Skip to main content

6 kejadian kluster ILI dikesan6 kejadian kluster ILI dikesan

KUALA LUMPUR 8 April - Sehingga pukul 8 pagi tadi, enam kejadian kluster penyakit serupa Influenza (ILI) dilaporkan berlaku di empat buah negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, dua daripada jumlah tersebut masing-masing berlaku di Melaka dan Kedah manakala satu di Perlis dan Terengganu.


"Di Melaka, 16 pelajar termasuk kakitangan kolej Kolej Yayasan Saad di Ayer Keroh dan 11 pelatih di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Asahan dilaporkan mengalami gejala ILI dan kesemua mereka menerima rawatan pesakit luar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, 35 murid Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang dan 84 murid SMK Kedawang di Langkawi, turut menerima rawatan sebagai pesakit luar, bagaimanapun hasil siasatan yang dilakukan kedua-dua kejadian kluster tersebut tidak menunjukkan gejala ILI.

Sementara itu, di Perlis, enam pelatih PLKN Tassoh hanya menerima rawatan pesakit luar manakala di Sekolah Pondok Darul Iman, Kuala Berang, 15 pelajarnya hanya menerima rawatan pesakit luar dan siasatan mendapati mereka tidak mengalami gejala ILI.

Bagaimanapun, Kata Dr. Ismail, keputusan ujian makmal bagi kesemua kejadian kluster yang dilaporkan masih belum diterima.

"Jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di dalam wad adalah seramai 554 kes di seluruh negara. 55 kes daripadanya disahkan positif Influenza A (H1N1) manakala lima kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes kematian yang diterima semalam," katanya lagi.

Justeru katanya, berdasarkan kejadian yang dilaporkan, Influenza A masih aktif dan meminta orang awam terus mengambil langkah berjaga-jaga.

"Antaranya dengan menjauhi tempat awam jika mempunyai gejala ILI seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera," jelasnya.

Tambahnya lagi, orang ramai diminta menjaga kebersihan diri dan mengamalkan hidup yang sihat serta mengelakkan diri daripada bergaul dengan individu yang mempunyai gejala simptom ILI.

"Semua pihak termasuk pihak berkuasa sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT), PLKN serta majikan segera melaporkan kejadian kluster ILI ke pejabat kesihatan daerah yang berhampiran supaya tindakan dapat diambil," ujarnya.

Segala maklumat lanjut berkenaan Influnza A boleh diperolehi dengan melayari laman web http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline kementerian kesihatan di talian 03-8881 0200/0300 dari pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E