Skip to main content

Kementerian Bersedia Hadapi Gelombang H1N1 Kedua - Liow


KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan kini dalam usaha bersiap sedia menghadapi gelombang kedua wabak Influenza A (H1N1), kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata bagi menghadapi gelombong kedua ini, kementerian telah memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu meningkatkan pemantauan terhadap H1N1 di semua negeri, meningkatkan rawatan di semua hospital-hospital serta memperhebatkan lagi kempen mengenai H1N1.

"Bagi gelombang kedua H1N1, kita mengambil tiga langkah utama iaitu pertama tingkatkan pemantauan di akar umbi, di semua negeri dan daerah, kedua, kita akan tingkatkan rawatan kita di hospital di mana semua bilik Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) dilengkapkan dengan peralatan yang penting untuk mengubati H1N1 dan kita juga akan tingkatkan bekalan ubat-ubatan untuk memastikan kita bersedia sekiranya ada gelombang kedua H1N1.

"Langkah ketiga ialah memastikan komunikasi kita seperti media dan kempen kita diperhebatkan lagi untuk membolehkan orang ramai sentiasa berhati-hati," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.

Liow juga turut menegaskan supaya langkah pencegahan terhadap H1N1 perlu dilakukan berterusan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terleka.

"Jangan ambil lewa bahawa H1N1 tak ada lagi, maka langkah berhati-hati tidak diteruskan. Semua kena berhati-hati kerana wabak ini masih lagi hebat di China, Hong Kong, Eropah dan Amerika Syarikat," katanya.

Selain itu, beliau berkata sejak kempen kesedaran mengenai H1N1 dijalankan bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO), klinik swasta dan orang ramai, kadar penularan wabak tersebut dilihat menurun.

"Kempen kawalan kita berkesan dan rakyat kita memberi maklum balas yang amat positif kepada nasihat Kementerian Kesihatan untuk menjaga kesihatan diri dan persekitaran dalam memastikan wabak ini tidak menular," katanya.

Liow juga menegaskan bahawa sistem pengimbas suhu di semua pintu masuk negara masih dikekalkan. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...