Skip to main content

Posts

Showing posts from March 14, 2010

Selangor Terus Catat Kes Denggi Tertinggi

SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) -- Selangor terus mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 5,137 kes sejak awal tahun ini hingga semalam, dengan 20 peratus ataupun 1,009 daripadanya berlaku di sini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dalam tempoh tersebut, Seksyen 7 di sini melaporkan sebanyak 171 kes demam denggi berbanding 92 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, peningkatan kes sebanyak 185 peratus. "Setakat ini, terdapat 34 kawasan panas denggi di Selangor dan Seksyen 7, Shah Alam adalah salah satu lokasi kawasan berkenaan. Kawasan Seksyen 7 mengalami wabak denggi selama 52 hari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Aedes Pupus Denggi Lupus' di sini. Rosnah berkata kawasan panas dikategorikan sebagai kawasan yang mengalami wabak denggi melebihi tempoh sebulan. Beliau juga berkata kadar pembiakan nyamuk aedes di Seksyen 7 masih tinggi iaitu melibatkan antara 3.9 peratus hingga ...

Pemeriksaan awal bantu atasi glaukoma

Pagi Jumaat lalu, Zaini ke sebuah pusat membeli-belah untuk memeriksa matanya. Sejak akhir-akhir ini, penglihatannya semakin kabur. Memang sebelum ini dia kurang gemar memakai cermin mata hitam, malah dia sering menatap komputer pada jarak yang dekat. Kebetulan rakannya menyarankan dia membuat pemeriksaan mata di sebuah kedai optik terkenal. Melalui penerangan rakannya, baru dia mengetahui tidak semua kedai optik mempunyai ahli optometri. Ahli optometri adalah individu yang berkait rapat dengan penglihatan. Melalui pemeriksaan mata termasuk beberapa ujian khas, ia dapat mengelakkan kehilangan penglihatan akibat glaukoma. Bidang kerjaya sebagai ahli optometri agak luas. Ia turut merangkumi memberi rawatan kepada masalah penglihatan yang dialami pesakit. Mereka juga membuat diagnosis terhadap masalah penglihatan yang dialami mana-mana individu sama ada rabun jauh atau dekat atau kedua-duanya sekali yang memerlukan bantuan alat penglihatan seperti cermin mata atau kanta ...

Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38

KUALA LUMPUR 17 Mac – Empat lagi mati akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac, walaupun jumlah kes menurun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu. Tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan jumlah 38 yang maut setakat tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. Dr. Mohd. Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu ”sindrom kejutan denggi”. Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di ”kawasan panas”. "Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama daripada orang ramai. Beliau juga berkata, mereka ya...

Rawat jongang dari kecil

GIGI jongang turut dialami bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho. SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan. Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang. Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi. “Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini. Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari. “Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. “Apabila ada tekanan ...

Semangat pulihkan penyakit sendi

KESAKITAN yang dilaluinya ketika berusia awal 30-an sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah kekecewaan akibat dilanda penyakit secara tiba-tiba menyebabkan dia sukar melakukan kerja. Namun bertemankan sokongan suami serta semangat yang ada pada dirinya, Vasantha meneruskan kehidupan. Segala-galanya bermula apabila wanita berusia 58 tahun itu mengalami tanda bengkak pada bahagian lutut kiri. Dia menganggap sakit yang tidak diketahui apa sebenarnya itu akan sembuh selepas memakan ubat. KESAN pembedahan mengganti sendi yang dilakukan Vasantha enam tahun lalu. Bagaimanapun, keadaan tidak berubah. Vasantha yang mempunyai gaya hidup aktif terpaksa menahan kesakitan setiap kali bergerak. Bagi mendapatkan kepastian penyakit yang dialaminya itu, dia pergi ke klinik swasta untuk menjalani ujian darah pada tahun 1983. Vasantha disahkan menghidap artritis reumatoid (RA). Penderitaannya tidak berhenti setakat itu. Kesakitan yang bermula di lutut kiri beralih ke lutut kanan. "Kesaki...

Three kids need aid for surgeries

Muhammad Azim Mohd Radzi with his mother Suhana Samat. The boy needs to undergo surgery which costs about RM45,000. GEORGE TOWN: Three families are appealing for help to finance their children's heart surgeries at the Gleaneagles Medical Centre here. Ten-month-old Ng Shao Ern suffers from a ventricular septal defect which causes her to have poor appetite and slow weight gain. She needs urgent surgery, costing about RM30,000. Her father Ng Jia Chun, 26, operates a car repair workshop in Bukit Mertajam and earns RM1,800 per month while her mother, Khor Mong Sian, 20, is a housewife. The family has agreed to contribute RM10,000 towards her daughter's surgery. Meanwhile, three-year-old Teoh Yan Ru has a complex congenital heart disease. Her surgery costs around RM20,000. Her father Teoh Chun Lai, 30, is a tailor in Sungai Petani, earning about RM1,500 per month while her mother, Teh Chin Chui, 27, is a housewife. Ten-day-old Muhammad Azim Mohd Radz...

Kahwin lewat punca dapat anak sindrom down?

ALOR SETAR 14 Mac - Trend semasa yang menyaksikan wanita lambat berkahwin dikhuatiri akan menjadi punca mendapat anak bermasalah kesihatan termasuk mengalami sindrom down. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, meskipun belum ada kajian khusus mengenainya, kebarangkalian untuk mendapat anak seperti itu tetap ada dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Mukhriz Tun Mahathir beramah mesra dengan Alisya Amira (kanan) dan Nur Iman Mustapha Kamal (dua kiri) sambil diperhatikan ibu mereka, Haslinda Haroon pada Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Sindrom Down Kedah di Alor Setar, semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun menegaskan, wanita yang melahirkan anak pada usia 40 tahun ke atas berdepan dengan risiko tertentu termasuk kebarangkalian melahirkan anak sindrom down. "Saya berharap perkara ini diberi perhatian memandangkan trend semasa menyaksikan semakin ramai wanita lewat berkahwin dan mula membina kelua...

Tibi penyakit sepanjang zaman

PESAKIT tibi hilang selera makan dan berat badan turun secara mendadak. PELBAGAI cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya. Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun. Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan. Tiga juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80 peratus daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26 peratus kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan sewajarnya. Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh u...