Skip to main content

Posts

Showing posts from August 23, 2009

Rais nasihat peserta sambutan merdeka jaga kesihatan

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, hari ini menasihatkan semua peserta sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52, terutamanya yang menjalani ibadah puasa, menjaga kesihatan supaya sentiasa dalam keadaan optimum. Walaupun dalam keadaan berpuasa, beliau berharap peserta dapat menunjukkan semangat kuat dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti pada acara itu yang akan diadakan di Dataran Parlimen, Isnin ini. "Walaupun kita berpuasa, pada hari sebenar sambutan nanti, saya harap kita semua akan menunjukkan semangat yang kuat dan bersungguh-sungguh semasa mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik," katanya ketika menyampaikan taklimat ringkas kepada ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 selepas menyaksikan raptai penuh di Dataran Parlimen di sini. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Tim...

Sediakan sanitizer, penutup mulut dan hidung kepada penumpang: Liow

KUALA LUMPUR: Menjelang perayaan Aidilfitri bulan depan, Kementerian Kesihatan meminta pengusaha pengangkutan awam termasuk bas ekspres supaya menyediakan ‘sanitizer’ pada kenderaan masing-masing selain mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada penumpang sebagai langkah mencegah penularan wabak Influenza A (H1N1). Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata setiap kali menjelangnya musim perayaan, kawasan perhentian bas dan kereta api menjadi tumpuan mereka yang hendak pulang ke kampung halaman masing-masing menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, langkah menyediakan sanitizer dan penutup hidung dan mulut dapat meyakinkan pengguna mengenai langkah berjaga-jaga yang diambil pengusaha pengangkutan awam berkenaan. "Kita minta mereka (pengusaha) menyediakan sanitizer dan langkah ini menunjukkan kepada penumpang mereka bahawa mereka (pengusaha) mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai pencegahan penyakit ini," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran kempen Bers...

Rakyat Malaysia tidak ambil serius bahaya H1N1: Liow

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa kefahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai wabak influenza A(H1N1) dan cara penularannya masih rendah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan WHO yang diperoleh pada Khamis lalu menunjukkan orang awam masih tidak mengambil serius tentang bahaya penyakit ini, yang sekaligus menyebabkan peningkatan kes H1N1. Beliau berkata, daripada empat kempen yang dijalankan iaitu kempen pemakaian penutup mulut dan hidung, kebersihan diri, penggunaan pencuci tangan dan mencuci tangan, hanya kempen pemakaian penutup hidung dan mulut saja yang berjaya memberi kesedaran terbaik kepada orang ramai. "Sepanjang bulan Mei hingga Ogos, walaupun banyak kempen kesedaran mengenai langkah membendung Influenza A(H1N1) dilakukan, pengetahuan orang ramai masih rendah, termasuk golongan yang berisiko tinggi. "Kelihatannya maklum balas dan kesedaran orang ramai masih lagi rendah, Kita tidak mamp...

H1N1: 365 positif, tiada kematian baru

KUALA LUMPUR 29 Ogos — Seramai 365 pesakit disahkan dijangkiti pandemik Influenza A(H1N1) dan tiada kematian baru didaftarkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal 71 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata daripada jumlah yang disahkan positif H1N1 itu, sebanyak 48 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lapan kes adalah kemasukan baru sementara lapan lagi sudah dikeluarkan dari ICU. Katanya daripada 48 kes yang berada di ICU, sebanyak 37 atau 77 peratus pesakit terdiri daripada mereka yang mempunyai faktor risiko termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik (7), obesiti (13), kanak-kanak dan bayi (6), selepas bersalin dan hamil (3), penyakit jantung (3), kegagalan ginjal (1) dan asma (4). Dr Mohd Ismail berkata sehingga 9 pagi ini, sejumlah 442 pesakit baru dengan gejala “influenza-like-illness” (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 353 telah dibenarkan keluar hospital. “Baki seramai 1,598 pesakit IL...

A(H1N1): Public Transport Operators Strive To Ensure Safety

KUALA LUMPUR, Aug 28 (Bernama) -- Public transport operators have given the assurance that they have taken the necessary steps to prevent the spread of Influenza A(H1N1). Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) communications general manager Ebi Azly Abdullah said RapidKL had reminded its staff, particularly customer service staff, to observe personal hygiene and to keep the surroundings clean. RapidKL, which handles about 700,000 bus and Light Rail Transit (LRT) passengers daily, also supplies hand sanitizers and surgical masks to customer service staff, bus drivers and security officers who are in constant contact with passengers. Ebi Azly said RapidKL also carried health checks at bus holding bays and LRT stations to ensure all officers on duty were healthy. Train coaches were also being disinfected on a daily basis using special chemicals to kill germs, he said. "The LRT stations are being cleaned on a daily basis using special chemicals. We are also steppin...

7 children in critical condition

KUALA LUMPUR: Seven children and two pregnant women were among the 53 people admitted to intensive care units in hospitals nationwide for influenza A (H1N1). They are reported to be in critical condition and suffering from complications due to their co-morbid conditions. Director-general of Health Tan Sri Dr Ismail Merican said they were among the 1,394 admitted to 94 hospitals, including five private hospitals nationwide. Of the number, 259 have been confirmed positive for the disease. - NST

Turunkan harga antivirus

Oleh THOMAS CHONG pengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 27 Ogos - Kementerian Kesihatan akan menemui pembekal antivirus untuk memastikan harga ubat itu diturunkan dan mampu dibeli oleh pesakit-pesakit selesema babi atau virus Influenza A (H1N1). Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini, salah satu daripada empat syarikat pembekal telah bersetuju mengurangkan harga ubat itu kepada RM80 sekotak. ''Kita mahu harga untuk ubat antivirus diturunkan supaya lebih ramai pesakit dapat menggunakan ubat ini. ''Ubat antivirus yang dijual di pasaran pada ketika ini adalah agak mahal iaitu antara RM140 sehingga RM160,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui wakil-wakil doktor perubatan swasta di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. Katanya lagi, Kementerian Kesihatan setakat ini telah membelanjakan RM20 juta untuk membeli ubat antivirus bagi tujuan rawatan pesakit H1N1. ''Kerajaan akan memastikan hospital mempunyai ...

Private Medical Practitioners Pledge Full Support To Combat H1N1

PUTRAJAYA, Aug 27 (Bernama) -- Private medical practitioners have made a promise to the government to fully support the battle against the Influenza A (H1N1) pandemic after a dialogue session with Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai here on Thursday. After the meeting held at the Ministry here, Liow stated that the government would also seek to help private medical practitioners to make the H1N1 anti viral drug such as Tamiflu more affordable to the general public by seeking the cooperation of suppliers to lower its cost. "The private medical practitioners have requested low cost treatment, low cost for tamiflu and antiviral drugs. We have to intervene in the market. The Health Ministry will call up the drug suppliers to ask them to help reduce costs. "I think it's a fair request because we have to work hand-in-hand to fight this pandemic. We can't do it alone, we need everyone's help. They (private medical practitioners) understand their role," clarif...

No New Deaths, 259 Patients Positive H1N1

KUALA LUMPUR, Aug 27 (Bernama) -- No new deaths due to Influenza A (H1N1) have been registered today, leaving the death toll at 71, with patients confirmed positive with the virus at 259 cases. Director-general of Health Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said of the 259 cases, 53 were in Intensive Care Unit (ICU) with 41 risk factor cases like those with chronic illness, obesity, children or babies, pregnant women, new mothers and Down's Syndrome. He said 260 new patients with influenza-like illness (ILI) had been admitted to hospital for treatment while 312 had been discharged, leaving 1,394 ILI patients at 94 hospitals, including five private hospital. "Those with ILI should rest at home and wear masks at all times when in public places," he said in a press statement on the H1N1 situation nationwide. Dr Mohd Ismail urged the public to understand the difference between normal flu and H1N1. "Those infected with H1N1 normally have high fever (temperatures of over 38 ...

A (H1N1): Transport operators lukewarm to guidelines

KUALA LUMPUR: Passengers using public transports claimed that operators were not taking adequate precautionary measures to contain Influenza A(H1N1) that has so far claimed 71 lives. A commuter, Khairul Amri Khairuddin, 32, said that whenever he traveled by bus or the light rail transit (LRT), he was worried that someone on board could be infected with the flu. "It is just like a time bomb as other passengers are exposed to the flu," he told Bernama. He said operators also did not provide surgical masks to passengers and did not sanitise the buses. Aiza Amiruddin, 22, suggested that transport operators provide anti-bacterial soaps or hand sanitisers for passengers to wash their hands. "LRT operators should ensure that toilets at LRT stations are always clean and adequate bins are provided for commuters," she said. Ismail Haron, 62, said he wondered whether bus drivers were briefed on the pandemic and on ways to stop swine flu from spreading. "They...

895 kes H1N1 dikesan seluruh Terengganu

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Sebanyak 895 kes influenza A (H1N1) dikesan di negeri ini sehingga kelmarin oleh Jabatan Kesihatan Terengganu sejak wabak itu menular ke seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, bagaimanapun tiada kes melibatkan kematian dilaporkan. Beliau menambah Dungun mencatatkan kes jangkitan tertinggi sebanyak iaitu 180 kes, diikuti Kuala Terengganu (146), Marang (145), Hulu Terengganu (136), Setiu (133), Kemaman (99) dan Besut (56). "Melalui hasil laporan sebanyak enam kes penularan melibatkan kes import dan selebihnya adalah melibatkan kes tempatan. "Sehingga semalam terdapat sebanyak 28 buah sekolah dan 12 buah institut pengajian tinggi (IPT) termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara dan asrama telah ditutup," katanya semasa menjawab soalan lisan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) berhubung jumlah rakyat Terengganu yang dijangkiti H1N1 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di si...

Hospital perlu bekalan darah

IPOH 26 Ogos - Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menghadapi masalah kekurangan bekalan darah berikutan tidak ramai yang tampil berbuat demikian pada bulan Ramadan. Pegawai Seranta Tabung Darah HRPB, Khairul Anuar berkata, kekurangan itu paling ketara bagi tiga jenis darah iaitu 0 Positif, A Positif dan B Positif yang sentiasa mempunyai permintaan di kalangan pesakit. "Stok bekalan darah jenis tersebut perlu ditambah dari semasa ke semasa terutama sekali untuk menampung permintaan bekalan pada waktu kecemasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Khairul berkata, kekurangan bekalan darah berlaku kerana masyarakat Islam yang berpuasa tidak dapat berbuat demikian pada waktu siang. Sehubungan itu katanya, pihak hospital menyediakan kemudahan kepada orang ramai bagi membolehkan mereka menderma pada waktu malam. ''Mereka yang mahu menderma darah boleh hadir ke Unit Tabung Darah hospital pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam setiap Selasa dan Kham...

Pusat khas kendali H1N1

SEREMBAN 26 Ogos – Kerajaan negeri akan mengadakan satu pusat khas mengendali kes berkaitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) untuk mengelak penularan wabak itu di kalangan penduduk negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan berkaitan perkara tersebut akan dibawa ke Kementerian Kesihatan bagi membolehkan ia dilaksanakan secepat mungkin. ‘‘Pusat seperti ini akan diadakan di satu tempat saja seperti di poliklinik atau klinik di daerah tersebut yang diketahui semua penduduk. “Jadi orang ramai yang mempunyai simptom-simptom H1N1 tidak perlu ke sana sini untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit berkaitan dengan wabak H1N1 ini,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. Tambah beliau, ketiadaan pusat khusus bagi orang ramai membuat pemeriksaan mahupun rawatan dipercayai mampu menyumbangkan kepada penularan wabak tersebut. ‘‘‘Seperti kita tahu klinik atau poliklinik menjadi tempat orang ramai mendapat pelbagai rawat...

Fathini semakin pulih

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR utusanN9@utusan.com.my Abd. Rahim Abd. Ghani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Nur Fathini Roslan sambil diperhatikan oleh Pengarah Mara negeri, Abdullah Muhammad Ikiri sekali) dan bapanya Roslan Mohd. Said (kanan sekali) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini. KUALA PILAH 26 Ogos - Keadaan Nur Fathini Roslan, 14, yang merana akibat penyakit radang usus kini bertambah baik setelah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Pelajar tingkatan dua, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Jempol itu yang sebelum ini kelihatan pucat, tidak bermaya dan sering sakit perut kini semakin ceria dan cergas selepas menerima dua daripada lapan suntikan yang diperlukan bagi melawan penyakit berkenaan. Fathini yang ditemui di rumahnya di Taman Perumahan PDRM, Jalan Melang di sini berkata, dia bersyukur kerana taraf kesihatannya bertambah baik sejak menerima suntikan itu. ''Kini serangan sakit perut pu...

Perlu RM30,000 tanggung rawatan anak jantung berlubang

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Melihat pada ibu muda ini, tiada siapa yang akan tahu bahawa dia sebenarnya sedang menanggung derita mengenangkan nasib masa depan anaknya. Haryati Ahmad Fauzi, 32, pilu apabila diminta menceritakan keadaan anaknya, Mohamad Ayub Mansur, 7, yang menghidap penyakit jantung sejak lahir. Anaknya semakin hari semakin lemah dan tidak aktif seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya memandangkan injap kiri jantungnya mengalami kebocoran tahun lalu. Tambahnya, oleh kerana sering kurang sihat, anaknya hanya ke sekolah dua hingga tiga hari seminggu. "Saya terlalu bimbang tentang tahap keselamatannya saban hari namun tiada apa yang boleh saya buat dan hanya berdoa agar dia sembuh segera. "Saya teringin menyambut Ramadan dan Syawal bersama-sama keluarga seperti keluarga lain namun setiap kali mengenangkannya saya berasa pilu," jelasnya di sini baru-baru ini. Ujar Haryati, anaknya memerlukan sebanyak RM30,000 untuk menjalani pembedahan jantung nam...

H1N1: Dialog menteri, doktor swasta esok

KUALA LUMPUR: Dialog antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes influenza A(H1N1) akan diadakan esok di kementerian berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke taklimat bagi memperjelas mengenai pengendalian kes penyakit serupa influenza (ILI) yang disyaki influenza A(H1N1). "Dialog berkenaan dijadual diadakan pada jam 3 petang di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya," katanya dalam kenyataan hari ini. - Berita Harian

A (H1N1): 24-year-old woman is the latest victim

By MAZWIN NIK ANIS PUTRAJAYA: A 24-year-old woman is the latest victim of the Influenza A (H1N1), bringing the total number of deaths in the country to 71, said Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican. Dr Ismail said the woman’s death was confirmed by the mortality review committee Wednesday even though the patient had died on Aug 19. As of Wednesday morning, 324 new patients were warded in hospitals for influenza-like illness (ILI). The victim, he said, was an obese woman who had suffered from fever, cough and headache on Aug 8 and was warded in a private hospital in Kuantan on Aug 10. “She was given viral pneumonitis treatment and was transferred to the Intensive Care Unit two days later when her condition worsened. The patient was given anti-viral treatment on the same day (Aug 12),” he said Wednesday. Dr Ismail said on Aug 17, laboratory test came back positive for A (H1N1) but the patient, whose condition became worse died on Aug 19 and the cause o...

H1N1: Angka korban meningkat kepada 71 orang

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Seorang wanita obese berusia 24 menjadi mangsa baru Influenza A (H1N1) yang kini sudah meragut 71 nyawa di seluruh negara. Wanita berkenaan meninggal dunia pada Rabu lalu kerana H1N1 dengan Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS). Ketua Pengarah Kesuihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata, pada masa sama 324 pesakit baru dengan gejala "influenza-like illness" (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan sejumlah 223 pesakit ILI lagi dibenar pulang. "Seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara dan daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 217 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, daripada 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU di mana 9 kes adalah kemasukan baru, sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari I...

Pregnant women, obese people need to take precautions

KUALA LUMPUR: Pregnant women and those who are obese are in the high-risk group to contract the influenza A (H1N1) virus. Health Ministry's statistics showed that many people in these two categories had been infected and some had even succumbed. "We do not know why but research done at the Centers for Disease Control and Prevention in the United States had shown that pregnant women were four times more likely to be hospitalised for H1N1, compared with the general population," Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said. He said studies were also being done on why obese people may be at a higher risk from the disease. "Our initial studies have shown that a majority of the obese who were hospitalised had other co-morbid conditions, thus putting them at a higher risk for the disease and complications." In view of these findings, Liow appealed to those in these two categories, and those with low immunity to be extra cautious and strictly adher...

H1N1 kept at bay at Penor prison

KUANTAN: Preventive measures taken by the Penor prison here have helped keep the 1,300 inmates free of influenza A (H1N1). Prison director Jamil Razif Kassim said since the outbreak of the disease a few months ago, no cases had been reported at the prison. He said inmates who had to attend court hearing would have to undergo H1N1 screening at the guard house each time they leave the prison compound and also before returning to their cells. "Inmates who show symptoms of flu will be immediately referred to the clinic in the prison compound before being taken to Tengku Ampuan Afzan hospital for further treatment. "So far, no H1N1 cases have been reported and we hope it remains that way." - NST

Jawatankuasa pantau H1N1 digerakkan

MELAKA 25 Ogos – Kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas diwakili 21 agensi kerajaan dan swasta bagi memerangi penularan jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) dengan lebih berkesan ke peringkat akar umbi. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kesihatan dan Pembangunan Keluarga negeri, Norpipah Abdol berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kempen Media dan Komunikasi Untuk Memerangi Penularan Jangkitan Influenza A (H1N1). Katanya, objektif penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk merancang, memantau dan menilai segala strategi, pendekatan dan mekanisme penyaluran maklumat H1N1 kepada penduduk di negeri ini. ‘‘Di samping itu, Jabatan Kesihatan negeri akan memberikan ceramah mengenai H1N1 kepada setiap agensi terlibat dalam jawatankuasa dan mereka pula akan sampaikan kepada golongan sasaran ditetapkan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Bilik Tun Mutahir di Seri Neg...

Virus may have infected 140,000, says Liow

By Annie Freeda Cruez PUTRAJAYA: More than 140,000 Malaysians could have been infected with influenza A (H1N1). Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said this was based on the number of confirmed cases reported by the ministry since May. "We have more than 7,000 confirmed cases. To determine the number of cases in the community, the number of confirmed cases is multiplied by 20," he told media editors and reporters in a two-hour dialogue on the influenza A (H1N1) situation in Malaysia. The meeting was also to get feedback from the media on the problems they encountered, the complaints received from the public and what was happening on the ground. He said there were thousands of Malaysians infected with the disease but the majority recovered while some in the vulnerable group suffered complications and needed to be hospitalised. Expressing sadness at the 69 deaths so far, he said 70 per cent of those who died had co-morbid conditions such as heart diseas...

H1N1: Kanak-kanak 3 tahun korban ke-70

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berusia tiga tahun menjadi korban ke-70 wabak Influenza A (H1N1) di negara ini. Kematian kanak-kanak itu didaftarkan hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 52 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Katanya, pada masa sama sejumlah 162 pesakit ILI telah dibenar keluar wad menjadikan baki seramai 1,345 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 82 hospital di seluruh negara. "Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 202 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, daripada 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU di mana lima kes adalah kemasukan baru dan terdapat dua kematian sementara 2 lagi kes dipindah ...

Bekalan antiviral untuk H1N1 mencukupi

KUALA LUMPUR: Bekalan ubat antiviral untuk rawatan Influenza A (H1N1) adalah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di semua hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta, kata Naib Presiden Pertubuhan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI), Leonard Ariff Abdul Shatar. Beliau berkata, bekalan ubatan antiviral itu termasuk antiviral Tamiflu yang sering digunakan untuk merawat influenza itu juga mencukupi. "Kami rasa tidak akan berlaku kekurangan, saya rasa bekalan pengeluar tempatan dan bekalan stok kerajaan adalah mencukupi untuk merawat pesakit di negara ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Terdapat tiga syarikat yang membekalkan antiviral Tamilflu bagi menampung keperluan pasaran tempatan iaitu Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd dan Ranbaxy (M) Sdn Bhd. Mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk menangani penularan wabak itu, Leonard Ariff berkata beliau amat berpuas hati kerana kerajaan sudah bersedia leb...

Bantu negara atasi pandemik selesema babi, pakailah penutup mulut

PANDEMIK Influenza A (H1N1) seperti tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam tempoh terdekat ini. Sejak tercetusnya penyebaran virus selesema babi ini, kerajaan telah pun mengambil pelbagai pendekatan. Semuanya dalam usaha membendung wabak ini daripada terus menjadi ancaman kepada rakyat. Terbaru kerajaan mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat jumlah kematian yang dikatakan begitu tinggi akibat penularan virus ini sehingga "mencetuskan panik di kalangan rakyat". Bagaimanapun, jika diperhatikan keadaan sebenar dalam masyarakat ketika ini, istilah "panik" itu mungkin kurang tepat. Berdasarkan situasi semasa serta 'penerimaan' ramai, tiada langsung tanda-tanda penularan wabak itu menimbulkan kebimbangan melampau kepada masyarakat. Malah lebih ramai yang bimbang dengan masalah kekurangan gula berbanding ketiadaan topeng mulut. Jika dilihat daripada keadaan ini, mungkin boleh dikatakan "kebimbangan atau panik" hanya berlegar d...

A(H1N1): Third day without fatality

KUALA LUMPUR : No influenza A(H1N1) fatalities were recorded for a third consecutive day, with 306 cases discharged from hospitals. The number of deaths due to the flu remained at 68 while 306 new cases of patients with influenza-like illness have been recorded. The number of people hospitalised at 102 hospitals nationwide including two private hospitals are 1, 476 of which 272 patients are confirmed A(H1N1) patients, said Health director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican in a statement Sunday. - The Star

H1N1: Tiada kematian untuk hari ketiga

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1) dalam tempoh tiga hari berturut-turut dan angka korban kekal pada 68 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata tiada kematian baru disahkan akibat pandemik itu sehingga laporan situasi semasa pandemik H1N1 dikeluarkan hari ini. Dr Mohd Ismail, berkata seramai 1,476 orang yang menghidap gejala penyakit seakan-akan influenza (ILI) ILI sedang menerima rawatan di 102 hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara. "Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 272 pesakit (18 peratus) yang disahkan positif H1N1. "Daripada 272 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes adalah kemasukan baru sementara tiga kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Berita Harian

Doctors confused by many ministry guidelines

By LESTER KONG PETALING JAYA: Some private medical practitioners are confused by the Health Ministry’s guidelines on how to treat patients with influenza-like illnesses (ILI). Federation of Private Medical Practitioners Associations Malaysia president Dr Steven Chow said the many guidelines that were issued were often conflicting. For example, Dr Chow said general physicians (GPs) had been asked at one point to send all cases to the nearest hospital for testing; and when the hospitals could not cope, they were asked to send only selected cases. Taking precautions: Several people including children wearing face masks at KL Sentral Saturday. He added when deaths were first reported, private doctors were blamed for late diagnosis and referrals to government hospitals. “When dengue was not controlled, they were blamed and then the A(H1N1) came. “This does not help the doctors on the ground. It is a nightmare for our GPs,” he said in an e-mail interview. He added that...

'Kena pakai topeng'

Oleh Azman Mahmood dan Syuhada Choo Abdullah bminggu@bharian.com.my DR MAHATHIR memakai topeng mulut dan hidung ketika melawat Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, semalam. Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1 KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1). Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu. Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu. Bagaimanapun, seramai 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit sudah dibenarkan keluar. Jumlah pesakit menurun kepada 1,476 daripada 1,556 kelmarin yang dirawat di...

H1N1: Pasukan khas ditubuh

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 22 Ogos – Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat semula jumlah kematian yang tinggi pesakit selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini sehingga mencetuskan suasana panik di kalangan masyarakat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kumpulan itu akan menjalankan analisis kenapa kematian itu berlaku dan faktor yang menyumbang kematian, sama ada berlaku kelemahan bagi pihak kerajaan atau sebaliknya. Menurut beliau, berdasarkan kes-kes kematian yang lalu, 80 peratus daripada mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit selain H1N1 iaitu penyakit jantung, kencing manis dan radang paru-paru. “Ini tidak bermakna prosedur menangani H1N1 kita selama ini silap, tidak mungkin kerana sebaik sahaja kementerian dengar ada H1N1, kita sudah membuka bilik operasi dan cuma kaedah ini mungkin berbeza dengan negara lain. “Saya yakin apa yang kita buat adalah lebih lagi daripada apa yang diminta oleh P...

H1N1 merebak ke burung pula

SANTIAGO 22 Ogos - Chile semalam menyatakan ujian menunjukkan selesema babi (H1N1) kini menjangkiti burung sekali gus membuka bab baru dalam epidemik global. Pakar mengenai wabak selesema dan kesihatan haiwan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rom dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) di Atlanta sedang memantau situasi tersebut. Bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa ayam belanda yang dijangkiti hanya mengalami selesema ringan, seterusnya mengurangkan kebimbangan mengenai perkembangan buruk mengenainya. Pemilik ladang ternakan ayam belanda Chile Sopraval SA berkata, daging ayam belanda negara ini masih selamat dimakan dan setakat ini belum ada tanda-tanda mutasi berbahaya kerana tidak ada seekor pun ternakannya mati akibat selesema babi. Kementerian Kesihatan Chile semalam telah mengarahkan dua ladang ayam belanda di luar bandar pelabuhan Valparasiso dikuarantin selepas ujian genetik mengesahkan ternakan yang sakit dijangkiti virus sama yang telah ...

Kerajaan bersedia hadapi ledakan wabak

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kerajaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan penularan pandemik selesema babi atau influenza A (H1N1) yang dijangka meledak sehingga empat kali ganda menjelang hujung tahun ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah-langkah agresif pencegahan dan rawatan secara konsisten telah dijalankan oleh kerajaan termasuk menambah stok antivirus dan tidak mengehadkan kemudahan rawatan H1N1 kepada pesakit hospital kerajaan yang terpilih sahaja. Menurut beliau, semua kemudahan perubatan di negara ini telah dioptimumkan oleh kerajaan termasuk semua hospital dan klinik sama ada kerajaan atau swasta sudah diarahkan supaya menerima dan merawat pesakit tanpa sebarang pengecualian. "Kerajaan juga telah mengarahkan semua hospital supaya jangan sewenang-wenangnya menolak pesakit yang mempunyai simptom H1N1 hanya kerana alasan tidak mempunyai katil yang mencukupi, sebaliknya perlu menghubungi hospital berhampiran sebagai alter...

Kemahiran petugas kesihatan perlu dipertingkat

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Latihan kemahiran dan pengetahuan pengurusan terkini mengenai pandemik selesema babi atau influenza A (H1N1) di kalangan petugas kesihatan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian wabak itu, perlu dipertingkatkan secara konsisten. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, tindakan itu amat perlu dilakukan oleh kerajaan sebagai persediaan menghadapi penularan H1N1 yang dijangka meledak sehingga empat kali ganda dalam masa beberapa bulan akan datang. “Petugas kesihatan yang berada di bahagian hadapan merawat pesakit terutamanya yang kronik dan berada di unit rawatan rapi, berisiko tinggi untuk dijangkiti sekiranya mereka tidak berwaspada dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. “H1N1 merupakan satu wabak baru yang belum diketahui secara tepat ubatnya termasuk kaedah rawatan yang bersesuaian, jadi pendedahan dan latihan secara konsisten kepada petugas kesihatan amat penting,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini har...

Usaha PPPM tingkatkan kesedaran bahaya H1N1

MOHD. Firdaus Abdullah (tengah) mengedarkan penutup hidung dan mulut percuma kepada orang ramai dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di Terminal Makmur, Kuantan, Pahang, semalam. - Mingguan / RUSHDI SALLLEH KUANTAN 22 Ogos - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) hari ini melancarkan kempen mengedarkan penutup hidung dan mulut percuma di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1). Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pelancaran kempen tersebut dibuat secara serentak di semua bandar utama di seluruh negara bermula pukul 11 pagi ini. "Ini merupakan inisiatif PPPM untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penularan wabak H1N1 yang menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan berlaku ledakan. "Kita nampak masih ada individu yang tidak peka dan mengambil mudah wabak terse...