 266 new patients with influenza-like illness had been admitted to hospitals while 293 patients were discharged. There are currenly 1,211 pa

Johor: Tempat cuci tangan awam usaha cegah selesema babi

JOHOR BAHRU: Menyedari pentingnya kesedaran menjaga kebersihan sebagai langkah awal mencegah penularan Influenza A (H1N1), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyediakan sebuah Tempat Mencuci Tangan kepada orang awam serta kakitangan majlis berkenaan. Kemudahan itu diletakkan di hadapan bangunan MBJB lepas yang dilengkapi empat mangkuk mencuci tangan yang dilengkapi sabun pencuci. Pengarah Jabatan Kesihatan MBJB, Dr Abdul Rahim Tumin, berkata idea menyediakan tempat mencuci tangan itu timbul berikutan kesedaran tinggi di kalangan kakitangan majlis bagi menjaga kebersihan diri terutama mencegah penularan H1N1 yang membimbangkan. Katanya, tempat mencuci tangan itu dibuat di Unit Bengkel hasil barangan terbuang yang kos pembinaan tidak terlalu mahal, malah memberikan manfaat besar kepada orang awam terutama yang berurusan dengan majlis. Beliau berkata, ketika ini semua bahan termasuk sabun mencuci tangan disediakan pihak majlis dan beliau sedang memikirkan untuk mencari p

2 pelajar rayu bantuan bedah tulang belakang

Oleh Hanisah Selamat nisa@bharian.com.my NAZATUL SIMA (kanan) melihat penyakit tulang belakang yang dialami Nurul Amiera pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kebajikan NSTP, di ibu negara, baru-baru ini. KUALA LUMPUR: Empat tahun lalu, Nazatul Sima Kamarudin, 16, pernah mewakili negeri dalam kejohanan olahraga dan silat namun berikutan masalah Adolescent Idiopathic Scoliosis atau bengkok tulang belakang, impiannya untuk bergelar atlit negara terpaksa dikuburkan. Anak ketujuh daripada lapan bersaudara itu kini bukan sekadar kerap menanggung kesakitan, malah pernafasannya juga sering terganggu kerana lengkungan tulang belakangnya sudah mencecah 50 sentimeter (cm) dan boleh mencederakan organ dalaman jika tidak melakukan pembedahan memasukkan implan. Begitupun, pendapatan bapanya, Kamarudin Emot, 54, yang hanya bekerja sebagai buruh tidak mampu untuk menampung kos pembedahan berjumlah RM18,000 sedangkan tarikh pembedahan sudah semakin hampir, iaitu 8 Se

H1N1: SK Montfort periksa suhu badan murid

BATU PAHAT 2 Sept. - Sekolah Kebangsaan (SK) Montfort, di sini mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaansuhu badan ke atas setiap murid sebelum memasuki kelas bagi mencegah penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di sekolah berkenaan. Guru Besar sekolah tersebut, Yeo Keng Guan berkata, langkah itu diambil ekoran dua muridnya dikesan positif H1N1 sebelum bermula cuti sekolah pada 22 Ogos lalu. Bagaimanapun, kedua-dua murid terbabit telah disahkan pulih oleh pihak hospital. Menurutnya, dua alat pengesan suhu badan yang setiap satu berharga lebih RM400 disediakan bagi menjalankan pemeriksaan itu. "Satu daripadanya disumbangkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) manakala satu lagi dibeli menggunakan dana sekolah," katanya, di sini hari ini. Beliau berkata, ibu bapa murid-murid yang mempunyai tanda-tanda H1N1 seperti demam panas yang melebihi had normal akan dihubungi bagi membawa pulang anak mereka. "Saya berterima kasih kepada PIBG kerana

Wajib hantar laporan harian

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL utusanN9@utusan.com.my SEREMBAN 2 Sept. - Semua guru besar dan pengetua sekolah di negeri ini wajib menghantar laporan harian kesihatan pelajar masing-masing kepada Jabatan Pelajaran negeri untuk tujuan pemantauan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1). Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Jabatan Pelajaran negeri pula hendaklah menghantar laporan berkenaan setiap hari kepada Jawatankuasa Pemantau Peringkat Negeri H1N1 yang beroperasi di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di sini. ''Kita mahu melihat grafnya kerana penularan wabak ini menurun sepanjang musim cuti persekolahan baru-baru ini. ''Kita mahu tahu, jika berlaku peningkatan kes berkenaan selepas sekolah dibuka semula minggu ini serta melihat sama ada grafnya mendatar, menurun atau kembali meningkat. ''Jika terdapat pelajar di sekolah berkenaan kembali dijangkiti wabak H1N1, kita akan bertindak untuk menutup sekolah tersebut bagi memastikan ia tid

Utara: Bacaan Yassin, solat hajat minta dihindari H1N1

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid bhnews@bharian.com.my Usaha terakhir SMK Alor Janggus selain amalan kesihatan ALOR SETAR: Seramai 1,177 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, dekat sini, mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat memohon dihindari daripada penyakit selesema babi atau Inflluenza A (H1N1) di surau sekolah itu, baru-baru ini. Penolong Kanan Pentadbiran, Narmi Othman, berkata bacaan Yassin dan doa yang dianjurkan oleh pelajar dan pihak sekolah itu adalah usaha terakhir warga sekolah memohon dilindungi daripada penyakit berbahaya itu. Katanya, walaupun tiada kes jangkitan membabitkan pelajar di sekolah itu, pihak sekolah sentiasa memantau bagi memastikan tiada pelajarnya menghidap H1N1. "Sebelum ini pihak sekolah turut menasihatkan pelajar supaya mementingkan kebersihan dan hanya membeli makanan di kantin dan tidak membawa makanan dari luar. "Selain itu, pihak sekolah juga turut menasihatkan pelajar mengambi

Masks, Thermometers For UPSR Candidates In Pahang

TEMERLOH, Sept 2 (Bernama) -- Masks and thermometers will be distributed to the 28,266 pupils in Pahang who will be sitting for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) from Sept 8 to 10, to assist in preventing Influenza A (H1N1) infection. Pahang Education director Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff said each pupil would be screened prior to entering the examination hall. "If any of them show signs of H1N1 infection they will be separated to ensure the examination runs smoothly," he told reporters after a handing over masks and thermometers to 11 district education officers, here Wednesday. He said the Pahang Education Deparment had allocated RM326,600 for their purchase and RM245,000 to carry out screening tests at 546 examination centres statewide. -- BERNAMA

H1N1: Tiada kematian, 87 pesakit baru dikesan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan tiada kematian terbaru dikesan akibat jangkitan influenza A(H1N1). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sehingga jam 9 pagi tadi, 87 pesakit baru dengan tanda-tanda influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, katanya, 160 kes sudah didiscaj menjadikan baki pesakit ILI kepada 1,238 kes yang dirawat di 106 hospital termasuk 12 hospital swasta di seluruh negara. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 264 pesakit atau 21.3 peratus disahkan positif H1N1. Daripada 264 kes yang disahkan H1N1, 39 kes ditempatkan di ICU, di mana dua kes adalah kemasukan baru, sementara sembilan lagi kes sudah dikeluarkan dari ICU, katanya lagi. Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang disiarkan di laman web Kementerian Kesihatan di sini, hari ini. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 29 (74 peratus) mempunyai faktor risiko. Pec

New research trial offers hope for diabetic patients

By ISABELLE LAI KUALA LUMPUR: Diabetic patients with severe foot complications requiring a second foot amputation can now take hope in a new clinical research trial that will be carried out in Malaysia early next year. Organised by the Medico-Dental Aesthetic Center Springvale Sdn Bhd (MACS), it will be the first in Asia where clinical research and service are combined. MACS research investigator Dr George Varughese said the high quality research represented a significant boost to medical research in Malaysia as it would be published in high impact medical journals worldwide. “MACS through our Clinical Research Organisation will focus on tissue repair and tissue rejuvenation,” he said. MACS will work with Monash University of Melbourne researchers. “Monash is an internationally focused university with an excellent emphasis on research. They will help us structure how the trials will be carried out and liaise with Malaysian economists as well as to see whether the trea

Liow: Make smaller masks

By WANI MUTHIAH and MAZWIN NIK ANIS KLANG: Manufacturers of masks have been urged to consider making smaller masks for children in addition to the standard ones. Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the standard-sized masks, which come with elastic bands to hold them in place, were too big and loose for children. “It won’t be effective if they are loose,” Liow told reporters after handing over boxes of surgical masks to schools in the Klang parliamentary constituency. He also briefed teachers and students about the Influenza A(H1N1) at the event at the SJK (C) Pandamaran A yesterday. That’s better: Liow adjusting the mask of a pupil of SJK (C) Pandamaran A in Port Klang yesterday during a campaign to stop the H1N1 disease. — Bernama He said it was important for schoolchildren to take preventative measures because if the infections occurred in schools, the outbreak would be rapid. Liow also said it was the collective responsibility of all teachers and pri

H1N1: Tubuh jawatankuasa perumahan

KUALA KRAU 1 Sept. - Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said mencadangkan semua kawasan perumahan di sini menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menangani wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) supaya penularannya di kalangan penduduk dapat dikawal. Menurut beliau, jawatankuasa bertindak itu perlu sentiasa berhubung dengan pihak hospital untuk memaklumkan mana-mana anggota masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan supaya pemeriksaan dapat dilakukan segera. Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga dapat mempercepatkan langkah-langkah kawalan wabak itu daripada terus menular. ''Jawatankuasa bertindak itu akan dapat mengawasi gejala dan simptom H1N1 itu bagi mengelakkan tiada penduduk kawasan terbabit menghidap penyakit pembawa maut,'' katanya. Beliau berucap pada majlis bersama pemimpin masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka di Masjid Felda Jengka 21 dekat sini malam tadi. Ismail menegaskan, orang ramai tidak boleh mengharapkan kerajaan sema

Peperiksaan awam, NS buat persediaan

SEREMBAN 1 Sept. - Kerajaan negeri merancang beberapa langkah sebagai persediaan memastikan perjalanan empat peperiksaan utama yang bermula Ogos ini berjalan lancar ketika wujud kebimbangan terhadap penularan wabak influenza A (H1N1). Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Shamshulkahar Mohd. Deli berkata, semua guru besar dan pengetua diarahkan supaya menghantar laporan harian berkaitan H1N1 kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). "Laporan ini penting bagi mengesan sebarang kes agar tidak berlaku penularan H1N1 terutama di kalangan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan. "Kita mahu supaya semua pelajar terbabit dapat mengambil peperiksaan dengan selamat," kata beliau di sini hari ini. Selain itu, menurut Shamshulkahar, PPD akan mengadakan pemantauan di setiap sekolah bagi mengawal penularan wabak itu. ''Satu jawatankuasa akan dibentuk jika berlaku penularan kes H1N1 di sekolah-sekolah terbabit," katanya. Beliau pa

Hasilkan penutup mulut untuk kanak-kanak

KLANG 1 Sept. - Pihak pengilang disaran menghasilkan topeng mulut dan hidung bersaiz kecil untuk kanak-kanak sekolah dalam usaha membendung penyebaran wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, topeng mulut dan hidung yang ada di pasaran hanya sesuai untuk golongan dewasa. Menurutnya, alat penutup mulut dan hidung disertakan getah bagi disangkutkan di telinga lebih sesuai kerana mudah digunakan. ''Kalau pengilang boleh keluarkan dua saiz topeng mulut dan hidung iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak ia lebih sesuai. Saya diberitahu, ramai murid memakainya di sekolah, tetapi penutupnya longgar. ''Penutup mulut dan hidung yang sesuai juga penting kerana kalau longgar, ia tidak berkesan untuk mencegah penyebaran wabak tersebut," jelas beliau. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat H1N1 dan menyampaikan 200,000 keping penutup mulut dan hidung kepada 45 buah sekolah meneng

Henti label pemakai topeng 'makhluk asing'

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail nazuri@bharian.com.my Amalan patut jadi budaya sihat elak jangkitan wabak PANDAMARAN: Sikap rakyat Malaysia yang memandang serong dan menganggap mereka yang memakai topeng muka sebagai 'makhluk asing' dan patut dijauhi menyebabkan pemakaian alat pencegahan itu kurang mendapat sambutan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mereka yang memakai topeng muka adalah orang paling sihat kerana terlindung dan mengamal langkah pencegahan dari dijangkiti Influenza A (H1N1). Katanya, pemakaian topeng muka patut dijadikan budaya rakyat Malaysia ketika berlaku wabak atau berada di hospital sebagai langkah pencegahan dan mengelak dijangkiti. "Di negara maju seperti di Jepun, memakai topeng muka menjadi budaya dan mereka bangga serta tidak malu kerana menunjukkan mereka orang yang sihat. "Di Malaysia pula ia berbeza apabila orang yang memakai topeng muka dianggap seperti makhluk asing d

Punca tiga kes kematian terbaru disyaki H1N1

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Semakan Kematian Influenza A (H1N1) akan mengkaji tiga kematian terbaru yang dilaporkan hari ini sama ada ia disebabkan jangkitan wabak itu atau sebaliknya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Kementerian Kesihatan menerima laporan tiga kematian itu pada 30 Ogos lalu di Negeri Sembilan, di mana membabitkan pesakit berumur antara 24 hingga 42 tahun. Sementara itu, katanya, sehingga jam 9 pagi tadi, 278 pesakit baru dengan tanda-tanda Influenza-Like Illness (ILI) sudah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Beliau berkata, 279 kes sebelumnya sudah didiscaj keluar, menjadikan baki pesakit ILI yang sedang dirawat 1,373. Daripada jumlah itu, katanya, hanya 193 pesakit atau 14 peratus yang disahkan positif H1N1. Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web kementerian kesihatan di sini, hari ini. Bagi 193 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU di mana enam kes adalah kemasukan b

Calon peperiksaan diminta jaga kebersihan, elak jangkitan H1N1

KUALA LUMPUR 1 Sept. — Pelajar, terutama yang akan menduduki peperiksaan dinasihat supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti virus influenza A (H1N1). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, amalan kebersihan diri yang utama perlu diteruskan dengan membasuh tangan terutama selepas batuk dan bersin, selain menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin dan membuang terus tisu itu ke dalam tong sampah. Antara peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 8 hingga 10 Sept., Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula pada 7 Okt. dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 19 Nov. Beliau turut meminta ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mereka menunjukkan tanda-tanda demam atau selesema. “Ini kerana jika anak-anak yang menunjukkan simptom dihantar juga ke sekolah, ia amat berisiko untuk menularkan virus influenza A (H1N1) kepada rakan-rakan mereka yang

Health Minister Asks Manufacturers To Produce More Convenient Face Masks

KLANG, Sept 1 (Bernama) -- Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai on Tuesday called on manufacturers to come up with more convenient and suitable face masks for adults and school children to help check the spread of Influenza A(H1N1). "I have seen adults and school children being uncomfortable wearing face masks which are too big and loose for them. The mask wouldn't be effective if it is loose. "As such, the manufacturers should consider coming up with suitable and tighter masks for these groups of people," he told reporters after presenting surgical masks to schools in the Klang parliamentary constituency. Meanwhile, Liow said 1,373 people with Influenza-like Illness (ILI) were under treatment in hospitals, with 193 of them confirmed as H1N1 cases. He also said that 272 new ILI cases had been warded over 24 hours up to 8am on Tuesday. Liow said that according to the World Health Organisation (WHO), the H1N1 pandemic would prolong for another six months to a year

Sick students to be sent home

KUALA LUMPUR: School authorities, especially teachers, have been told to ensure that only healthy children attend classes when schools reopen today in view of the influenza A (H1N1) threat. "Those who are sick should be sent home or brought to the clinic for treatment so that classes can still go on," Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said in a statement yesterday. "If this can be done, parents will have confidence to send their children to school because only healthy students are allowed in the classes," he added. On the latest situation, Dr Merican said there was no death reported due to the H1N1 virus yesterday. As at 9am yesterday, a total of 99 new patients with influenza-like illness (ILI) were hospitalised for treatment while 240 patients had been discharged. "Only 1,374 patients with ILI are still being warded nationwide and 21 per cent of them are H1N1 positive," he said in a statement. He added that 46 patients we

Kaji punca kematian pesakit H1N1

KADAR kematian pesakit H1N1 yang semakin meningkat di negara ini sememangnya membimbangkan semua pihak. Ini bertentangan dengan pandangan WHO dan pakar-pakar yang menjangkakan kadar kematian yang sepatutnya jauh lebih rendah. Kesan sebenarnya tidak lebih daripada seperti jangkitan selesema yang biasa (common flu) kecuali bagi pesakit-pesakit yang berisiko. Persoalannya mengapakah perkara sedemikian terjadi? Pada pandangan saya ada beberapa faktor yang perlu kita kaji sebelum Kementerian Kesihatan terus mengumumkan kadar kematian disebabkan virus H1N1 yang semakin meningkat kerana ini akan menyebabkan masyarakat menjadi semakin cemas. Apakah virus ini dari jenis yang mampu membunuh secara terus (direct cause of death) atau mungkinkah kematian yang dicatatkan selama ini secara kebetulan didapati positif di dalam badan mangsa. Dalam keadaan ini kemungkinan virus tersebut bukan punca kematian utama tetapi pesakit mati disebabkan punca-punca lain seperti serangan jantung, jangkitan kuman

Sukar didik pakai penutup hidung

Oleh MOHAMMAD NOORIZZUDDIN NOOH PENULIS selalu menerima e-mel yang berjela-jela mencari penjelasan kenapa ramai yang tewas bertarung dengan H1N1 ialah Melayu. Ramai memberi alasan yang boleh dikatakan karut marut dan melampau namun bagi penulis hanyalah satu alasan yang mampu menjawab persoalan ini. Jawapannya mudah, masyarakat Melayu memandang mudah H1N1 tanpa mengambil apa-apa langkah pencegahan. Sebagai contoh jika kita berada di kawasan bandar raya, majoriti yang memakai penutup hidung dan mulut ialah kaum bukan Melayu. Nak dikata bahawa penutup hidung dan mulut yang tersedia di pasaran itu mahal, penulis berasakan itu adalah alasan remeh yang senang diada-adakan. Teh tarik boleh minum bergelas-gelas sehari, rokok boleh dihisap berkotak-kotak sehari namun bila sampai aspek penjagaan nyawa, ramai merasakan bahawa penutup hidung dan mulut tiga lapis yang berharga 80 sen itu mengarut. Hina betul anda jika perasaan itu ada di hati anda. Tahukah anda bahawa negara kita adalah sat

Murid rayu bantuan buang ketumbuhan

ALOR SETAR 31 Ogos - Seorang murid Tahun Enam, Sekolah Program Integrasi Khas Masalah Penglihatan Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkannya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mukanya. Mohamad Amiruddin Abdullah, 12, mengalami cacat penglihatan akibat ketumbuhan itu sejak kecil. "Kali pertama saya menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Jun tahun lepas. Pembedahan membuang ketumbuhan ini dibuat berperingkat-peringkat kerana masalah kewangan," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Seri Malaysia di sini malam tadi. Dia berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sepatutnya didudukinya pada 8 September ini terpaksa ditunda pada tahun depan. "Saya diberi cuti rehat lebih sebulan setengah kerana masalah penglihatan tidak stabil," kata anak sulung daripada empat beradik itu yang berasal dari Kampung Kenangan, Sik. Mohamad Amiruddin berharap orang ramai dapat

Samsung ambil inisiatif cegah H1N1

SEREMBAN 31 Ogos - Menyedari betapa serius ancaman wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), syarikat Samsung Corning (M) Sdn. Bhd. (SCM) di sini, baru-baru ini mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan di kalangan kakitangannya bagi tujuan pencegahan. Jurutera Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar SCM, Mohd. Rosly Abd. Jalil berkata, langkah itu untuk memastikan wabak berkenaan tidak menular di kalangan 600 pekerja di premis syarikat ini. Menurutnya, usaha tersebut juga sebagai menyahut saranan kerajaan supaya mengambil inisiatif sendiri mencegah bagi memastikan wabak berkenaan tidak terus merebak. "Sebagai langkah awal, syarikat mengedarkan topeng mulut dan muka secara percuma kepada semua pekerja yang memasuki kawasan syarikat. Di samping itu, pemeriksaan imbasan kesihatan untuk semua pekerja dan pelawat juga dipertingkatkan. "Kita percaya, langkah ini membendung wabak berkenaan dari terus merebak. Pemeriksaan ini dibantu pengawal keselamatan di setiap pin

Taklimat ringkas mengenai H1N1 di setiap majlis

MELAKA 31 Ogos - Kerajaan negeri bercadang menyelitkan taklimat ringkas berkenaan bahaya selesema babi atau influenza A (H1N1) dalam setiap majlis yang melibatkan masyarakat di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, R. Perumal berkata, langkah itu bertujuan memberi kesedaran di samping mengingatkan orang ramai tentang tanggungjawab mereka bersama-sama kerajaan bagi mengekang penularan wabak tersebut. Menurut beliau, ia juga supaya masyarakat tidak leka dan lupa akan bahaya wabak itu dalam kesibukan persiapan bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. "Kita tidak boleh leka dalam mengamalkan apa juga langkah pencegahan yang dapat mengelak diri daripada terkena H1N1. "Sebab itu, kita mahu masyarakat berasa penting untuk mengetahui segala maklumat berkenaan H1N1 sebelum ia menjadi bertambah buruk," katanya. Perumal berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerang

H1N1: Tiada kematian tetapi 99 kes baru ILI dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi dan angka korban kekal kepada 72 mangsa. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 99 pesakit baru dengan gejala sakit seakan selesema (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 240 kes telah dibenar keluar. "Ini menjadikan baki seramai 1,374 pesakit ILI sedang dirawat di 98 hospital termasuk empat hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 286 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, daripada 286 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana lapan kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 32 (70%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post

More people wearing masks now

KUALA LUMPUR: Many people have become more cautious after learning of a new, deadlier strain of the A(H1N1) virus, which the World Heath Organisation said was spreading at an unbelievable rate. Checks at KL Sentral yesterday showed that more people were wearing masks, compared to about a week ago. Awareness: Zainab with her son, Luqman Akif and her sister at KL Sentral Sunday. Student Dewi Kencana Mohd Noor, 19, said she did not want to take chances. “I always carry a sanitiser along and wash my hands more frequently now,” she said. Engineer Crystal Peh, 26, said there were other ways for the flu to spread even if one wore a mask. “I always check my temperature and see the doctor immediately if I have any symptoms,” she said. Zainab Ismail, who is blind, said she ensured her son used a mask all the time before leaving the house. “My son has flu and I do not want the public to be infected through him,” she added. Ng Choon Fai, a systems engineer, said he wore a mask only in c

A (H1N1): Students with flu-like symptoms urged to skip classes

By IZATUN SHARI PETALING JAYA: Parents have been warned not to allow children down with flu-like symptoms to attend school when it reopens on Tuesday after a week’s break. Health director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said students with flu-like symptoms or cough must remain at home until they were free of the symptoms. “Those with symptoms, even though light, can still spread the virus to others. It is feared if it is spread to high risk groups, serious complications and death can occur,” he said in a statement Monday. He said teachers must ensure that only healthy students attend classes. He also said sick students should be sent home or to the clinic for treatment to avoid shut down of classes. “If this is implemented, it will mean that only healthy students will be in class. Parents will be confident of sending their children without symptoms to school.” As at 9am Monday, there were no A (H1N1)-related deaths recorded by the Health Ministry. Dr I

H1N1: Tingkat kebersihan diri, makanan

JERANTUT 30 Ogos - Peniaga bazar Ramadan diminta mempertingkatkan kebersihan diri dan makanan bagi menjamin kesihatan orang ramai terutama dalam membendung penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, setiap peniaga di bazar Ramadan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan. ''Para peniaga tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tahap kebersihan," katanya kepada pemberita di sini semalam. Menurutnya, orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan peniaga di bazar Ramadan boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan. Beliau turut menegur peniaga bazar Ramadan yang menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal kerana mahu mengaut keuntungan berlebihan. ''Walaupun tempoh perniagaan mereka singkat iaitu sebulan, peniaga bazar Ramadan sepatutnya menjual makana

Pakai tutup mulut, hidung di bazar

SEREMBAN 30 Ogos - Orang ramai di sini masih lagi memandang remeh tentang keselamatan diri mereka terhadap jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang sedang menular di negara ini. Ini dapat dilihat ketika ramai daripada mereka masih lagi tidak memakai penutup mulut dan hidung untuk mengelakkan diri dijangkiti H1N1 apabila berkunjung ke tempat awam termasuk di bazar Ramadan. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, orang ramai sepatutnya lebih berwaspada dan mengambil langkah perlu bagi memastikan penularan wabak tersebut tidak berlaku di kawasan seperti itu. "Apa yang dapat kita lihat masih ramai lagi yang ambil ringan dan tidak mengambil langkah pencegahan seperti mengunakan penutup mulut dan hidung semasa mengunjungi bazar Ramadan. ''Kita bimbang sekiranya ia masih dipandang remeh berkemungkinan wabak itu menular tanpa mereka sedari akan terus meningkat," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini kelmarin. Dal

Virus H1N1 belum mutasi di negara ini - Tiong Lai

PULAU PINANG 30 Ogos - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bentuk virus influenza A (H1N1) masih kekal sama di negara ini dan belum melalui proses mutasi yang boleh bertukar menjadi lebih teruk. Katanya, virus tersebut masih kekal sebagai H1N1 dan perkembangan tersebut turut dipantau pihaknya dan juga Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) dari semasa ke semasa. ''Kami juga ada pihak yang akan memantau segala perkara berkaitan virus tersebut dan pihak kami juga akan memastikan sekiranya terjadi sebarang mutasi lain, kita akan umumkan. ''Seperti kita ketahui, virus ini semakin merebak di negara ini, jadi kita perlu meneruskan usaha menghalang ia daripada merebak dengan terus memberi kesedaran berhubung penyakit itu kepada orang ramai," katanya. Tiong Lai ditemui selepas mengadakan sesi dialog tertutup bersama persatuan dan pertubuhan masyarakat Cina anjuran MCA Pulau Pinang yang turut disertai Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat di si

Pakar dilantik beri ceramah

Oleh NORAINI NORDIN pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kementerian Kesihatan akan melantik seorang pakar di setiap negeri untuk menjadi penceramah khas wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya penyakit tersebut. Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pakar yang terdiri daripada kakitangan kementerian itu akan memulakan latihan di Putrajaya, Selasa ini. "Mereka akan dilatih secukupnya mengenai H1N1 serta cara menyampaikan maklumat tersebut kepada seluruh masyarakat termasuk doktor swasta,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendedahkan kefahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai wabak H1N1 masih rendah termasuk cara penularannya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan akhbar hari ini berkata, sekumpulan pakar WHO telah datang ke Malaysia baru-baru

No Indication Of Progression Of A(H1N1) To Severe Disease - Liow

PENANG, Aug 30 (Bernama) -- There is no indication that the influenza A(H1N1) infection in the country might worsen, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. He said there was no report of the progression of the flu to severe disease in the country by the Institute of Medical Research (IMR) which was monitoring the situation. "There is no changes in the virus detected by the IMR," he told reporters after attending a dialogue between MCA and Chinese associations here Sunday. He was commenting on a warning issued by the World Health Organisation (WHO) on possible severe disease in A(H1N1) patients. Liow said although no severe A(H1N1) infection reported in the country, the Health Ministry would continue to monitor the situation and conduct periodical screening tests. "The public will be informed if there is a progression of the virus to severe disease and everybody must take care of their health and maintain good hygiene and abide by the ministry's guidelines,

One more A(H1N1) death reported

PETALING JAYA: A 49-year-old unemployed man who died in the Malacca Hospital is the latest victim of Influenza A(H1N1), bringing the national death toll from the disease to 72. His was the first reported death since last Wednesday when a 24-year-old woman, who died on Aug 19, was confirmed to be the 71st victim by the Health Ministry mortality review committee. The man was admitted to the hospital on Aug 13 and immediately given anti-viral drugs and anti-biotics, after having fever, cough and vomiting for two days. His condition worsened due to lung disorders, although he tested negative for tubercolosis, typhoid, dengue, leptospira infection and H1N1 on Aug 18. The man was moved into the intensive care unit where he passed away on Aug 19 due to "severe pneumonia with septicaemic shock and H1N1", according to Health Department director-general Tan Sri Dr Ismail Merican. "The post-mortem biopsy report based on lung samples tested positive for Influenza A(H1N1) on Au

Peserta tak digalak bersentuhan

Oleh Norliza Wasilan norlizawasilan@bharian.com.my RAIS dan isteri (kanan), berbual dengan peserta raptai Hari Kemerdekaan. Langkah cegah wabak H1N1 KUALA LUMPUR: Peserta dan orang ramai yang menyertai atau menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-52 esok tidak digalak bersalam dan sentuh menyentuh secara keterlaluan sebagai langkah pencegahan bagi mengelak risiko dijangkiti Influenza A (H1N1). Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata selain itu, sebagai langkah prihatin, murid sekolah tidak dibenar mengambil bahagian. "Dalam situasi seperti ini kita menyusun strategi baru iaitu tidak membabitkan murid sekolah kerana ibu bapa khuatir kemungkinan H1N1 menjangkiti warga kita yang mengambil bahagian. "Oleh yang demikian, kita menjarakkan mereka daripada pembabitan yang bersekutu dan tidak berdampingan orang lain secara fizikal dan kita tidak meng-galakkan bersala

H1N1: Lelaki 49 tahun mangsa terbaru, 202 pesakit baru dirawat

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkat kepada 72 apabila seorang lagi mangsa lelaki berusia 49 tahun didaftarkan mati hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata mangsa mendapat rawatan di Hospital Melaka pada 13 Ogos lalu selepas mempunyai simptom demam dan batuk selama dua hari serta muntah. Beliau berkata, pesakit berkenaan sebelum ini dimasukkan ke wad dan mendapat rawatan antiviral influenza dan antibiotik serta merta tenat kerana masalah paru-paru. Katanya, beliau yang kemudian dipindahkan ke ICU meninggal dunia pada 19 Ogos lalu disebabkan pneumonia teruk dan H1N1. Laporan biopsi bedah siasat yang diterima mendapati sampel paru-paru mangsa positif Influenza A (H1N1) pada 24 Ogos lalu, tambahnya lagi. Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang disiarkan di laman web http://h1n1.moh.gov.my di sini, hari ini. Sementara itu, sehingga jam 9 pagi tadi, 202 pesakit baru dengan tanda-tanda inf

Melaka perkenal hotel kesihatan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID utusanmelaka@utusan.com.my MELAKA 29 Ogos - Melaka bakal mempunyai sebuah hotel dilengkapi kemudahan kesihatan iaitu Hotel Sukma (Sukan Malaysia) bersebelahan Stadium Hang Jebat dekat Krubong di sini. Hotel berkonsepkan kesihatan yang pertama diperkenalkan di negara ini itu dianggarkan bernilai RM15 juta dan diuruskan oleh pihak pengurusan Hotel MITC Ancasa Hotel. Pengerusi MITC Ancasa Hotel, Mohd. Hassan Ismail berkata, kerja-kerja pembinaan hotel itu kini mencapai peringkat 70 peratus dan dijangka siap pada Disember ini. Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memilih nama Sukma bagi hotel itu kerana bersempena pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Sukma ke-13 tahun depan. ''Penubuhan hotel ini juga selaras dengan hasrat dan komitmen kerajaan negeri untuk mempopularkan Melaka sebagai negeri pelancongan kesihatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga e

Kerajaan negeri tanggung kos pembedahan Ayub RM30,000

AYUB Mansur yang mengidap penyakit jantung berlubang di pangkuan ibunya, Haryati Fauzi sambil diperhatikan kakaknya, Nor Adibah dan ayahnya, Mansor Embong di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terenganu, semalam. - mingguan/azlan ibrahim KUALA TERENGGANU 29 Ogos - Ramadan tahun ini amat bermakna bagi Haryati Ahmad Fauzi, 32, apabila kerajaan negeri sedia menanggung kos pembedahan jantung anaknya sebanyak RM30,000. Lebih bermakna lagi, berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang mengunjungi Haryati di rumahnya di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga dekat sini, hari ini. Menurut Haryati, anaknya, Mohamad Ayub Mansur, 7, menghidap penyakit jantung sejak lahir dan banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk merawatnya. ''Bagi kami sekeluarga, inilah merupakan Ramadan yang paling bermakna," luah ibu kepada dua orang anak itu kepada pemberita di sini hari ini. Haryati berkata, dia tidak menyangka kesukarannya untuk menanggung kos r

H1N1 serang paru-paru

WASHINGTON 29 Ogos - Doktor di seluruh dunia melaporkan kes-kes selesema babi dalam bentuk teruk yang terus menyerang paru-paru, menyebabkan pesakit yang biasanya golongan muda mengalami kegagalan sistem pernafasan yang serius sehingga memerlukan rawatan rapi berpanjangan di hospital. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terkininya semalam mengenai pandemik itu berkata, beberapa negara melaporkan sehingga 15 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus influenza A (H1N1) memerlukan rawatan rapi. Masalah itu menimbulkan lagi bebanan ke atas sistem penjagaan kesihatan yang sudah pun tertekan, menurut WHO. "Langkah-langkah persiapan perlu diambil bagi menghadapi kemungkinan meningkatnya permintaan terhadap unit penjagaan rapi yang dijangka tidak dapat menampung lonjakan tiba-tiba dalam bilangan kes teruk," ujar WHO. Bentuk selesema yang teruk seperti selesema babi itu jarang dilihat dalam kes jangkitan selesema bermusim. "Di kalangan