Skip to main content

H1N1 tidak sekat amalan ziarah raya - Orang ramai perlu berjaga-jaga elak jangkitan

KUALA LUMPUR: Amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri kali ini perlu diteruskan dan wabak Influenza A (H1N1) tidak harus dijadikan penghalang dengan syarat langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelak jangkitan.

Golongan budayawan menyifatkan H1N1 tidak harus menjejaskan orang ramai menikmati kemeriahan Aidilfitri serta meraikan ahli keluarga dan kenalan sempena sambutan hari kebesaran umat Islam itu.

Budayawan yang juga pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, berkata sekiranya amalan itu dihentikan, ia akan menimbulkan suasana pelik dan penuh kekok.

"Sejak awal penyakit H1N1 tersebar, kita lihat orang masih ke masjid, bazar Ramadan dan pusat beli belah. Itu membuktikan mereka bersedia untuk menyambut Aidilfitri jadi kenapa perlu berhenti di kemuncaknya," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, individu yang tidak sihat atau menghidap H1N1 sebaliknya perlu mengelak daripada berkumpul di tempat tumpuan ramai manakala individu lain boleh mengambil langkah pencegahan dengan memakai topeng mulut dan hidung.

Seorang lagi budayawan, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, menyifatkan amalan kunjung mengunjung itu satu identiti budaya Melayu dan umat Islam bagi mengeratkan hubungan serta tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa.

"Kalau takut penyakit berjangkit, kita kena ikhtiar sebab berusaha itu wajib hukumnya dalam mencegah penyakit. Kita ada pilihan memakai topeng, itu juga satu usaha... jangan sampai hilang kemeriahan Aidilfitri semata-mata disebabkan satu penyakit.

"Menteri, wakil rakyat, pemimpin patut kena buat rumah terbuka, inilah masanya nak jumpa rakyat yang menyokong mereka. Rakyat nak datang, nak berkumpul... takkan nak tutup pintu rumah. Jadi teruskan (rumah terbuka) seperti biasa," katanya.

Media sebelum ini melaporkan wabak H1N1 menyebabkan sesetengah pembesar dan pemimpin membatalkan majlis rumah terbuka Aidilfitri kali ini dengan alasan bagi mengelakkan penyakit itu berjangkit.

Sementara itu, satu lagi kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan, menjadikan angka korban penyakit itu di negara ini meningkat kepada 77. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...