Skip to main content

Masjid sedia rawatan hemodialisis

PETALING JAYA 30 Ogos – Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz kini menyediakan pusat rawatan hemodialisis bagi memudahkan pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan.

Yang Dipertua Persatuan Dialisis Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Othman Jaffar berkata, pusat itu beroperasi sejak 1 Mei lalu.

“Pusat ini menyediakan kemudahan rawatan pesakit buah pinggang dalam kalangan umat Islam dengan lebih selesa termasuk mudah untuk bersolat kerana rawatan ini mengambil masa yang lama.

“Harapan saya semoga pihak-pihak berkenaan seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Baitulmal dapat menubuhkan banyak lagi pusat ini di masjid lain,” katanya pada Hari Terbuka Pusat Hemodialisis berkenaan di sini semalam.

Othman berkata, hari terbuka itu diadakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat pusat hemodialisis yang ditubuhkan hasil sumbangan orang ramai itu.

Sementara itu, Pengurus Pusat Hemodialisis, Nurazlina Zainal berkata, keistimewaan pusat itu adalah ia tidak berorientasikan keuntungan.

“Pusat ini menyediakan perkhidmatan dengan caj berpatutan serta proses rawatan akan dilakukan sepenuhnya oleh tiga jururawat terlatih dan seorang penyelia.

“Pusat ini mempunyai lima mesin mencuci darah yang mampu merawat 20 pesakit pada satu-satu masa dan jika jumlah pesakit bertambah, maka tiga lagi mesin akan ditambah,” katanya.

Nurazlina berkata, pusat itu beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 7 malam dari hari Isnin hingga Sabtu.

Sementara itu, seorang pesakit yang menjalani rawatan di situ, Mohd. Nor Alam Saad, 58, bersyukur kerana pusat tersebut berada dekat dengan rumahnya.

“Sejak pusat ini dibuka, saya menjalankan rawatan hemodialisis di sini. Konsep pusat hemodialisis di masjid adalah satu usaha yang baik untuk umat Islam,” katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...