Skip to main content

263 Kes ILI Dikesan Dari 21-27 Feb

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Seramai 263 pesakit baru dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital sepanjang tempoh dari 21 hingga 27 Feb lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama juga 272 pesakit telah dibenakan pulang.

"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga 27 Feb lepas adalah sebanyak 355 kes di 40 buah hospital kerajaan dan empat buah hospital swasta.

"Daripada jumlah tersebut hanya 17 pesakit atau 5.1 peratus merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata sehingga 27 Feb lepas jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah 12,456 dan lapan kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lima daripadanya mempunyai faktor risiko.

Dr Mohd Ismail berkata lima kejadian kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu lalu iaitu masing-masing satu kes di dua kem PLKN -- PLKN Benom Hill, Raub yang melibatkan 18 pelatih dan kem PLKN Etnobotani di Gua Musang yang melibatkan 39 pelatih.

Kejadian kluster ILI lain ialah masing-masing satu kes di Syarikat HLM Autopart KIP Kepong yang melibatkan 11 pekerja, Kolej CIAST Seksyen 19 di Shah Alam yang melibatkan 19 pelajar dan Kampung Sawah Batu di Pekan yang melibatkan lapan penduduk Orang Asli.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, katanya.

Dr Mohd Ismail berkata suntikan vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan H1N1 telah bermula minggu lepas dan orang ramai yang dikategorikan sebagai kumpulan sasar berkeutamaan boleh mendapatkan suntikan di 104 fasiliti kerajaan yang dikenal pasti. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...