Skip to main content

Posts

H1N1: Jangan leka walau kes berkurangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa penularan wabak influenza A (H1N1) masih aktif dalam komuniti walaupun ia menunjukkan pengurangan kebelakangan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata keadaan ini turut berlaku di peringkat global. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sehingga kini terdapat lebih 300,000 kes yang disahkan positif di 191 negara dengan 3,917 kematian didaftarkan. Di Malaysia, jumlah kematian masih kekal 77 orang dengan tiada kematian baru. Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang digariskan kementerian di samping mengamalkan gaya hidup sihat, rehat dan tidur yang cukup, minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat. "Individu yang berisiko tinggi mesti mendapatkan rawatan dengan segera apabila mengalami sebarang simptom influenza-like illness (ILI)," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa wabak itu ...

D-G: 11 days since last A(H1N1) death

PUTRAJAYA: It has been 11 days since the last death due to In­fluenza A(H1N1) virus was recorded. Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the number of deaths had remained at 77 since Sept 19. He added that in the past 24 hours, 110 new patients with symptoms of influenza-like illness were warded. The total number of people being treated in hospitals nationwide now stands at 843, he said, adding that of the figure, only 70 patients, or 8%, were infected with the virus. “We have 17 Influenza A(H1N1) patients in the intensive care unit and children under five years are among those being warded there,” he said in a statement yesterday. Dr Ismail said the spread of the disease in the community re­mained active despite a decline in the number of cases, adding that the situation was the same worldwide as reported by the World Health Organisation. “The public should not let their guard down. With people still in the festive mood and open houses and gatherings being hosted...

H1N1 tidak sekat amalan ziarah raya - Orang ramai perlu berjaga-jaga elak jangkitan

KUALA LUMPUR: Amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri kali ini perlu diteruskan dan wabak Influenza A (H1N1) tidak harus dijadikan penghalang dengan syarat langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelak jangkitan. Golongan budayawan menyifatkan H1N1 tidak harus menjejaskan orang ramai menikmati kemeriahan Aidilfitri serta meraikan ahli keluarga dan kenalan sempena sambutan hari kebesaran umat Islam itu. Budayawan yang juga pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, berkata sekiranya amalan itu dihentikan, ia akan menimbulkan suasana pelik dan penuh kekok. "Sejak awal penyakit H1N1 tersebar, kita lihat orang masih ke masjid, bazar Ramadan dan pusat beli belah. Itu membuktikan mereka bersedia untuk menyambut Aidilfitri jadi kenapa perlu berhenti di kemuncaknya," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, individu yang tidak sihat atau menghidap H1N1 sebaliknya perlu mengelak daripad...

Pelajar perempuan mangsa baru H1N1

KUALA LUMPUR 19 Sept. — Seorang pelajar perempuan berusia15 tahun merupakan mangsa terbaru jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sehingga hari ini. Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, meninggal dunia pada 11 September tetapi hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. “Pelajar berkenaan yang juga dilaporkan menghidapi penyakit asma telah mendapatkan rawatan di hospital pada 7 September lepas akibat demam, batuk dan selesema selama sehari dan dirawat sebagai kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) dan diberikan rawatan pesakit luar”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Namun setelah didapati simptomnya tidak pulih, beliau berkata, pesakit berkenaan dibawa semula ke hospital empat hari kemudian iaitu pada 11 September dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)dan diberikan rawatan antiviral....

Influenza A(H1N1): Malaysia asked to take 10 measures

KUALA LUMPUR: The World Health Organisation has asked Malaysia to implement 10 measures to improve its prevention and containment of the spread of Influenza A (H1N1). Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the measures were presented to Prime Minister Datuk Seri Najib Ra-zak and ministers on Wednesday. "Actually, we have already succeeded in implementing nine of the measures very effectively. But the one that needs to be handled is the risk communication plan which, unfortunately, is not to our satisfaction," he said. The recommended measures include improving influenza-like illness surveillance, optimising the use of intensive care unit facilities and isolation wards and sharing knowledge of deaths and sur-veillance with relevant parties. Although the ministry had put in place all the 10 courses of action, Liow said, they still needed to work hard on the dissemination of information to staff and the public. "We are in the midst of doing the media cam...

Bersama Hentikan H1N!: Angka korban kekal 76 orang

KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat wabak Influenza A (H1N1) dilaporkan semalam menjadikan angka korban penyakit itu kekal 76 kes di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican. Beliau berkata, sejumlah 821 pesakit dengan gejala penyakit seperti influeza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan dengan 77 adalah pesakit baru. “Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit atau 17 peratus disahkan positif H1N1,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Dr Ismail menasihatkan orang ramai terus mengamalkan langkah kebersihan diri dengan mencuci tangan sekerap mungkin dan mengamalkan etika ketika batuk dan bersin serta segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan H1N1.- Berita Harian

H1N1: 77 pesakit baru dimasukkan ke hospital

KUALA LUMPUR: Sejumlah 77 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa selesema (ILI) sudah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, hari ini. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dicatatkan. Katanya, sejumlah 137 kes telah dibenarkan keluar hospital dan sekaligus menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 90 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 821 orang. "Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit iaitu 17 peratus telah disahkan positif H1N1," katanya. Beliau berkata, bilangan kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) buat masa ini kekal sebanyak 30 kes melibatkan tiga kemasukan baru dan tiga lagi kes telah keluar dari ICU. "Daripada 30 kes berkenaan, 26 kes iaitu 87 peratus mempunyai faktor risiko iaitu lapan kes penyakit kronik, enam kes masing-masing obesiti dan kanak-kanak...