Skip to main content

Posts

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and the...
Recent posts

UNDERSTANDING DEPRESSION

Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of depression every year, making it one of the most common mental disorders in the country. Depression is more than just feeling sad. Everyone feels upset or unmotivated from time to time, but depression is more serious. It is a mood disorder characterized by prolonged feelings of sadness and loss of interest in daily activities.

Klinik Bot Bergerak Hibrid Tahun Depan - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang dihubungkan melalui sungai di Malaysia Timur. Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat. "Saya yakin bahawa dalam usaha kami mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi dan dalam semangat inklusif, kami tidak akan melupakan mereka yang serba kekurangan. "Kami akan masuk ke hutan rimba dan menyusuri sungai-sungai terpanjang dan mendaki gunung tertinggi untuk memastikan semuanya bergerak seiring sebagai sebuah negara. Adalah menjadi impian saya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira di mana mereka tinggal," katanya dalam posting terbaru beliau Selasa dalam blog 1Malaysia. Najib berkata beliau juga amat berminat dan amat menghargai ...

Hospital Swasta Perlu Maklumkan Kos Sebelum Pesakit Terima Rawatan - KP Kesihatan

Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini kerana perkara itu telah dipersetujui oleh pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya pada Jumaat lepas. Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta, katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa. Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus. "Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," kat...

Masjid sedia rawatan hemodialisis

PETALING JAYA 30 Ogos – Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz kini menyediakan pusat rawatan hemodialisis bagi memudahkan pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan. Yang Dipertua Persatuan Dialisis Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Othman Jaffar berkata, pusat itu beroperasi sejak 1 Mei lalu. “Pusat ini menyediakan kemudahan rawatan pesakit buah pinggang dalam kalangan umat Islam dengan lebih selesa termasuk mudah untuk bersolat kerana rawatan ini mengambil masa yang lama. “Harapan saya semoga pihak-pihak berkenaan seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Baitulmal dapat menubuhkan banyak lagi pusat ini di masjid lain,” katanya pada Hari Terbuka Pusat Hemodialisis berkenaan di sini semalam. Othman berkata, hari terbuka itu diadakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat pusat hemodialisis yang ditubuhkan hasil sumbangan orang ramai itu. Sementara itu, Pengurus Pusat Hemodialisis, Nurazlina Zainal berkata, keistimewaan pusat itu adalah ia tidak berorientasikan keuntungan. “Pu...

Pesakit Hidap Ketumbuhan Kronik Rayu Bantuan Orang Ramai

GURUN 18 Ogos - Seorang wanita yang kini terpaksa menoreh getah bagi menyara keluarga selepas suaminya mengalami ketumbuhan di pipi kanan kira-kira dua bulan lepas, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya. Mariam Len, 53, perlu menyara lapan anak berusia 21 hingga lapan tahun di samping menguruskan suaminya Ismail Hasim, 57, yang kini terlantar dan tidak boleh bercakap. "Setelah suami saya ada ketumbuhan dia tidak boleh buat kerja. Saya ambil keputusan bekerja sebagai penoreh di ladang berhampiran rumah dengan pendapatan sekitar RM300," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Guar Stesen, Guar Chempedak dekat sini. Katanya dengan pendapatan tidak menentu, dia bimbang jika tidak dapat membiayai kos persekolahan anak-anaknya jika penyakit suaminya tidak menunjukkan perubahan. Ismail disahkan menghidap ketumbuhan itu awal Jun lalu oleh Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor mengesahkan Ismail tidak boleh ...

Kolam Latihan Air Kem PLKN Desa Rimba Bebas Leptospirosis

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Rabu mengesahkan kolam latihan air di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Desa Rimba, Kuala Kangsar bebas daripada pencemaran leptospirosis. Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan ujian sampel air kolam itu, yang diambil pada 26 Julai lepas oleh Makmal Kesihatan Awam Ipoh, mengesahkan ia bebas daripada pencemaran. "Saya ingin memaklumkan bahawa latihan air tidak dilakukan sepanjang bulan Ramadan sehingga Program PLKN kumpulan 3 siri 7/2010 tamat pada 2 Sept akan datang. "Peraturan yang diguna pakai oleh mana-mana kolam latihan air yang dicemari leptospirosis tidak akan digunakan sehinggalah pejabat kesihatan daerah mengesahkan bahawa kolam itu selamat digunakan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kolam di Kem PLKN Nilam Ehsan di Bidor, Kem PLKN Taman Kepimpinan Gemilang di Gopeng dan ...