Skip to main content

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my


Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli.

Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan

KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain.

Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu.

“Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan.

“Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menanggung pelbagai kos,” katanya yang mempunyai 14 orang anak itu.

Sementara itu, isterinya, Mislizam Dzulkifli, 45, berkata sumbangan orang ramai sangat diperlukan, terutama apabila memikirkan nasib anaknya itu yang bakal memasuki alam persekolahan pada tahun depan.

“Anak saya bakal memasuki alam persekolahan dan jika keadaan penglihatannya tidak pulih sepenuhnya, pasti sukar untuk dia belajar,” katanya.

Katanya, tambah memeritkan, beliau sekeluarga turut berdepan kesukaran untuk membawa Yang Antah ke hospital selepas kereta mereka terpaksa dijual untuk menanggung kos rawatan anaknya itu.

“Memang pergerakan kami sekeluarga menjadi semakin terbatas kerana sebelum ini kenderaan itulah yang digunakan untuk ke mana-mana. Bukan setakat memudahkan suami saya bekerja, malah ia digunakan pada waktu kecemasan.

“Bagaimanapun, kami tetap memanjatkan rasa kesyukuran kerana meskipun terpaksa melalui semua ini, Yang Antah akhirnya semakin sihat dan ia menjadi kegembiraan kami sekeluarga menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Mislizam berkata, mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mislizam Dzulkifli di talian 017-6916011 atau memasukkannya ke akaun Maybank beliau bernombor 1647 6204 4583.

“Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pihak yang membantu dalam membolehkan Yang Antah berjaya melihat semula termasuk doktor pakar mata di HUKM, Dr Aida dan Dr Then selain Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).” katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...