Skip to main content

Posts

Showing posts from March 7, 2010

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan

SAKIT belakang tidak semestinya memerlukan pembedahan sebagai kaedah penyelesaiannya. - gambar hiasan.  Saya tidak mahu dibedah untuk pulihkan masalah sakit belakang saya. Saya takut jika pembedahan itu tidak berjaya dan saya lumpuh. Saya tidak yakin sanggup menanggung akibatnya," kata Siti Ismail, seorang wanita bertubuh kecil yang aktif bersukan mewakili tempat kerjanya, seperti badminton dan ping pong. Sakit belakang yang dialaminya sejak beliau mengangkat sebuah pasu bunga berat, kini merupakan kebimbangan utamanya. Selepas bertemu dengan beberapa pakar ortopedik, pakar neurologi serta pengamal perubatan alternatif, Siti yakin bahawa sakit belakang beliau boleh dirawat tanpa pembedahan. Dan beliau yakin keputusan beliau betul! Dr. Siow Yew Siong, seorang Pakar Bedah Ortopedik berpengalaman, mengesahkan bahawa pembedahan bukan satu-satunya kaedah pemulihan sakit belakang dan ia bukan dalam senarai keutamaan rawatan bagi mereka dengan masalah spina degeneratif. SAKIT BE

Kawal kencing manis elak CKD

HARI Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac setiap tahun di seluruh dunia merupakan kempen kesedaran kesihatan peringkat global yang memberi tumpuan kepada kesedaran tentang kepentingan penjagaan buah pinggang. Ini kerana lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia menderita akibat masalah organ terpenting itu dan meninggal dunia sebelum waktunya disebabkan penyakit kardiovaskular yang dikaitkan dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD).   Kegagalan fungsi buah pinggang menyebabkan pesakit memilih kaedah rawatan hemodialisis. - Gambar hiasan. Punca utama CKD adalah kencing manis dan tekanan darah tinggi yang gagal dikawal dengan baik. Apabila CKD semakin merosot pesakit mungkin tidak ada pilihan kecuali bergantung kepada rawatan dialisis sepanjang hayat mereka. Berlandaskan faktor tersebut juga, negara memilih tema Kawal Kencing Manis - Lindungi Buah Pinggang Anda bagi sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2010 yang dianjurkan dengan kerjasama antara Yayasan Buah

Denggi semakin menular

KOTA KINABALU 8 Mac - Jika pada November tahun lalu, Sabah dilanda wabak taun khususnya di Semporna, kini demam denggi pula menjadi satu ancaman baru. Penyakit berjangkit itu dikesan baru-baru ini dan daerah paling teruk diserang wabak tersebut adalah Penampang, Putatan dan Petagas yang berkedudukan tidak jauh dari ibu negeri. PROJEK meroboh enam buah rumah berdekatan Kampung Muhibbah, Petagas, untuk tujuan melebar jambatan tidak diurus dengan baik dan turut menjadi penyumbang terhadap pembiakan nyamuk aedes. Bagi mencegah wabak denggi daripada merebak, pihak Pejabat Kesihatan Penampang sudah melakukan beberapa semburan di kawasan tersebut. Selain itu, pejabat tersebut juga menyarankan orang ramai supaya mengamalkan kebersihan dan mencegah persekitaran yang boleh menyumbang kepada penularan denggi. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan perumahan dan kampung di Putatan dan Petagas, kelmarin, mendapati, saranan itu masih tidak mendapat maklum balas memberangsangkan. Ke

Jaga Buah Pinggang Anda - Kawal Diabetes

Oleh Soraya Jamal PETALING JAYA, 8 Mac (Bernama) -- Lebih kurang satu dalam 10 warga dewasa di seluruh dunia mengalami masalah tertentu buah pinggang dan berjuta-juta orang mati setiap tahun kerana kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes. Kegagalan buah pinggang atau ginjal merupakan peringkat akhir penyakit buah pinggang kronik (CKD), satu masalah serius dengan ginjal tidak lagi mampu melupuskan sisa perkumuhan daripada tubuh. CKD berlaku apabila individu mengalami kehadiran albumin dalam kencing atau kemerosotan ketara dalam fungsi buah pinggang. Di Malaysia lebih 3,500 orang mengalami kegagalan peringkat akhir buah pinggang setiap tahun, menyebabkan bilangan mereka yang memerlukan dialisis meningkat. Menurut Presiden of Pertubuhan Malaysia bagi Nefrologi (MSN) Dr Philip N. Jeremiah, CKD berlaku pada lapan hingga 10 peratus daripada populasi dan buat masa ini bilangan mereka yang memerlukan dialisis di Malaysia meningkat 5 hingga 7 peratus setiap tahun. Ini

Pembedahan kosmetik cara baru

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my ROSE (bukan nama sebenar) merasakan tubuhnya belum kelihatan cantik. Dengan penuh yakin, dia memilih untuk menjalani rawatan sedut lemak. Walaupun berbelanja besar, dia ingin mencari doktor yang benar-benar ada kepakaran dan pengalaman. Langkahnya laju menuju ke Pusat Perubatan Prince Court yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Di sana, dia mendapati bukan sahaja wanita berminat melakukan pembedahan kosmetik termasuk sedut lemak, lelaki juga ada keberanian yang sama. Ternyata teknologi itu menjadi buruan lelaki dan wanita untuk sama-sama tampil cantik dan tampan. Secara ringkas proses sedut lemak menggunakan sistem body-jet. Mesin ini bukan mengurangkan berat badan tetapi memastikan bentuk badan menjadi lebih baik. Memikirkan beberapa kes kematian akibat rawatan sedut lemak, menjadikan Rose lebih berhati-hati. Daripada menggadaikan nyawa di klinik kecantikan biasa, dia memilih pusat perubatan ternama. Deng

Kerosakan buah pinggang

Pemindahan organ sebagai rawatan kekal tidak popular di Malaysia DIANGGARKAN seorang daripada 10 orang dewasa berdepan dengan pelbagai bentuk kerosakan buah pinggang di seluruh dunia. Di Malaysia saja, daftar pendermaan organ dan dialisis bagi 2006 menyebut jumlah pesakit yang memerlukan dialisis meningkat secara dramatik sejak 20 tahun lalu. Setiap tahun lebih 2,500 orang berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang (ESRD), iaitu jumlah yang menyaksikan lebih ramai memerlukan rawatan mesin dialisis. Sekitar 1980, hanya 43 orang memerlukan bantuan dialisis tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat menjadi 3,152 orang. Satu daripada punca peningkatan ini, tentu saja disebabkan kenaikan jumlah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Malah 55 peratus daripada kegagalan buah pinggang tahap yang serius berpunca daripada diabetes mellitus. Keadaan ini jika tidak dikesan dan dirawat sebaiknya membawa kepada kegagalan buah pinggang dan akhirnya kematian. Begitupun, senario

Bahaya lemah otot

  Myasthenia Gravis yang lazim dialami wanita bawah 40 tahun dan lelaki berusia boleh bawa maut jika dibiarkan tanpa rawatan PENYAKIT Myasthenia Gravis (MG) mungkin asing bagi kita yang sebaliknya lebih biasa melihat kesannya dalam bentuk masalah otot lemah, sebelah mata layu dan hampir tertutup serta kesukaran bernafas. Hakikatnya, MG adalah sejenis penyakit yang menyebabkan otot menjadi lemah. Malah mengikut statistik antarabangsa, pada bila-bila masa saja, satu bagi setiap 20,000 orang, boleh mengalami MG. Bagaimanapun ia bukanlah penyakit keturunan dan boleh dirawat secara berkesan untuk membantu pesakit menikmati kehidupan yang berkualiti dan normal jika mereka peka dengan kehadiran tanda-tanda atau simptomnya. Ini seperti kesukaran bercakap, payah menelan makanan, sebelah mata layu dan penglihatan terjejas. Tidak kurang juga yang berdepan masalah seperti kesukaran bertutur atau sengau serta otot leher lemah yang menyebabkan bahagian tengkuk itu menjadi lemah. Apa yang me