KUALA LUMPUR: Malaysia akan meningkatkan pengawasan terhadap wabak Influenza A(H1N1) menjelang musim cuti perayaan Aidilfitri dan menghadapi kemungkinan gelombang kedua pandemik yang dijangka melanda dunia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian akan mengukuhkan lagi sistem pemantauan, rawatan dan terutamanya sistem komunikasi awam dalam usaha untuk mencegah penularan influenza meskipun kes jangkitan wabak itu menurun pada bulan ini. Beliau berkata semua doktor dan jururawat di pusat kemudahan penjagaan kesihatan telah diarahkan bersedia untuk dipanggil bertugas pada tempoh itu. "Jumlah jangkitan dan simptom penyakit seakan-akan influenza (ILI) telah menurun pada bulan ini berbanding bulan lepas. "Namun, kita akan meningkatkan sistem pemantauan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua pandemik itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pandemik Influenza A(H1N1) Kebangsaan 2009 di sini hari ini. Persidanga...
Feeding 1MALAYSIA with updates on H1N1. Compiling news, reports & guidelines for 1MALAYSIA to understand and practice healthy living.