GURUN 18 Ogos - Seorang wanita yang kini terpaksa menoreh getah bagi menyara keluarga selepas suaminya mengalami ketumbuhan di pipi kanan kira-kira dua bulan lepas, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya. Mariam Len, 53, perlu menyara lapan anak berusia 21 hingga lapan tahun di samping menguruskan suaminya Ismail Hasim, 57, yang kini terlantar dan tidak boleh bercakap. "Setelah suami saya ada ketumbuhan dia tidak boleh buat kerja. Saya ambil keputusan bekerja sebagai penoreh di ladang berhampiran rumah dengan pendapatan sekitar RM300," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Guar Stesen, Guar Chempedak dekat sini. Katanya dengan pendapatan tidak menentu, dia bimbang jika tidak dapat membiayai kos persekolahan anak-anaknya jika penyakit suaminya tidak menunjukkan perubahan. Ismail disahkan menghidap ketumbuhan itu awal Jun lalu oleh Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor mengesahkan Ismail tidak boleh ...
Feeding 1MALAYSIA with updates on H1N1. Compiling news, reports & guidelines for 1MALAYSIA to understand and practice healthy living.