Skip to main content

Satu Kes Kematian H1N1 Dicatatkan

PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Satu kes kematian disebabkan jangkitan Influenza A H1N1 dicatatkan pada Jumaat sementara dua lagi kematian bukan disebabkan jangkitan H1N1 secara langsung.

Kes kematian itu melibatkan lelaki berumur 53 tahun yang mempunyai pelbagai faktor risiko seperti penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, hipertensi, kegagalan ginjal dan angin ahmar.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa meninggal dunia pada 19 April lepas di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu dan penyebab kematian adalah disebabkan "Severe Bronchopneumonia, H1N1 positive with Acute Respiratory Distress Syndrome".

Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 setakat ini adalah 79 orang, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengenai kes kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) pula, beliau berkata sehingga pukul 8 pagi tadi sejumlah 12 kes dilaporkan di Johor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Selangor.

Di Johor, kes membabitkan Kilang Keenway Industri Sdn Bhd, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu Kluang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Idris Bendahara, SK Bandar Jalan Mesjid, Batu Pahat dan Sekolah Jenis Kebangsaan China Johor Bharu.

Kes di Selangor membabitkan sebuah keluarga di Kampung Dato Dagang, Klang dan di Simpang 3, Kampung Sungai Udang manakala di Perak membabitkan SK Batang Padang.

Bagi kes di Kuala Lumpur pula ialah di SMK Puteri Wilayah, SMK Dato Undang Musa Al-Haj di Jelebu Negeri Sembilan, SK Sri Bemban di Jasin, Melaka serta sebuah keluarga di Kampung Sinar Baru, Kuching Sarawak.

Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 603 kes dan daripada jumlah itu 82 kes disahkan positif influenza H1N1, 12 kes dirawat di unit rawatan rapi dan sembilan daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko. -- BERNAMA


Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...