Skip to main content

Hospital Swasta Perlu Maklumkan Kos Sebelum Pesakit Terima Rawatan - KP Kesihatan

Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini kerana perkara itu telah dipersetujui oleh pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya pada Jumaat lepas.

Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta, katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus.

"Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata pihaknya juga akan memantau hospital dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan faedah perubatan yang disediakan melalui insurans.

Ia termasuk menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan yang tidak diperlukan pesakit, kata beliau.

"Kementerian akan memperkukuh fungsi untuk mengawal selia serta mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj di antara pesakit yang membayar sendiri dan pesakit yang memiliki polisi insurans, dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital sahaja tidak termasuk caj profesional," katanya.

Mesyuarat tersebut yang bertujuan mencari jalan mengekang kos perubatan melampau pada kalangan hospital swasta disertai Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) serta syarikat insurans.

Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah MCO bersatu di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi bagi memastikan badan tersebut memainkan peranan yang sepatutnya selain tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...