Skip to main content

Posts

Showing posts from January 10, 2010

Denggi masih jadi ancaman

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Denggi masih menjadi antara ancaman utama di negara ini apabila sejumlah 64 kes baru termasuk dua kematian dicatatkan pada minggu pertama tahun ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, kes kematian pertama membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun dari Bandar Utama, Selangor. Katanya, pemeriksaan di kawasan kediaman mangsa menunjukkan kadar pembiakan nyamuk aedes di situ sangat tinggi iaitu kira-kira 75 peratus. "Kematian kedua melibatkan seorang suri rumah berusia 29 tahun di Cheras yang dikesan menghidap denggi berdarah dipercayai dijangkiti ketika melawat ibunya di Taman Pandan Perdana iaitu antara kawasan berisiko tinggi,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sementara itu jelas beliau, peningkatan 64 kes itu menjadikan keseluruhan 940 kes dicatatkan dalam tempoh 3 hingga 9 Januari berbanding 876 kes di antara 27 Disember dan 2 Januari lalu. Katanya, Selangor merupakan negeri paling tinggi m...

Pesakit kencing manis meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di negara ini mencatatkan peningkatan hampir 80 peratus kepada 1.4 juta penduduk dewasa berumur 30 tahun ke atas dalam tempoh 10 tahun dari 1996-2006. Dalam ruangan bulanan beliau dalam buletin berita Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), beliau berkata gaya hidup merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan jumlah pesakit diabetes di negara ini. Beliau berkata perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, pemakanan seimbang dan peningkatan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal penyakit ini. Dr Ismail berkata obesiti merupakan satu lagi trend di Malaysia, ekoran Kajian Kesihatan dan Morbiditi Negara pada 2006, menunjukkan jumlah mereka yang obes mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus bagai tempoh 10 tahun dari 1996. - Harian Metro

Madu tualang berpotensi ubati penyakit kanser - Pakar

KOTA BHARU 11 Jan. – Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Nik Soriani Yaacob. Katanya, kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser, di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak. "Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut,” katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti Antikanser Madu Lebah Tualang pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini hari ini. Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asl...

Perluas khidmat klinik

Oleh ARDYHANSAH AMAT kota@utusan.com.my Klinik 1 Malaysia yang dibuka di Kampung Kerinchi terus mendapat sambutan apabila semakin ramai penduduk sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di klinik itu, semalam. KUALA LUMPUR 10 Jan. - Penduduk Kampung Kerinchi berharap perkhidmatan Klinik 1Malaysia di tempat mereka diperluaskan kepada memberi rawatan penyakit kronik. Klinik yang bertempat di Kuarters Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai itu setakat ini hanya menyediakan pemeriksaan dan rawatan penyakit ringan. Mohd. Ramli Awang, 40, berkata, perkhidmatan merawat penyakit kronik perlu bagi memudahkan orang ramai yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan. "Tetapi bukanlah rawatan itu perlu disediakan dalam masa terdekat ini. "Mungkin pada masa akan datang apabila kemudahan seperti kakitangan pakar, kewangan serta kemudahan lain sudah mencukupi. "Ini bagi memudah dan meringankan beban golongan berpendap...

Suri rumah rayu bantuan JKM

SALHAH Anis (kanan) dan anaknya, Haiqal Alias menemani ibunya, Milah Nong yang menderita lumpuh seluruh badan di rumahnya di Kampung Salak, Kuching, Sarawak, semalam. KUCHING 10 Jan. - Seorang suri rumah dari Kampung Salak dekat sini merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya dapat menyalurkan bantuan bagi meringankan bebannya menanggung kos perubatan ibunya yang lumpuh. Salhah Anis, 39, berkata ibunya, Milah Nong, 65, mula menderita lumpuh seluruh badan sejak enam bulan lalu dan hanya boleh membuka matanya dan tidak boleh bercakap selepas menghidap penyakit berkenaan. Ibu kepada enam anak itu berkata, dia terpaksa membelanjakan kira-kira RM300 sebulan bagi membeli ubat, susu dan lampin pakai buang untuk ibunya yang kini diberi makan menggunakan saluran khas. Katanya, sumber kewangan bagi merawat ibunya hanya bergantung kepada ihsan suami dan tujuh adik-beradiknya yang juga tidak mempunyai pendapatan tetap. ''Malah, salah seorang daripada adik saya tu...

Pahang sasar turunkan denggi

Oleh YUSRI SAHAT utusanpahang@utusan.com.my   KUANTAN 9 Jan. – Jabatan Kesihatan Pahang yakin mencapai sasaran untuk menurunkan jumlah kes denggi di negeri ini sehingga 800 kes pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, keyakinan itu berdasarkan penurunan sehingga 891 kes denggi pada tahun lalu berbanding 1,237 kes pada tahun 2008. Menurutnya, penurunan tersebut adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak dan kesedaran penduduk terhadap bahaya denggi. ‘‘Sasaran ini penting memandangkan masyarakat semakin peka dalam membantu mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan tempat tinggal masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. Khai Mun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut berkata, penubuhan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dianggap mencapai matlamatnya dalam memastikan perebakan wabak denggi dapat ditangani dengan baik. Katanya, ia...

Rakyat puas hati khidmat klinik

GEORGETOWN: Lima Klinik 1Malaysia di negeri ini yang memulakan operasi sejak beberapa hari lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Lima Klinik 1Malaysia beroperasi di negeri ini masing-masing di Jelutong dan Sungai Ara di bahagian pulau; dan di Teluk Air Tawar, Butterworth; Batu Kawan dan Alma, Bukit Mertajam. Kedudukan klinik itu di kawasan padat penduduk, strategik dan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari menyebabkan premis itu mudah dikunjungi. Kebanyakan yang mendapatkan rawatan ialah mereka yang mengalami penyakit ringan dan menjalani pemeriksaan darah dan kadar gula. Tinjauan Berita Minggu mendapati Klinik 1Malaysia di Taman Desa Ria, Sungai Ara untuk daerah Barat Daya dan Jelutong untuk daerah Timur Laut, ditempatkan di kawasan padat penduduk. Kedua-dua klinik itu mempunyai kelengkapan mencukupi yang mampu memberi rawatan selesa dan pantas serta dengan kos hanya RM1 untuk warga negara. Ruang...

Sambutan pesakit luar dugaan

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Nor Fariza Ramlan bminggu@bharian.com.my KLINIK 1Malaysia di Bercham, Ipoh mula dikunjungi pesakit sebaik memulakan operasi jam 10 pagi. Klinik 1Malaysia pastikan ubat cukup kerana ramai dapatkan rawatan KUALA LUMPUR: Klinik 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu mendapat sambutan luar dugaan sehingga ada yang kekurangan ubat berikutan ramai pesakit mendapatkan khidmat. Tinjauan Berita Minggu di Klinik 1Malaysia Kerinchi, mendapati pesakit tidak putus-putus datang mendapatkan rawatan sejak ia dibuka jam 10 pagi. Penolong pegawai perubatannya, Iszuan Cabrini Muhamad, berkata sejak dibuka pada 28 Disember lalu, klinik itu menerima 126 pesakit dengan lebih separuh daripada mereka berkunjung pada Jumaat, sehari selepas ia dilancarkan. "Selepas pelancaran oleh Perdana Menteri lebih 70 pesakit mendapatkan rawatan semalam (kelmarin) sehingga kami kekurangan ubat hari ini (semalam)...

Situasi Semasa Pandemik H1N1 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi Minggu Epid 52/2009 (27 Disember 2009 - 02 Januari 2010)

Dalam tempoh seminggu yang lepas (27 Disember 2009 – 02 Januari 2010) seramai 253 pesakit baru dengan simptom Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, sementara 294 kes pula telah discaj keluar. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir minggu epid 52/2009 (2 Januari 2010) adalah sebanyak 234 kes di 42 buah hospital termasuk 3 hospital swasta. Daripada jumlah tersebut, hanya 13 pesakit atau 5.6% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Sehingga 2 Januari 2009, jumlah terkumpul kes positif influenza A(H1N1) adalah 12,307. Untuk makluman, terdapat 2 kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU). Seorang daripadanya merupakan kanak-kanak kanak-kanak yang berusia dibawah 5 tahun. Tiada kematian baru kes H1N1 dan jumlah terkumpul kekal 77 bagi tahun 2009. Penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih aktif khususnya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara.  Penularannnya terus m...