Skip to main content

Posts

Showing posts from January 3, 2010

H1N1: 12,799 maut sejak Mac 2009

GENEVA: Wabak Influenza A (H1N1) sudah meragut sekurang-kurangnya 12,799 nyawa seluruh dunia, sejak ia pertama kali dikesan di Mexico pada Mac 2009. Pertubuhan Kesihatan Dunia, berkata data terkini yang disiarkan oleh agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan peningkatan 579 kematian daripada data sebelumnya yang disiarkan sembilan hari lalu. Negara sekitar Amerika terus mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu, sekurang-kurangnya 6,880 mangsa, manakala eropah mencatatkan 2,554 kematian disebabkan virus itu. - Berita Harian

Mencari nilai perubatan kuda laut

Oleh LAUPA JUNUS Kuda laut merupakan spesies marin yang kini menjadi tumpuan penyelidikan IMB. KEPELBAGAIAN biologi yang negara miliki merupakan satu kekayaan yang tidak ternilai harganya. Kekayaan tersebut merupakan satu khazanah alam semula jadi dengan kepelbagaian spesies dan ia menjadi satu peluang penerokaan yang lebih luas menerusi aktiviti penyelidikan. Sesuai dengan matlamat penubuhannya untuk memanfaatkan sumber semula jadi marin dan selaras dengan tagline, Terokaan Seluas Lautan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak beberapa tahun lepas menjalankan penyelidikan spesies kuda laut dengan tumpuan kepada beberapa aktiviti. Usaha tersebut dijalankan oleh Institut Bioteknologi Marin (IMB), UMT dengan kerjasama Perbadanan Bioteknologi Johor dan Jabatan Perikanan. Menurut Pengarah IMB, Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid, penglibatan pihaknya dalam penyelidikan bioteknologi marin adalah selaras matlamat UMT untuk memanfaatkan sumber laut untuk faedah masyarakat. ...

Dua suri rumah antara tiga korban denggi

KUALA LUMPUR: Dua suri rumah dari Selangor dan seorang pekerja warga Bangladesh adalah korban terbaru deman denggi bagi tempoh sepanjang minggu lalu iaitu dari 27 Disember hingga 2 Januari lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata berikutan kes korban terbaru itu, jumlah kematian akibat penyakit itu di negara ini pada tahun lalu adalah 88 orang. “Bagi tempoh minggu lalu, mangsa pertama seorang suri rumah berusia 68 tahun dari Banting, Selangor, disahkan mengidap deman denggi oleh sebuah hospital swasta pada 19 Disember lalu. “Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 24 Disember lalu kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan deman denggi berdarah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Dr Mohd Ismail berkata, mangsa kedua seorang suri rumah berusia 64 tahun dari Batu Caves, Selangor, yang meninggal dunia pada 23 Dis lepas kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan oleh sindrom kejutan denggi. Katanya, kes kematian ketiga membabitkan se...

Klinik 1Malaysia mudah rakyat

Penubuhan tak jejas pendapatan klinik swasta, pengamal perubatan: Najib KUALA LUMPUR: Penubuhan Klinik 1Malaysia di seluruh negara tidak akan menjejaskan pendapatan doktor dan klinik swasta, malah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya rakyat berpendapatan rendah.   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kewujudan 50 klinik yang beroperasi sepenuhnya bulan ini bukan saja memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan awal, malah pesakit dirujuk kepada doktor swasta untuk rawatan susulan. Pada masa sama, Najib mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memastikan pendapatan pengamal perubatan tidak terjejas berikutan usaha kerajaan itu. "Tidak terjejas, sebab pesakit dari Klinik 1Malaysia akan rujuk kepada mereka (klinik swasta). Jika pesakit ada hubungan dengan mana-mana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka. "Klinik ini untuk memudahkan rakyat mendapat pe...

20 Pesakit Sehari Dirawat Di Klinik 1Malaysia

PETALING JAYA, 7 Jan (Bernama) -- Pembukaan Klinik 1Malaysia di Lembah Subang mendapat reaksi positif penduduk setempat apabila sekurang-kurangnya 20 pesakit mendapatkan rawatan di klinik berkenaan setiap hari. Sejak dibuka Isnin lepas, penduduk tanpa mengira bangsa dan usia tidak putus-putus mengunjungi klinik itu untuk mendapatkan rawatan terutamanya untuk penyakit ringan seperti demam, selesema dan batuk. Jururawat Terlatih Rasmah Talib berkata sejak dibuka, klinik itu juga telah melakukan rawatan mencuci luka dan mencuci mata. Bercakap kepada Bernama selepas majlis pelancaran Klinik 1Malaysia Lembah Subang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari Khamis, Rasmah berkata operasi di klinik itu turut dibantu penolong pembantu perubatan dan pembantu perawatan kesihatan. "Syif pertama bermula pada 10 pagi hingga 6 petang, manakala syif kedua mulai 6 petang hingga 10 malam akan diambil alih oleh kakitangan Klinik Kesihatan (KK) Kelana Jaya," katanya....

88 Korban Deman Denggi Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Dua suri rumah dari Selangor dan seorang pekerja warga Bangladesh merupakan korban terbaru deman denggi bagi tempoh sepanjang minggu lepas iaitu dari 27 Dis hingga 2 Jan lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata berikutan kes korban terbaru itu, jumlah kematian akibat penyakit itu di negara ini pada tahun lepas adalah 88 orang. Bagi tempoh minggu lepas, mangsa pertama seorang suri rumah berusia 68 tahun dari Banting, Selangor, disahkan mengidap deman denggi oleh sebuah hospital swasta pada 19 Dis lalu, katanya. "Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 24 Dis lalu kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan deman denggi berdarah," katanya dalam kenyataan di sini hari Khamis. Dr Mohd Ismail berkata mangsa kedua seorang suri rumah berusia 64 tahun dari Batu Caves, Selangor, yang meninggal dunia pada 23 Dis lepas kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan oleh Sindrom Kejutan Denggi. Katanya kes kemat...

Suntikan vaksin barah serviks di sekolah Mac

KUALA LUMPUR: Program imunisasi Human Papillomavirus (HPV) secara percuma yang dipercayai dapat mengurangkan 75 peratus kes barah pangkal rahim dilaksanakan Mac ini dengan sasaran remaja perempuan berusia 13 tahun. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pihaknya melaksanakan program itu berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada khususnya menerusi Program Kesihatan Sekolah. Katanya, menerusi program itu, pelalian untuk pencegahan enam penyakit berjangkit dilaksanakan untuk pelajar Tahun Satu membabitkan pelalian mencegah demam campak, bengok, rubella, polio, diptheria dan tetanus. “Pengalaman serta kerjasama yang sangat baik daripada sekolah serta ibu bapa selama ini memudahkan pelaksanaan pelalian HPV untuk pelajar perempuan berusia 13 tahun. “Seperti pelalian penyakit lain, suntikan hanya diberi kepada pelajar yang mendapat persetujuan bertulis daripada ibu bapa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Ditanya hasil kajian kementerian ...

IJN terima sumbangan Bakti RM50,000

KUALA LUMPUR: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi membiayai kos penyelidikan pemindahan sel stem untuk memberi manfaat kepada rakyat mengenai kepentingannya dalam bidang perubatan. Isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sumbangan itu adalah sebahagian kecil sumbangan badan itu bagi membantu IJN menjalankan penyelidikan berterusan bagi membolehkan semua pihak mendapat kebaikan daripada teknologi sel stem bagi membantu menyembuhkan pelbagai penyakit serius.   “Sebelum ini, Bakti tidak mempunyai dana atau geran untuk disalurkan dalam bidang penyelidikan, namun saya sendiri menggunakan baki wang yang diberikan kerajaan Arab Saudi iaitu sebanyak RM2.9 juta untuk disalurkan kepada Bakti bagi tujuan kebajikan. “Dari RM2.9juta itu, sebanyak RM50,000 disalurkan kepada IJN bagi permulaan pembiayaan penyelidikan ini. Saya berharap syarikat k...

Kebersihan Tangan Senjata Perangi Jangkitan Selesema?

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Umum mengetahui bagaimana cepatnya penularan selesema H1N1 sehingga penyakit ini diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Bagi membantu dalam pengawalan penularan penyakit itu, orang ramai perlu memahami bagaimana influenza merebak dan apa yang mereka boleh buat bagi merendahkan peluang mereka dijangkiti virus influenza A. Menurut pakar penyakit respiratori Dr Anne Tan, pihak berkuasa kesihatan percaya virus influenza A boleh berjangkit dari individu ke individu sama seperti virus selesema yang bermusim. Selesema biasanya berjangkit melalui 'cairan titisan' ketika batuk atau bersin. Sekresi atau cecair respiratori mereka yang menghidap selesema mempunyai kandungan virus influenza yang tinggi. "Titisan respiratori dari orang yang menghidap selesema, bila mereka batuk atau bersin, tidak pergi jauh. Hanya dalam lebih kurang satu meter. Tetapi virus dari titisan ini boleh menjangkiti orang lain yang berada ku...

Bayi jantung berlubang perlu bantuan RM45,000

KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu berdoa untuk melihat keajaiban berlaku ke atas anak saya,” kata ibu bayi malang, Dammea Darwisya Mohamad Zaki, empat bulan, yang mengalami masalah jantung berlubang sebulan selepas dilahirkan. DAMMEA...kini berusia 4 bulan. Dammea Darwisya yang menjalani pembedahan jantung semalam memerlukan bantuan orang ramai bagi kos pembedahan dan rawatan susulan yang mencecah RM45,000. Ibunya, Farrah Abdillah, 31, berkata anak keduanya itu tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah jantung ketika dilahirkan dan hanya disahkan menghidap masalah itu ketika berusia sebulan selepas mengalami masalah sukar bernafas. “Selain tercungap-cungap ketika bernafas, tanda-tanda awal lain menunjukkan dia menghidap penyakit itu adalah seperti selalu tidur, tidak aktif, suara dia tidak keluar dan demam kuning” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di sini semalam. “Saya tidak terfikir langsung dia sakit ketika melihatnya selalu tidur dan tida...