Skip to main content

Klinik Bot Bergerak Hibrid Tahun Depan - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang dihubungkan melalui sungai di Malaysia Timur.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat.

"Saya yakin bahawa dalam usaha kami mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi dan dalam semangat inklusif, kami tidak akan melupakan mereka yang serba kekurangan.

"Kami akan masuk ke hutan rimba dan menyusuri sungai-sungai terpanjang dan mendaki gunung tertinggi untuk memastikan semuanya bergerak seiring sebagai sebuah negara. Adalah menjadi impian saya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira di mana mereka tinggal," katanya dalam posting terbaru beliau Selasa dalam blog 1Malaysia.

Najib berkata beliau juga amat berminat dan amat menghargai sekiranya para pembaca blog beliau itu dapat berkongsi pendapat dan cadangan mereka terhadap inisiatif itu.

Perdana Menteri berkata pada Januari lepas, beliau telah memperkenalkan Klinik 1Malaysia di kawasan-kawasan bandar untuk menyediakan rawatan dan penjagaan kesihatan asas secara cepat dan murah untuk golongan berpendapatan rendah.

"Saya percaya Klinik 1Malaysia berjaya adalah kerana kami berupaya memberikan khidmat kepada rakyat dan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar. Lagipun, individu yang sihat mampu menyumbang lebih banyak kepada keluarga mereka, ekonomi dan pertumbuhan negara kita," katanya.

Sebagai susulan kepada klinik 1Malaysia, Najib juga melancarkan Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia pada awal bulan ini, yang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma ke kampung-kampung di kawasan pedalaman.

"Bas-bas ini akan membawa doktor, jururawat dan staf sokongan untuk merawat mereka yang sakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti di tempat-tempat yang tidak ada klinik dan hospital," katanya.

Beliau berkata inisiatif itu menepati dua intipati dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Najib berkata Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia akan bermula dengan empat buah bas untuk pergi ke kawasan-kawasan yang memerlukan yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Bas itu akan mengunjungi sehingga 40 buah kampung dalam sebulan untuk memberikan rawatan kesihatan yang diperlukan termasuk pemeriksaan dan ubat-ubatan, kata Najib.

Kebanyakan kes akan dikendalikan oleh staf pada masa itu juga manakala kes yang lebih serius akan dirujuk ke hospital atau pusat perubatan di bandar terdekat, katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E