Skip to main content

43 korban demam denggi

KUALA LUMPUR: Tiga kematian akibat demam denggi dilapor pada minggu lalu, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 43 orang berbanding 37 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Kematian Din yang mengejut juga dikaitkan dengan denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata dua kes kematian itu berlaku di Selangor, manakala satu kes di Sarawak. Beliau berkata, secara keseluruhan, kes demam denggi dilaporkan menurun 11 peratus kepada 797 kes berbanding 898 kes minggu sebelumnya, menjadikan jumlah terkumpul kes yang dilaporkan tahun ini adalah 12,157, berbanding 14,108 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Walaupun terdapat penurunan kes, jumlah kematian dilapor tahun ini meningkat 16 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, ketiga-tiga kes kematian pada minggu lalu disebabkan komplikasi demam denggi berdarah dan terjadi di kawasan yang berisiko untuk jangkitan denggi kerana mempunyai kadar pembiakan aedes yang tinggi iaitu di antara 3.4 peratus dan 3.8 peratus.

Dr Mohd Ismail berkata, pembiakan aedes yang tinggi di kawasan panas masih dilaporkan di negeri seperti Selangor, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Namun hanya 13 dari 60 kawasan panas itu yang mengadakan gotong-royong dan kegagalan masyarakat setempat menghapuskan tempat pembiakan aedes secara berkala menyumbang kepada penularan kes demam denggi di kawasan berkenaan.

Bagi kes Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata, sebanyak 14 kes dilapor pada minggu lepas, berbanding 39 kes pada minggu sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes itu tahun ini sebanyak 500 berbanding 1,116 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...