KUALA LUMPUR 2 April - Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat trend peningkatan kes Influenza A H1N1 di negara ini sejak tiga minggu lalu dengan purata 50 kes positif H1N1 dikesan setiap minggu. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan purata semasa kes positif H1N1 itu jauh lebih tinggi berbanding sekitar 20 kes positif seminggu yang dicatatkan sepanjang bulan Januari dan Februari lalu. "Catatan mingguan terkini pula (sehingga semalam) menunjukkan 210 kes gejala seakan Influenza (ILI) baru, menjadikan jumlah semasa pesakit dengan ILI yang mendapatkan rawatan di hospital berjumlah 380 orang. "Daripada jumlah tersebut, 32 pesakit (8.4 peratus) disahkan positif H1N1 melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Walaupun keadaan dilaporkan masih terkawal, beliau mengingatkan orang ramai supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bersesuaian untuk mencegah penularan H1N1. Dalam pada itu, Tiong Lai menjela...
Feeding 1MALAYSIA with updates on H1N1. Compiling news, reports & guidelines for 1MALAYSIA to understand and practice healthy living.