Skip to main content

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip.


Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF

APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada.

Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga.

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsan, (DEMC) Shah Alam, Dr Zamri Abdul Rahim menjelaskan ada beberapa sebab mengapa seorang wanita mengambil keputusan mengikat peranakan atau pembuluh yang membawa telur ke dalam rahim ini.

Pertama, jumlah ahli keluarga sudah lengkap atau kedua dinasihatkan untuk berbuat demikian selepas tiga kali melalui kelahiran secara pembedahan atau caesarean atas dasar kesihatan atau ketiga, kerana berkahwin semula.

“Sayangnya kebanyakan kes wanita yang dinasihatkan mengikat peranakan selepas melahirkan secara caeserean masih muda dan berpotensi untuk hamil lagi,” katanya yang menjelaskan ada negara di dunia yang tidak membenarkan prosedur BTL sehingga menyebabkan risiko komplikasi kepada si ibu.

 
KEADAAN ketika mengikat peranakan (kiri) dan bagaimana proses mengikat itu dilakukan.
 
Di Malaysia sebaliknya, kesihatan ibu lebih mustahak berbanding bilangan anak kerana mengikut amalan perubatan di negara ini, kemampuan untuk hamil, adalah satu kebolehan seseorang wanita itu.

Ada beberapa cara mengikat peranakan yang biasa dilakukan di negara ini termasuk teknik terbuka selepas selesai kelahiran caesarean. Ia dilakukan dengan mengikat, memotong dan melecuhkan saluran itu. Jika melalui teknik laporoskopi pula, biasanya klip atau lingkaran cincin digunakan, kadangkala ia turut dilecuhkan.

“Apabila wanita mahu hamil kembali secara normal, peranakan yang diikat tadi boleh dibuka semula menerusi teknik RTL. Soalnya adakah anda calon sesuai untuk prosedur membuka tiub peranakan kerana tidak semua wanita yang pernah mengikat peranakan boleh melakukannya,” katanya.

Sepanjang tempoh pemeriksaan, pakar kesuburan akan memeriksa tahap kesihatan semasa salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi. Pakar juga akan menyemak rekod pembedahan dan patologi di mana prosedur mengikat peranakan dilakukan. Mereka juga akan mengambil kira beberapa faktor berikut seperti bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia anda.

Isu lain yang sama penting adalah kualiti sperma pasangan, keadaan dan status pelvik bebas dari komplikasi seperti endometriosis atau sebarang parut tisu sekitar tiub atau ovari; kuantiti telur dan kualitinya. Jika komplikasi ini wujud, peluang untuk reversal berjaya sangat tipis. Bagaimanapun, komplikasi ini tidak menjejaskan kehamilan menerusi IVF secara umumnya. Justeru IVF dilihat sebagai pilihan terbaik sekiranya pesakit mempunyai masalah endometriosis atau parut tisu di pelvik.

Walaupun, RTL diamalkan dan boleh menyumbang kepada kehamilan secara normal, perlu diambil perhatian prosedur ini tidak dipraktikkan sekerap IVF di Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah.

“Ini kerana RTL menggunakan kaedah mikro surgeri yang agak rumit, mungkin dari segi kos ia lebih murah dan kedengaran lebih mudah dari segi tekniknya berbanding IVF tetapi rasa bimbang sekiranya ia gagal perlu ada.”

Pakar kesuburan di sini mungkin lebih cenderung kepada IVF memandangkan reversal memerlukan teknik khas termasuk mikroskop dan kelengkapannya yang malangnya tidak banyak hospital di Malaysia sanggup melabur kos yang tinggi untuk menyediakan peralatannya,” jelasnya lagi yang merujuk kepada kadar kejayaan yang rendah dan komplikasi reversal yang tinggi termasuk kes hamil luar rahim (ectopic).

“Cara terbaik adalah bertanya pakar mengenai pesakit lain yang berjaya menjalani prosedur reversal mahupun IVF dan bercakap sendiri dengan mereka. Sekiranya ada cara yang lebih selamat, adalah wajar untuk dipertimbangkan kerana akhirnya pasangan hanya mahukan zuriat yang sihat,” jelasnya yang bangga dengan peratusan kejayaan kehamilan menerusi IVF di DEMC yang kini mencecah 25 peratus. 

FAKTA:

Alasan ikat peranakan
  • Tidak mahukan zuriat
  • Mengawal jumlah anggota keluarga
  • Tidak boleh hamil atas sebab kesihatan
  • Aktiviti seks yang aktif dan subur tanpa perlu bergantung pada perancang keluarga seperti pil
  • Atas sebab perubatan/kesihatan

Prosedur ikat
  • Tiub fallopia dipotong dan diikat
  • Disekat dengan gelung silikon
  • Penggunaan klip

Pemeriksaan bagi hamil semula
  • Pakar kesuburan memeriksa tahap kesihatan salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi.
  • Meneliti rekod pembedahan dan patologi prosedur mengikat peranakan dilakukan.
  • Faktor lain diambil kira termasuk bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia wanita berkenaan.
  • Ujian sperma pasangan turut dilakukan.

Comments

  1. setelah mengikat tiub fallopian, adakah masih boleh hamil apabila melakukan hubungan seks( tiub masih diikat)

    ReplyDelete
  2. Saya inginkan jawapan utk soalan Hasliza di atas.

    ReplyDelete
  3. saya mengalami kelahiran secara pembedahan selama 2 kali pd thn 2009 dan 2010..doktor nasihatkan sy supaya jarak kn kehamilan dlm tempoh waktu yg lame..sekiranya sy hamil,selepas bersalin peranakan sy akn diikat..blh atau tidak klu sekiranya sy jarak kan kehamilan dlm tempoh 10 thn,peluang sy utk bersalin normal dan tidak perlu mengikat peranakkan itu blh berlaku?

    ReplyDelete
  4. doktor, adakah BTL 100% elakkan kehamilan. Pernahkah BTL terbuka semula dan boleh menyebabkan kehamilan?

    ReplyDelete
  5. dr saya berumur 41 baru 10 melahikan x ada sakit apa2 ,baru pertama kali kelahiran secara pembedahan ,tapi dr dah buat silap tanya masa nak tolak kat wad bedah,masa sakit siapa pun x dpt buat keputusan ,semasa sakit 5 hari kad wad seor dr x tanya pun ,saya ada dengar suami kata kalau dapat x yah ikat ketika nak masuk bilik bedah ,dr sampai skrg jiwa saya terganggu,saya mau hamil lagi,ktanya ikatan tersebut gunting ,apa kah ikatan tersebut boleh di sambung dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh smbung smula dgn REVERSAL TUBAL LIGATION..

      Delete
  6. Dr saya berumur 36thn, mempunyai 5org cahaya mata.. 6kali mngandung.. anak ke4 &ke5 lahir secara pembedahan dan selepas itu saya terus ikat.. kini anak ke5 berumur 2thn dan saya telah mendirikan rumahtangga yg baru... bolehkan saya hamil semula?

    ReplyDelete
  7. dr sya pernh mengalami hamil luar rahim n bila wktu pmbedahn dr yg uruskn sya tuh x tnya pun nak ikat ka tidak soalannya adakah tiub yg di ikat boleh di buka semula

    ReplyDelete
  8. Dr. sy 33thn skrg.. anak sy 3org semuenye czer dan dah ikat...yg sulong 10thn..ke-2 8thn..ke-3 5thn...sy inginkan anak lg...sy nk buke ikatan blk...so sy perlu jumpe doc yg smbut anak yg ke3 tu ke atau g jumpe mane2 doc je?sy last besalin 2008...skrg ni mmg teringin sangat2 nk anak lg...dan berape kos utk buke blk..? tlg sgt2 jwb.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. JUMPA MNA2 DOK D MNA2 KLINIK BERDEKATAN. MINTA REFER KE PAKAR GYNAE BERDEKATAN. YATI AKAN DIBERI KAUNSELING TENTANG RTL(REVERSAL TUBAL LIGATION). KOS BERGANTUNG PADA PIHAK HOSP DAN KESIHATAN PESAKIT. SAYA SENDIRI BUAT DI HOSP HTAA(KUANTAN). HANYA RM98.00 TERMASUK DOK WAD 4 HARI.

      Delete
    2. betul ke hanya RM98.00 sahaja? atau RM9,800?

      Delete
  9. Bolehkah mengandung lagi kalo dh buat BTL..?
    berapakah kos utk membuka semula tibu fallopia..?
    berapakah peratusan brjaya kaedah ivf ??
    sya nk brkahwin lagi..tpi dh ikat peranakan smasa prkhwinan trdahulu..umor now 42...sila respon..tq

    ReplyDelete
  10. Alaaa.... mane jawapannyeee...

    ReplyDelete
  11. Salam puan2.. kebanyakan drp soalan yg puan2 ajukan ada jawapannya di dalam artikel di atas.

    ReplyDelete
  12. Salam, saya telah menjalani 3 kali pembedahan ketika bersalin. ke tiga tiga disebabkan oleh komplikasi. yang pertama ; tiada respon keada ubat yang disumbat kedalam peranakan, kedua: Oblique Lye ( kalau salah eja minta maaf), yang ketiga Plasenta prefia type 3 no bleeding.Pada kelahiran yang ketiga dr telah menasihatkan saya agar mengikat peranakan. Tetapi saya tidak mahu kerana pada masa saya saya masih muda. selepas 5 tahun saya disahkan mengandung untuk kali ke-4. Yang menjadi pertanyaan saya, pastinya pihak dr akan menasihatkan agar pada kali ini peranakan saya diikat. yang mana saya tidak setuju. saya nak tahu adakah saya mempunyai hak untuk tidak membenarkan peranakan saya diikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN..JIKA PASTI NAK IKAT N TAKA AKAN MENYESAL..IKATLAH..SEBAB UNTUK KESIHATAN DIRI..TAPI KALAU RAGU2..MASIH ADA KAEDAH MERANCANG YANG LAIN..KEBANYAKKAN WANITA MENYESAL KERANA BTL..DAN RAMAI YANG TERTEKAN DISEBABKAN BTL BILA BERKAHWIN SEMULA.

      Delete
    2. Sblom buat pembdahan kli ke3..doc ad srh sya ikat..biasa la hospital taiping..saya xnk..tp ad sorg doc tu pksa untuk buat btl..saya ckp xnk..tp dia mandai2 tlis untuk btl jgk..siap mrah2 sya lgi..n pgl suami dtg utk tnda tangan..jd sekrg sya dh ikt..sya nk sgt ank dlm msa akn dtg..skrg ank yg ke 3 dh berumur 1thun lbih..n umur saya bru 26thun..

      Delete
  13. peranakkan saya telah di potong..bagaimanakah caranya untuk mengandung semul

    ReplyDelete
  14. pergi terus ke klinik gov untuk refer ke doktor pakar 0&g berdekatan. Pilihan samada nak buat cara ivf atau surgery(reverse tube).

    ReplyDelete
  15. adakah kos perubatannya tinggi

    ReplyDelete
  16. Sy bru melalui kelahiran secara pembedahan utk kali ke 3..tp bilangan ank msuk ke 4 sbb ank sulung dpt melahirkan secara normal...sy juga dh dikiat peranakan krn melakukan pembedahan sebanyak 3 kali..sy cume nk tau sakit yg sy alami skarang ni amat berbeza dgn yg dulu..ade rse sakit bile nk membuang air kecil tp sakit yg dirase adalah dr dlm perut dn membuatkan sy tk mampu utk menahan air kencing..adakah rse ini hanya sementara atau mgkn akn perpanjangan?

    ReplyDelete
  17. saya berumur 41 thn dan telah melahirkan anak ke 5 melalui pembedahan dan telah mengikat salur peranakan. selepas 2 bulan pembedahan saya sering mengalami pendarahan yang kerap dan sakit di bahagian peranakan. adakah ini nomal?

    ReplyDelete
  18. Nme sye azie.. sye dh 3 kali pembedahan untuk bersalin..sye nk tnye kalau kita melakukn hubungan intim dan suami melepaskn air mani ye di dlm ada kemungkinan untuk mengandung lagi x

    ReplyDelete
  19. saya bru 10 hri melalui pembedahan btl,anak yg ke 8 ..umur pun dah nak msuk 4o thn.sewaktu melakukan pembedahan tersebut ada masaalah kta doctor yg merawat saya.usus saya diatas peranakan,oleh kerana terlindung untuk mendapatkan peranakan.usus terpaksa diketepikan.masaalahnya selama seminggu saya ditahan kerana perut saya merasa sakit selepas pembedahan.saya mhu thu apa kah risiko jika usus terusik waktu pembedahan tersebut?

    ReplyDelete
  20. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete
  21. salam dr...saya baru mengalami plasenta abruption +uterus rupture ktk kandungan 34 minggu 15 mac 2015. ini adalah anak keempat..anak 13,12,3+ tahun. anak 1dan 2 lahir normal, anak 3 dan 4 (baru ini) lahir ceasar....yang 4 ini stillbirth 2.31kg. anak ketiga emr ceasar kerana plasenta preavia type4 36 minggu,...slps kejadian saya di BTLlkan wlp sy x setuju...saya berada di icu bbp hari dan ditranfuse darah sbyk 7 paint....

    masalah sy skrg ialah tlalu inginkan anak lagi krn kehilangan yg ini...sy bcadang mjlnkan ivf/icsi slps 1 thn (mac 2016)...dr2 kerajaan tidak mgalakkan usaha ini kerana risko tinggi.saya ingin mendengar pendapat dr ttg hal ini krn dlm keinginan yg mbuak2 ini sy juga tidak mahu stkt mperjudikan nasib smata2..sbnrnya ada dr. yg menasihatkan saya mcuba slps 2 thn...ttp sy skrg sudah 38 thn, risau pula utk hamil 40 thn...utk pgetahuan dr, uterus rupture tsebt adalah pd scar ceasar sblmnya.ktk pembedahan plasenta tlh tkeluar sparuh drpd uterus....

    harap dr.sudi membantu saya yg sdg risau ini. tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berisiko ni puan. Kalau pecah peranakan boleh bawa maut. Sbb tu Dr dh ikat..

      Delete
  22. Doc boleh buat reversal. ? Kalau boleh saya nak buat appointment dng Dr..

    ReplyDelete
  23. Aslmkm. Saya telah melalui proses BTL atas masalah fibroid di salur fallopian sebelah kanan ketika berusia 36thn. Bolehkan saya melakukan RTL utk mengandung semula di usia 49thn? Kerana saya telah menjalani perkahwinan kedua selama 5thn dan kini suami saya minta menjalani rawatan supaya boleh mengandung semula bertujuan membei zuriat untuknya paling tidakpun seorang sudah memadai. Saya dalam dilema sekarang. Baru 2tahun lepas haid saya sudah berhenti. atau kah ini dipanggil sudah monopose? Atau boleh kah saya melalui porses IVF jika pilihan pertama saya gagal? Atau jika perlu Januari 2016 saya pulang ke London ikut suami boleh dilakukan rawatan untuk tujuan ini disana. Minta pandangan dan nasihat dari yang berkenaan. Tkasih

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. doc sy dh melahirkan ank 3 org n dgn kaedah pembedahan n doc dh ikat @ potong. n skrg sy bkahwin bru n nk dpt kn lg 1 jee ank tuk suami bru nie...ape kah cara yg perlu sy buat..boleh kah sy dpt ank lg dgn kaedah ivf??tq

    ReplyDelete
  26. sya dah pernah melakukan btl..adakah saya boleh melahirkan lagi memandangkan sya sudah mendirikan rumahtangga yg ke dua..

    ReplyDelete
  27. sya dah pernah melakukan btl..adakah saya boleh melahirkan lagi memandangkan sya sudah mendirikan rumahtangga yg ke dua..

    ReplyDelete
  28. sya dah pernah melakukan btl..adakah saya boleh melahirkan lagi memandangkan sya sudah mendirikan rumahtangga yg ke dua..

    ReplyDelete
  29. sy baru bersalin & mjalani BTL 17/8 lalu tp baby meninggal lpas 39 hari.. skrg sy ingin mengandung lg.. adakah doktor ada buat pkhidmatan utk RTL?? kalo ada brapakah kos semasa & mcmana nk buat appointment dgn doktor ye??

    ReplyDelete
  30. sy baru bersalin & mjalani BTL 17/8 lalu tp baby meninggal lpas 39 hari.. skrg sy ingin mengandung lg.. adakah doktor ada buat pkhidmatan utk RTL?? kalo ada brapakah kos semasa & mcmana nk buat appointment dgn doktor ye??

    ReplyDelete
  31. Assalam,,akak berumur 45 tahun dn sdg mengandung 5 bulan,,ank yg k 7,,DR. nasihatkan supaya,akak merancang dgn cara ikat peranakan,,yg mnjdi masaalah ialah,,akak tkut risiko yg akan di hadapi,kemudian hari jika peranakan di ikat dan di potong,,so apa pendapat DR,,dlm masaalah ni,,,

    ReplyDelete
  32. saya umur 43 tahun sy dah ad 7 anak sy juga buat btl dah 3 tahun. Skrg sy berkahwin baru suami mahukan zuriat. Menurut doc tidak bole dibuka lg apa kaedah untuk sy hamil semula? Harap doc dpt beri harapan tuk saya hamil lagi

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikim,Dr..sy berusia 37thn..kawin dlm usia yg muda.melahirkn ank ptama ktika berusia 17thn.sy mpunyai 5 org ank dgn arwah suami.cuma ank no 5 shj yg bsalin mlalui pmbedahn sbb ketika suami mninggal,sy mgndung 4 bulan ank ke 5 tu.krn rasa stress dgn kmatian suami sy ingtkn xnk kawin & xnk mgandung lg krn mmikirkn siapa nk tgung ank2 sy.tp skrg sy dh 7 thn kawin dgn suami ke 2.suami sy kata nk ank dgn sy wlupn dpt seorang klu x suami sy nk bkawin lain..tlg la sy Dr..sy pn teringin nk ank lg.klu ada peluang sy nk bjumpa dgn Dr.sy serius sgt, ni no tel sy 0129350446..Pn.Atie

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum,dr.sy pn atie.berusia 37thn.mpunyai 5 org ank lelaki dgn arwah suami.suami sy mninggal ketika sy mgandung 4 bln ank ke 5.semua lahir normal kecuali yg ank no 5(lahir thn 2005).sy tpaksa mta ikat krn dlm keadaan yg x tentu hala tuju sy sbb kmatian suami..sy intkn sy dh xnk kawin & mgandung lg sbb fkrkn siapa nk tgug ank2 sy mbesar.skrg sy dh 7 thn lebih bkawin dgn suami ke 2..suami sy nk ank dgn sy wlupn seorang.klu x suamj sy no bkawin lain.sy hrp Dr. fhm..lgpn sy teringin nk ank lg..sy berbesar hati nk bjumpa dgn Dr.kiranya ada peluang..ni no tel sy.0129350446.& kpd sesiapa yg membaca komen sy ni..tlg la bg info kt sy mana tau ada kt mana2 tmpt or Dr yg blh buat prosedur hamil semula ni..

    ReplyDelete
  35. Saya buat pembedahan BTL lebih kurang 7 thn . Ini blh mengandungke.

    ReplyDelete
  36. Saya cuma nak tau berapa kos pembedahan btl kat hospital luar. Bagi sape2 yg tau blh msg/whatsap saye nom. 0138211135. Saya berharap sangat sape2 yg tau boleh bagi info.

    ReplyDelete
  37. As slm, sy nk kongsi pngalaman. Sy baru buat btl 3 mnggu lpas Than lpas 2 mnggu haid kuar non stop. Ni dah ari ke 15. Dah jula doc, n bgi ubat. Doc ckp hormon prob. But still xstop spenuhnya. Ada x sesape alami prob yg sama.

    ReplyDelete
  38. Blh wspp sy..bg nma klinik yg blh buka btl tu x?sy nk sngt pregnt lg..tq for infromation

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum.. saya dah ikat pada tahun 2016.. dan saya ingin mengandung lagi.. soalan saya.. saya cuma nak tau .. saya di ikat peranakan hanya diikat atau di potong dan ikat.. perlu saya ke klinik kesihatan ke.. utk cek.. atau ke hospital besar tempat bersalin dulu..

    ReplyDelete
  40. Dr. sy 39thn skrg.. anak sy 3 org semuanya,2 orang bersalin secara normal,yang bongsu secara czer sebab saya ada masalah kncing manis dan baby besar..anak sulong saya sekarang 11thn,ke-2 9thn dan ke-3 2thn.semasa nak lahirkan yang bongsu pada 2017, dr sarankan saya ikat peranakan kerana faktor kesihatan.sy inginkan anak lg...kalau blh sy nk buka ikatan blk,adakah boleh dibuka kembali ikatan tu. tq

    ReplyDelete
  41. DR, sy dah buat BTL 22 th dulu(umur27).DR sy cakap hanya clip sahaja. Blh di buka jika sy ingin mengandung lg.
    Soalnya skrg....sy dah 49th. Bulan ni sy lewat haid.
    ๐Ÿ‘‰ Ada kemungkinan tk Sy mengandung?
    Nk pi check up takot.
    ๐Ÿ‘‰Boleh ke mengandung lg setelah BTL 22th dulu?
    Tolong lah jawap DR.

    ReplyDelete
  42. Sya da bt BTL... teringin sangat nak hamil lg... boleh kah sya mengandung lg setelah BTL?

    ReplyDelete
  43. Dr., saya nak tanya. Saya berumur 37 tahun.. Saya 2 kali mengandung luar rahim, kali pertama lekat sebelah kiri n yg terbaru sebelah kanan..saya berkahwin dgn suami sudah 5tahun.. Semasa kali kedua doc suruh sign borang untuk potong tiub kiri n kanan. Atas sebab takut jika mengandung lg luar rahim juga.. Kami x mampu buat ivf.. Tp kami nak ank.. Selalin ivf ada proses lain ka saya boleh buat untuk mengandung.. Seperti saya baca boleh ke saya buat proses RTL.. Harap doc boleh bg jawapan.

    ReplyDelete
  44. Replies
    1. Sy ade buat BTL 3 tahun lps kos nye rm1900 .
      Tp kwn sy buat BTL rm3500
      Kos tak same ..tgk ikut tempat pusat rawatan kot.

      Delete
  45. Salam doc..Saya pernah bersalin ceaser sb tga Kali..Dan dipotong tiub..Saya nak bersalin lagi Dan Saya amat menyesal dengan keputusan dlu.Saya DH berkahwin Kali kedua..tolong Saya doc..thank you

    ReplyDelete
  46. Saya pun sudah BTL. Nasihat saya kepada ibu-ibu jika kehamilan anda bakal merisikokan kesihatan anda, sebaiknya tangguhkan niat anda untuk hamil lagi. Suami tidak berhak meletakkan syarat mahu anak semata-mata dengan tepikan faktor kesihatan isteri, kerana anak yang bakal lahir juga perlu jagaan ibu yang sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sdh melahir 4anak dgn operation.masa yg ke4 doktor kata nk ikat.sdh hmpir 10tahun. Sekarang sy betul2 mahu mengandung lagi apa kah yg patut sy bt

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E