Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Kementerian Bersedia Hadapi Gelombang H1N1 Kedua - Liow

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan kini dalam usaha bersiap sedia menghadapi gelombang kedua wabak Influenza A (H1N1), kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata bagi menghadapi gelombong kedua ini, kementerian telah memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu meningkatkan pemantauan terhadap H1N1 di semua negeri, meningkatkan rawatan di semua hospital-hospital serta memperhebatkan lagi kempen mengenai H1N1. "Bagi gelombang kedua H1N1, kita mengambil tiga langkah utama iaitu pertama tingkatkan pemantauan di akar umbi, di semua negeri dan daerah, kedua, kita akan tingkatkan rawatan kita di hospital di mana semua bilik Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) dilengkapkan dengan peralatan yang penting untuk mengubati H1N1 dan kita juga akan tingkatkan bekalan ubat-ubatan untuk memastikan kita bersedia sekiranya ada gelombang kedua H1N1. "Langkah ketiga ialah memastikan komunikasi kita seperti media dan kempen kita diperhebatkan lagi untuk membolehka

3,400 dos vaksin H1N1 untukpetugas kesihatan Negeri Sembilan

SEREMBAN 7 Dis. - Sebanyak 3,400 dos vaksin bagi mencegah wabak selesema babi dibekalkan kepada petugas Jabatan Kesihatan negeri dalam usaha membendung gelombang kedua penularan influenza A (H1N1) di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, langkah itu bertujuan mengekang dan menjamin tahap kesihatan petugas daripada dijangkiti virus berkenaan. ''Kita telah mengadakan kursus pengendalian pemberian vaksin kepada petugas kesihatan bagi pelaksanaan yang lebih cekap. ''Jabatan Kesihatan akan menjalankan pemantauan rapi dalam pemberian vaksin H1N1," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada masa yang sama, Ismail memberitahu peringkat awal pemberian vaksin berkenaan adalah untuk 'barisan hadapan' sebelum diperluaskan kepada orang ramai. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan gelombang kedua H1N1 dan perlu sentiasa peka dengan k

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua

PUTRAJAYA: Pasukan pemantau Influenza A (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini hari ini, Liow berkata jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes. "Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius. "Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata Hari Inovasi akan menjadi acara tahunan kementerian itu mulai tahun ini sejajar dengan saranan Perdana Menter

Jemaah, petugas diberi vaksin

MEKAH 3 Nov. – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mula memberikan vaksin kepada jemaah haji tempatan dan petugas di Mekah dan Madinah sebagai langkah mencegah penularan selesema babi. Penolong Timbalan Menteri Kesihatan untuk Perubatan Pencegahan, Dr. Ziad Al-Memish berkata, jumlah dos untuk vaksin selesema babi adalah banyak untuk mula memvaksin kumpulan ini kerana langkah-langkah pencegahan ini hanya berkesan selepas 10 hari vaksin diberikan. Dalam laporan akhbar harian berbahasa Inggeris Arab Saudi, Arab News, beliau berkata, memberikan vaksin bukanlah wajib bagi jemaah haji tempatan tetapi beliau meminta agar mereka mengambil vaksin ini 10 hari sebelum menunaikan ibadah haji. Seramai 7,000 orang telah dihidapi selesema babi yang menyebabkan 62 kematian di negara itu. Pada Isnin, Kementerian Kesihatan telah memberikan vaksin itu kepada 74 pusat kesihatan di 18 wilayah yang ada pesakit disyaki menghidapi selesema babi sehingga tengah malam setiap hari. Beliau berkata, mesin pengawa

Kerajaan sasar 1 doktor untuk 600 penduduk

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan untuk mencapai nisbah seorang doktor berkhidmat kepada 600 penduduk sebelum tahun 2020, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, kini nisbahnya ialah seorang doktor berkhidmat kepada 1,145 orang penduduk dan keadaan itu masih agak baik. "Kalau tengok nisbah populasi doktor di negara kita, masih baik," katanya ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Liow berkata, kerajaan sedar akan masalah kekurangan pegawai dan kakitangan perubatan di negara ini dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah tersebut. "Salah satu masalah yang dihadapi ialah pengaliran keluar doktor terlatih dalam kerajaan iaitu setiap tahun kira-kira 200 hingga 400 doktor akan keluar daripada perkhidmatan kerajaan ke hospital swasta. "Sekarang, kementerian sedang berusaha melihat bagaimana untuk kita hendak pastikan menggembleng ten

H1N1: Pantau jika berlaku peningkatan semula

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau penularan wabak Influenza A(H1N1) di negara ini untuk mengesan sama ada terdapat peningkatan semula kes itu yang kini semakin berkurangan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya akan membuat laporan mengenai wabak itu dari masa ke semasa dan memastikan langkah mengawal H1N1 yang dijalankan adalah berkesan. "Kes H1N1 telah menurun berbanding Ogos dan September. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh ambil ringan mengenainya kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan di Malaysia pandemik ini masih berada di tahap enam," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian itu di sini hari ini. Liow berkata, WHO belum mengisytiharkan Malaysia sudah bebas daripada pandemik itu. Beliau berkata, sehingga kini angka kematian akibat H1N1 masih kekal 77 dan bilangan pesakit yang ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi juga semakin berkurangan. Beliau juga meminta orang ra

RM14mil for A(H1N1) vaccine

PETALING JAYA: The Health Ministry is spending RM14mil to purchase 400,000 doses of influenza A(H1N1) vaccine. The first batch of 40,000 doses would arrive by the end of this month, said minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. Cyber-launch: Liow signing a plaque to mark the opening of GlaxoSmithKline’s Global IT Centre in Kuala Lumpur yesterday. — Bernama Speaking to reporters after opening GlaxoSmithKline’s (GSK) Global IT Centre yesterday, he said the ministry decided to purchase the vaccine from GSK as the company could meet the earliest delivery time. Some firms could only provide the vaccine in mid-2010, he said, adding that the ministry had yet to fix the selling price per dose for the vaccine. He had also noted previously that the vaccine would be for frontliners first such as health workers, the police and immigration staff. Liow stressed that the public must take precautionary measures although H1N1 cases were on the decline and no deaths had been reported since Sept 16.

Pakai penutup hidung, mulut

Oleh MASDAR R. ARIFUDIN pengarang@utusan.com.my PENGETUA Sekolah Menengah Sri Permaisuri, Razana Aini Ali Dawam memeriksa suhu badan seorang pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZULHAFIZ HANAFIAH KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Kesihatan menasihatkan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) agar memakai penutup hidung dan mulut. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, perkara itu penting kerana selagi mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala ILI, mereka masih menjadi punca jangkitan kepada pelajar lain. ‘‘Kementerian Kesihatan juga meminta kerjasama petugas peperiksaan agar pelajar yang mempunyai gejala ILI diasingkan daripada pelajar yang sihat,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka termasuk memaklumkannya kepada pihak sekolah. Sementara itu j

H1N1: Jangan leka walau kes berkurangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa penularan wabak influenza A (H1N1) masih aktif dalam komuniti walaupun ia menunjukkan pengurangan kebelakangan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata keadaan ini turut berlaku di peringkat global. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sehingga kini terdapat lebih 300,000 kes yang disahkan positif di 191 negara dengan 3,917 kematian didaftarkan. Di Malaysia, jumlah kematian masih kekal 77 orang dengan tiada kematian baru. Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang digariskan kementerian di samping mengamalkan gaya hidup sihat, rehat dan tidur yang cukup, minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat. "Individu yang berisiko tinggi mesti mendapatkan rawatan dengan segera apabila mengalami sebarang simptom influenza-like illness (ILI)," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa wabak itu

D-G: 11 days since last A(H1N1) death

PUTRAJAYA: It has been 11 days since the last death due to In­fluenza A(H1N1) virus was recorded. Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the number of deaths had remained at 77 since Sept 19. He added that in the past 24 hours, 110 new patients with symptoms of influenza-like illness were warded. The total number of people being treated in hospitals nationwide now stands at 843, he said, adding that of the figure, only 70 patients, or 8%, were infected with the virus. “We have 17 Influenza A(H1N1) patients in the intensive care unit and children under five years are among those being warded there,” he said in a statement yesterday. Dr Ismail said the spread of the disease in the community re­mained active despite a decline in the number of cases, adding that the situation was the same worldwide as reported by the World Health Organisation. “The public should not let their guard down. With people still in the festive mood and open houses and gatherings being hosted

H1N1 tidak sekat amalan ziarah raya - Orang ramai perlu berjaga-jaga elak jangkitan

KUALA LUMPUR: Amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri kali ini perlu diteruskan dan wabak Influenza A (H1N1) tidak harus dijadikan penghalang dengan syarat langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelak jangkitan. Golongan budayawan menyifatkan H1N1 tidak harus menjejaskan orang ramai menikmati kemeriahan Aidilfitri serta meraikan ahli keluarga dan kenalan sempena sambutan hari kebesaran umat Islam itu. Budayawan yang juga pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, berkata sekiranya amalan itu dihentikan, ia akan menimbulkan suasana pelik dan penuh kekok. "Sejak awal penyakit H1N1 tersebar, kita lihat orang masih ke masjid, bazar Ramadan dan pusat beli belah. Itu membuktikan mereka bersedia untuk menyambut Aidilfitri jadi kenapa perlu berhenti di kemuncaknya," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, individu yang tidak sihat atau menghidap H1N1 sebaliknya perlu mengelak daripad

Pelajar perempuan mangsa baru H1N1

KUALA LUMPUR 19 Sept. — Seorang pelajar perempuan berusia15 tahun merupakan mangsa terbaru jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sehingga hari ini. Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, meninggal dunia pada 11 September tetapi hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. “Pelajar berkenaan yang juga dilaporkan menghidapi penyakit asma telah mendapatkan rawatan di hospital pada 7 September lepas akibat demam, batuk dan selesema selama sehari dan dirawat sebagai kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) dan diberikan rawatan pesakit luar”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Namun setelah didapati simptomnya tidak pulih, beliau berkata, pesakit berkenaan dibawa semula ke hospital empat hari kemudian iaitu pada 11 September dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)dan diberikan rawatan antiviral.

Influenza A(H1N1): Malaysia asked to take 10 measures

KUALA LUMPUR: The World Health Organisation has asked Malaysia to implement 10 measures to improve its prevention and containment of the spread of Influenza A (H1N1). Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the measures were presented to Prime Minister Datuk Seri Najib Ra-zak and ministers on Wednesday. "Actually, we have already succeeded in implementing nine of the measures very effectively. But the one that needs to be handled is the risk communication plan which, unfortunately, is not to our satisfaction," he said. The recommended measures include improving influenza-like illness surveillance, optimising the use of intensive care unit facilities and isolation wards and sharing knowledge of deaths and sur-veillance with relevant parties. Although the ministry had put in place all the 10 courses of action, Liow said, they still needed to work hard on the dissemination of information to staff and the public. "We are in the midst of doing the media cam

Bersama Hentikan H1N!: Angka korban kekal 76 orang

KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat wabak Influenza A (H1N1) dilaporkan semalam menjadikan angka korban penyakit itu kekal 76 kes di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican. Beliau berkata, sejumlah 821 pesakit dengan gejala penyakit seperti influeza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan dengan 77 adalah pesakit baru. “Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit atau 17 peratus disahkan positif H1N1,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Dr Ismail menasihatkan orang ramai terus mengamalkan langkah kebersihan diri dengan mencuci tangan sekerap mungkin dan mengamalkan etika ketika batuk dan bersin serta segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan H1N1.- Berita Harian

H1N1: 77 pesakit baru dimasukkan ke hospital

KUALA LUMPUR: Sejumlah 77 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa selesema (ILI) sudah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, hari ini. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dicatatkan. Katanya, sejumlah 137 kes telah dibenarkan keluar hospital dan sekaligus menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 90 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 821 orang. "Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit iaitu 17 peratus telah disahkan positif H1N1," katanya. Beliau berkata, bilangan kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) buat masa ini kekal sebanyak 30 kes melibatkan tiga kemasukan baru dan tiga lagi kes telah keluar dari ICU. "Daripada 30 kes berkenaan, 26 kes iaitu 87 peratus mempunyai faktor risiko iaitu lapan kes penyakit kronik, enam kes masing-masing obesiti dan kanak-kanak

Ambil langkah cegah jangkitan H1N1

SEREMBAN 17 Sept. - Pengguna pengangkutan awam di negeri ini dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) khususnya di musim perayaan ini Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sembilan, Datuk Ismail Taib berkata, walaupun indeks penularan wabak H1N1 di negeri ini semakin menurun, namun orang ramai tidak sepatutnya memandang remeh langkah-langkah pencegahan terutamanya di kawasan awam. ''Oleh itu, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, teksi atau kereta api dinasihatkan mengutamakan kebersihan dan kesihatan dengan menggunakan penutup hidung dan mulut dan mengelakkan daripada bersentuhan. ''Langkah pencegahan ini amat penting terutama sekali di musim perayaan ini, di mana ramai yang akan pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan risalah, penut

40,000 Doses Of Anti-H1N1 Vaccine To Be Available Next Month

BENTONG, Sept 17 (Bernama) -- A total of 40,000 doses of the 400,000 doses of anti-H1N1 vaccine ordered by the Health Ministry are expected to arrive in the country by the end of next month, said its minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. He said the vaccine would be evenly distributed with priority given to front line personnel and high risk groups like pregnant women and children. The balance 360,000 doses would arrive in early January, he told reporters after attending a breaking of the fast function with the orang asli community in Sunagi Gapoh near here Wednesday. Liow said the anti-H1N1 vaccine was being sourced from GlaxoSmithKline (GSK) which is based in the United Kingdom. He added that the ministry was also in the process of ordering more of such vaccine from other suppliers. "We have to place bookings early and we are looking for the best quality. We try to get as many sources as possible including from China and Taiwan so that in case of emergency we can get more vacci

Increase In Dengue And Chikungunya Cases

KUALA LUMPUR, Sept 17 (Bernama) -- A total of 478 cases of dengue fever were recorded by the Health Ministry from Sept 6 to 12, an increase of 68 cases or 17 per cent from the previous week which recorded 410 cases. Health director-general Tan Sri Dr Ismail Marican, in a statement here said, nine states recorded an increase in the number of dengue cases for the week from Sept 6 to 12. They are Pahang (83 per cent), Sarawak (67 per cent), Sabah (67 per cent), Kedah (43 per cent), Terengganu (38 per cent), Kuala Lumpur and Putrajaya (33 per cent), Melaka (11 per cent), Selangor (six per cent) and Penang (four per cent). No death due to dengue was reported during the week, he added. The total of accumulated dengue cases so far this year, until Sept 12, is 30,588 cases, including 69 deaths, compared with 31,806 cases in the corresponding period last year. Dr Mohd Ismail said 24 hot spot localities had been reported, comprising 15 in Selangor, Kuala Lumpur (four), Johor (four) and one i

Dua beradik perlu RM1,600 sebulan rawat mata

BUKIT MERTAJAM: Dua beradik dari Kampung Bukit Kechil, Juru di sini, buntu untuk mencari RM1,600 sebulan bagi membeli ubat memulihkan saraf mata selepas menjalani pembedahan. Sebelum ini, dunia dua beradik berkenaan, Abdul Manaf Ahmad, 52, dan adiknya, Razali, 43, diselubungi kegelapan sejak tujuh tahun lalu berikutan mereka menghidap katarak dan glaukoma. Berikutan itu, mereka tidak mampu bekerja sebagai nelayan serta menjaga ibu yang uzur, Som Saad, 74. Menurut Abd Manaf, dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) tetapi penyakit matanya tidak sembuh malah difahamkan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan matanya dan perlu mencuba kaedah alternatif. “Saya dan Razali akhirnya menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur hasil bantuan seorang tokoh korporat yang menanggung kos RM10,200. “Tapi kami kini perlu mengambil ubat selama enam bulan bagi memulihkan saraf mata tetapi kosnya mahal mencecah RM790 seorang atau RM1,600 sebulan. “Mana nak car

Jangan kenakan caj tinggi

MOHD. Ali Rustam memberikan makanan bersahur kepada salah seorang pesakit di Hospital Pakar Putra Melaka, Mahmud Hashim, pada program bersahur bersama beliau di hospital tersebut, semalam. MELAKA 16 Sept. - Semua doktor pakar di seluruh hospital swasta di negeri ini diminta tidak mengenakan bil rawatan yang tinggi sehingga menjadi rungutan pesakit yang akhirnya akan memburukkan imej hospital itu sendiri. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau kecewa apabila mendapat banyak rungutan seperti itu di kalangan pesakit dan ejen insurans yang terlibat. Menurut beliau, ada beberapa ejen insurans mendakwa terdapat segelintir doktor pakar di sesetengah hospital pakar mengenakan bil rawatan yang agak tinggi daripada kebiasaan. "Saya harap, doktor pakar di Hospital Pakar Putra tidak mengenakan bayaran yang tinggi kepada para pesakitnya. "Biarlah bayaran itu munasabah, bukan lebih daripada biasa yang menyebabkan syarikat-syarikat insurans berasa tertekan kerana

Malls can play their part to contain flu virus

KUALA LUMPUR: Hypermarkets and shopping complex managements should have preventive measures to prevent the spread of Influenza A(H1N1). These measures include having hand-washing facilities, a clean environment and sufficient places to throw garbage and masks, health director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said. He said while Muslims were busy make preparations for Hari Raya, the ministry wanted to advise people to practise self-hygiene, not to be indifferent and to seek immediate treatment if they have Influenza A(H1N1). “People are encouraged to have with them the H1N1 kit (nose and mouth mask, tissues and sanitiser) wherever they go — while shopping, on public transportation or celebrating at homes of relatives and friends — and also to keep up-to-date on the latest developments about the Influenza A(H1N1) pandemic and steps suggested by the ministry from time to time,” he said. Two new deaths were reported yesterday due to Influenza A(H1N1), bringing the number of death

H1N1: Tiada kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi dan angka korban pandemik itu kekal 76 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata seramai 156 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Katanya, pada masa sama seramai 189 pesakit telah dibenar pulang, menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah 881 orang. "Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1," katanya. Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata, 30 (18%) kes sedang dirawat di ICU dan tiada kemasukan baru manakala tujuh lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 30 kes yang sedang dirawat di ICU, 23 kes (77%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), penyakit respiratori kronik (3), obesiti (6),

Derita pesakit kencing manis

Oleh NORMALA HAMZAH kaknor@utusan.com.my Dua anak Nila Kesuma Mat memapah ibu mereka yang tidak dapat bergerak sendiri sejak kaki kirinya dipotong akibat kencing manis. KLANG 16 Sept. - Sudah 16 tahun dia menahan sabar dengan kehidupan yang memeritkan bersama dua orang anaknya. Ada masa makan, ada masa tidak. Tidur malam sering dalam kedinginan hanya berlapikkan sehelai tikar usang. Jika orang lain menikmati hidangan lazat setiap kali berbuka puasa dan bersahur, bagi Nila Kesuma Mat , 50, dan dua anaknya, Mohd. Faiz Khusaini, 16, dan Nur Fazlin Husna, 15, mereka hanya mengalas perut dengan air kosong dan nasi kosong. Jika ada yang menghulur bantuan, dapatlah mereka makanan yang lazat, namun kebanyakan hari yang dilalui sarat dengan kesedihan. Sudah kering air matanya menangis saban hari mengenangkan nasib malang yang dilalui, namun Nila Kesuma pasrah. ''Jika ini dugaan buat saya, saya reda,'' katanya teresak-esak ketika ditemui di rumahnya di PPRT, Jalan Kenan

H1N1: Dua lagi kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR; Dua kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan sehingga jam 9 pagi tadi, menjadikan angka korban di seluruh negara sebanyak 76 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian terbaru itu membabitkan wanita berusia 45 tahun di Sabah dan remaja perempuan berusia 19 tahun dari Bentong, Pahang. Dr Mohd Ismail berkata, pada hari ini sejumlah 156 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa sama sejumlah 189 kes telah dibenar keluar. "Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 881 orang. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, 37(26%) kes sedang dirawat di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes te

Teen seeks funds for knee implant

KOTA BARU: A minor slip at home last year has changed Mohd Shahrul Md Said's life forever. The 19-year-old's leg was swollen, and believing it was merely bruised, his family took him for traditional treatment. Earlier this year, when he fainted at the National Youth Skills Institute (IKBN) in Wakaf Tapai, Terengganu, where he was studying, the terrible truth came to light. "I was taken to Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu where doctors diagnosed cancer. I was transferred to Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) and I had leg surgery in July." Shahrul now needs a knee replacement implant which will cost RM34,000. "My father is a Felda settler and my mother is a housewife. The cost is too big a financial burden for them to bear." If you wish to help, please send a cheque payable to the New Straits Times Press Sdn Bhd with Shahrul's full name written on the back to the Finance Department/Charity Unit, NSTP, Balai Berita

Dedah golongan muda kesedaran kesihatan

JOHOR BAHRU 15 Sept. - Golongan muda perlu didedahkan dengan pelbagai program kemasyarakatan terutamanya mengenai kesedaran kesihatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, persatuan belia boleh menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri atau hospital berdekatan bagi menganjurkan program seperti itu. Katanya, penganjuran program seumpama itu dapat mengelak golongan remaja daripada terbabit dengan kegiatan tidak sihat. ''Melalui aktiviti tersebut, golongan remaja dapat memanfaatkan masa dengan baik. Program itu juga dapat memberi rangsangan kepada orang muda untuk menyelami perasaan pesakit,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya anjuran Persatuan Belia Puterawaja Daerah Johor Bahru (Puterawaja) kepada 96 pesakit di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini. Osman berkata, kegiatan seperti itu dapat membentuk golongan muda menjadi lebih bertoleransi dan bersatu padu untuk menjayakan kegiat

Derita kulit mengelupas

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid am@hmetro.com.my KUALA NERANG: Dia sepatutnya berada di tingkatan satu dan bergembira menempuhi alam remaja bersama rakan seusia tetapi itu bukan perjalanan hidup yang dilalui Mohd Nasrul Kamarizan, 13, yang menderita penyakit kulit kronik. Berikutan penyakit dihidapi sejak dilahirkan, Mohd Nasrul, 13, anak bongsu daripada dua beradik dari Desa Keda Bukit Kura, tidak pernah menempuh alam persekolahan sepanjang hidupnya. Ini kerana kulitnya terlalu sensitif dan menggelupas teruk walaupun disebabkan bergesel dengan orang lain. Ibunya, Norhayati Md Daud, 39, berkata anaknya pernah didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Pedu (SKP), tetapi masalah dihadapinya menyebabkan Mohd Nasrul tidak pernah memasuki sekolah kerana bimbang kulitnya mudah menggelupas. “Kami bimbang apabila bermain di sekolah, rakannya tersentuh kulitnya dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat,” katanya. Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan tetapi penyakit dihadapi anaknya masih belum se

H1N1: Tiada kematian baru dilaporkan

KUALA LUMPUR: Tiada kematian berhubung Influenza A (H1N1) dicatatkan sehingga pagi ini dan angka korban kekal 74 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican. Beliau berkata, seramai 881 pesakit dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) sedang dirawat di 99 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta di seluruh negara. Katanya, daripada jumlah itu, 162 pesakit atau 18.5 peratus disahkan positif H1N1. “Daripada 162 kes yang telah disahkan H1N1, 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 atau 84 peratus mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak bawah 5 tahun dan hamil. “Sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 157 kes sudah dibenarkan keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dr Ismail juga menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah kebersihan diri, tidak berlengah dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gej

Pesakit kanser sendi lutut rayu bantuan RM34,000

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad krull@bharian.com.my KOTA BHARU: Seorang pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kini mengharapkan simpati orang ramai dalam usahanya mengumpul dana RM34,000 bagi membiayai kos pembelian implan pembedahan kanser sendi lutut yang dijalaninya. Anak peneroka dari Felda Jengka Tiga, Pahang, Mohd Shahrul Md Said, 19, berkata bapanya, Md Said Hassan, 63, yang juga seorang peneroka dengan pendapatan tidak seberapa, tidak mampu menanggung kos pembelian implan kerana bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan sawit. Pelatih IKBN Wakaf Tapai itu berkata, walaupun berjaya melalui pembedahan membuang tulang paha yang diserang kanser itu, dia kini rasa sedih kerana keluarga tidak mampu menanggung kos pembelian implan. “Ayah sudah tua, manakala ibu, Aminah Ariffin, 61, tidak bekerja dan kos implan RM34,000 itu amat membebankan mereka berdua, memandangkan hasil jualan kelapa sawit tidak seberapa, bergantung kepada tur

Penumpang diwajib pakai penutup

Oleh Ali Mahmood utusanpahang@utusan.com.my BENTONG 14 Sept. – Penumpang bas dan kereta api yang menghidap selesema serta demam diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung ketika pulang menyambut Aidilfitri untuk mengelakkan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat bas dan kereta api diminta memastikan penumpang yang mempunyai simptom itu mematuhi arahan berkenaan supaya virus tersebut tidak disebarkan kepada penumpang lain. Bagi menyekat penularan wabak tersebut, tegasnya, semua syarikat bas ekspres akan dibekalkan penutup mulut dan hidung yang bakal disumbangkan oleh beberapa badan korporat. ‘‘Dalam suasana gembira menyambut Aidilfitri, saya berharap kita semua terus berwaspada kerana wabak H1N1 kini menjadi pembunuh senyap. ‘‘Saya harap semua orang berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta keluarga masing-masing kerana dengan langkah tersebut ia dapat menghalang virus H1N1 daripada terus

Sedia kit H1N1 ketika raya

Oleh Sazarina Shahrim sazarina@bharian.com.my Elak jangkitan wabak pada Aidilfitri KUALA LUMPUR: Bimbang dengan kemungkinan Influenza A (H1N1) merebak pantas ke seluruh negara berikutan pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi. Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kit mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri atau dibeli di farmasi. "Ia perlu dianggap sebagai barang perlu dimiliki oleh semua yang bercadang balik kampung sama ada menggunakan kendera

H1N1: Tiada kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru berkaitan Influenza A dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi seramai 231 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 166 kes ILI telah dibenar keluar hospital. "Ini menjadikan baki seramai 1048 ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 255 pesakit (24.3%) telah disahkan positif H1N1," katanya. Sehingga hari ini, sebanyak 74 kes kematian berkaitan H1N1 sudah disahkan di seluruh negara. Dr Mohd Ismail berkta, daripada 255 kes yang telah disahkan H1N1, 42 kes sedang dirawat di ICU di mana tujuh kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 (81.0%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: p

H1N1: Tiada kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru berkaitan Influenza A dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi seramai 231 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 166 kes ILI telah dibenar keluar hospital. "Ini menjadikan baki seramai 1048 ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 255 pesakit (24.3%) telah disahkan positif H1N1," katanya. Sehingga hari ini, sebanyak 74 kes kematian berkaitan H1N1 sudah disahkan di seluruh negara. Dr Mohd Ismail berkta, daripada 255 kes yang telah disahkan H1N1, 42 kes sedang dirawat di ICU di mana tujuh kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 (81.0%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: p

Orang ramai diingat bawa kit H1N1 semasa berhari raya

KUALA LUMPUR 13 Sept — Sempena cuti panjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai digalak membawa kit H1N1, yang merangkumi topeng mulut serta hidung, tisu dan sanitizer, ke mana-mana sahaja mereka pergi termasuk semasa berhari raya di rumah sanak saudara, bagi mengelak penularan jangkitan Influenza A(H1N1). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata bagi mereka yang mempunyai gejala selesema serta golongan berisiko, mereka disaran sebaik-baiknya menggunakan pengangkutan sendiri untuk balik kampung. “Bagaimanpun jika terpaksa menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda sentiasa memakai penutup mulut dan hidung, selain mengamalkan kebersihan tangan pada setiap masa sepanjang perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata penumpang pengangkutan awam juga perlu memastikan bahawa kertas tisu muka yang sudah digunakan dibuang ke dalam tong sampah yang ditutup supaya tidak menjadi satu sumber jangkitan. “Setibanya di kampung, individ

Kerajaan pertingkat sistem pengawasan H1N1

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meningkatkan pengawasan terhadap wabak Influenza A(H1N1) menjelang musim cuti perayaan Aidilfitri dan menghadapi kemungkinan gelombang kedua pandemik yang dijangka melanda dunia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian akan mengukuhkan lagi sistem pemantauan, rawatan dan terutamanya sistem komunikasi awam dalam usaha untuk mencegah penularan influenza meskipun kes jangkitan wabak itu menurun pada bulan ini. Beliau berkata semua doktor dan jururawat di pusat kemudahan penjagaan kesihatan telah diarahkan bersedia untuk dipanggil bertugas pada tempoh itu. "Jumlah jangkitan dan simptom penyakit seakan-akan influenza (ILI) telah menurun pada bulan ini berbanding bulan lepas. "Namun, kita akan meningkatkan sistem pemantauan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua pandemik itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pandemik Influenza A(H1N1) Kebangsaan 2009 di sini hari ini. Persidanga

A(H1N1): Medical staff on standby for Hari Raya

BY LOH FOON FONG KUALA LUMPUR : Medical staff will be put on standby during the coming Hari Raya period in view of the influenza A(H1N1) pandemic. Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai also urged the public to avoid visiting relatives and friends during this time if they were suffering from influenza-like illnesses. He also said 45 new cases of influenza A(H1N1) were reported over the last 24 hours. However, no new death has been recorded and the country's death toll remains at 74. - The Star

OKU sah meninggal akibat H1N1

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia pada 23 Ogos lalu, akibat dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1). Ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak H1N1 itu meningkat kepada 74 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, lelaki berumur 19 tahun dan berasal dari Gerik, Perak itu dimasukkan ke Hospital Gerik pada 20 Ogos lalu selepas mengalami demam, batuk, sakit tekak dan muntah selama empat hari. ''Lelaki itu juga dilaporkan mengalami komplikasi paru-paru atas sebab jangkitan H1N1 tersebut," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini. Mohd. Ismail berkata, sehingga hari ini, seramai 261 pesakit disahkan positif H1N1 daripada 1,104 yang sedang dirawat di 101 hospital termasuk lapan hospital swasta seluruh negara. Menurut beliau, daripada 261 kes itu, sebanyak 41 kes telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan mempunyai risiko sep

H1N1: Kes kematian meningkat kepada 74 orang

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Satu lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi, menjadikan angka korban keseluruhan di negara ini seramai 74 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata seramai 198 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 190 kes telah dibenar pulang. "Ini menjadikan baki seramai 1,104 ILI sedang dirawat di 101 buah hospital termasuk lapan hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 261 pesakit (23.6%) telah disahkan positif H1N1," katanya. Dr Mohd Ismail berkata, daripada 261 kes yang telah disahkan H1N1, 41 kes termasuk lapan kes kemasukan baru, berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 6 lagi kes telah keluar dari ICU. "Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 32 (78%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut fa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Ujian negatif tidak semesti pesakit bebas H1N1

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Sensitiviti ujian rapid influenza A (H1N1) hanya sekitar 60 hingga 80 peratus sahaja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. Katanya, ini bermakna jika keputusan ujian adalah negatif tidak bermakna seseorang itu tidak dijangkiti influenza A. ''Setakat ini tiada kewajipan dan keperluan untuk mendapatkan ujian ini jika seseorang disyaki dijangkiti H1N1,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Beliau menjawab pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu melalui hotline Kementerian Kesihatan hari ini. Sementara itu, Dr. Mohd. Ismail memberitahu, seramai 257 pesakit telah disahkan positif H1N1 termasuk tiga kes yang merupakan kemasukan baru dalam tempoh 24 jam. Katanya, sehingga pukul empat petang ini, seramai 75 pesakit baru dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 154 orang telah dibenarkan keluar. ''Perkembangan itu menjadikan baki

Carry H1N1 kit when shopping, travelling

By Annie Freeda Cruez KUALA LUMPUR: People are advised to carry a H1N1 kit when they go shopping, travelling, balik kampung and visit friends and relatives. The kit should include a three-ply face mask, a packet of tissues and a small bottle of hand sanitiser. Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said yesterday: "Keep them in your pocket or handbag and use them when necessary." Dr Ismail has these items with him wherever he goes. "I use the hand sanitiser as often as possible as it protects me against influenza A (H1N1). "Washing your hands with soap and water and using hand sanitiser will protect you against other infections." During a meeting at the ministry with the press yesterday, health officials issued basic dos and don'ts for the holidays. Among the dos are: - Plan your holiday well, keeping in mind the pandemic and if possible travel in your own vehicles instead of using public transport, especi

H1N1: Tiada kematian baru dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 9 pagi ini dan angka korban kekal pada 73 kes untuk enam hari berturut-turut. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, berkata sejumlah 173 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Katanya, pada masa yang sama sejumlah 174 kes telah dibenar keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,175 ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. "Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 275 pesakit (23%) telah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, daripada 275 kes yang telah disahkan H1N1, 41 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga kes adalah kemasukan baru, sementara dua lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU,

Schools to decide on wearing of masks, says Muhyiddin

By KAREN CHAPMAN KUALA LUMPUR: Schools have the option to decide if students should wear masks as a precaution against Influenza A(H1N1). Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the Government had issued guidelines on the pandemic. “The school authorities will know their own situation better,” he told reporters during a visit to SK Bukit Damansara. He was asked why it was not compulsory to wear masks in schools. Earlier, he had observed 196 Year Six pupils sitting for the UPSR examination, which began yesterday. Muhyiddin, who is also the Education Minister, said it was important to practise proper hygiene at all times and wear masks if necessary. He said the ministry had spent RM5mil to provide masks, hand sanitisers and infrared thermometers for the 517,908 Year Six pupils sitting for the UPSR examination. Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom explained that pupils might decide whether to wear a mask during the examination or not. “The

Waspada selesema babi semasa Aidilfitri

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini kerana kes H1N1 dijangka meningkat dalam tempoh tersebut memandangkan ramai yang akan bergerak ke merata tempat terutama melakukan perjalanan pulang ke kampung atau berada di tempat-tempat awam. "Sehubungan itu kami menasihatkan semua supaya mengambil langkah berhati-hati dengan memakai topeng muka dan hidung ketika keluar rumah atau berada di tempat awam serta mencuci tangan dengan kerap," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Program Taklimat Media Mengenai Influenza A (H1N1) di sini hari ini. Tiong Lai berkata, walaupun jumlah pegawai dan kakitangan kesihatan yang bertugas semasa hari raya ini akan berkurangan, kementerian tetap memastikan langkah pengawasan diteruskan te

13 calon di Kelantan duduki UPSR di hospital

KOTA BHARU 8 Sept. - Sebanyak 13 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini menduduki peperiksaan di lima buah hospital serentak dengan 37,415 orang calon lain hari ini. Tujuh orang menjalani peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga orang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini kerana menerima rawatan akibat kemalangan dan sakit. Masing-masing seorang calon pula menjalani peperiksaan di Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC), Hospital Kuala Krai dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh. Pengarah Jabatan Pelajaran negeri (JPN), Mohd. Ghazali Abdul Rahman berkata, walaupun terlantar, pihak JPN tetap menyediakan kemudahan agar mereka dapat mengambil peperiksaan dalam keadaan selesa. "Pihak jabatan menempatkan beberapa pengawai untuk memantau dan mengawasi mereka ketika mengambil peperiksaan tersebut di hospital. "Melalui cara ini, calon UPSR tidak ketinggalan dalam peperiksaan yang akan menentukan pencapaian me

Pakai penutup mulut tidak wajib

Oleh HERMAN HAMID herman@utusan.com.my Muhyiddin Yassin menanyakan sesuatu kepada seorang pelajar ketika meninjau keadaan calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR di Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 8 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemakaian penutup mulut dan hidung tidak akan diwajibkan di kalangan calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu tidak perlu diambil memandangkan masyarakat umum termasuk pihak sekolah sudah mempunyai kefahaman dan kesedaran yang baik berhubung wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang ketika ini semakin terkawal penularannya. Katanya, pihak Kementerian Pelajaran sendiri turut mengambil langkah perlu untuk memastikan kelancaran peperiksaan dalam tempoh penularan wabak itu termasuk membekalkan pencuci nyah kuman ke setiap sekolah di samping menubuhkan bilik gerakan di peri