Pagi Jumaat lalu, Zaini ke sebuah pusat membeli-belah untuk memeriksa matanya. Sejak akhir-akhir ini, penglihatannya semakin kabur. Memang sebelum ini dia kurang gemar memakai cermin mata hitam, malah dia sering menatap komputer pada jarak yang dekat. Kebetulan rakannya menyarankan dia membuat pemeriksaan mata di sebuah kedai optik terkenal.
Melalui penerangan rakannya, baru dia mengetahui tidak semua kedai optik mempunyai ahli optometri. Ahli optometri adalah individu yang berkait rapat dengan penglihatan.
Bidang kerjaya sebagai ahli optometri agak luas. Ia turut merangkumi memberi rawatan kepada masalah penglihatan yang dialami pesakit.
Mereka juga membuat diagnosis terhadap masalah penglihatan yang dialami mana-mana individu sama ada rabun jauh atau dekat atau kedua-duanya sekali yang memerlukan bantuan alat penglihatan seperti cermin mata atau kanta lekap untuk kembali normal.
Selain itu, tugas mereka turut membabitkan ujian terhadap keupayaan mata individu untuk memfokus.
Mereka juga mampu untuk menentukan darjah kanta yang perlu digunakan oleh mana-mana individu yang mengalami masalah rabun.
Ahli optometri mampu membuat ujian glaukoma dan penyakit mata yang lain dengan melakukan diagnosis keadaan yang disebabkan masalah penglihatan mata seperti darah tinggi dan kencing manis dengan merujuk pesakit kepada pengamal perubatan yang disarankan.
Melalui pemeriksaan mata termasuk beberapa ujian khas, ia dapat mengelakkan kehilangan penglihatan akibat daripada penyakit ini.
Menurut juru gaya cermin mata dan ahli optometri Malaya Optical, Ryan Ho, kebanyakan ahli optometri menjalankan tugas secara umum. Bagaimanapun, ada yang pakar dalam penglihatan warga emas dan kanak-kanak. Selain itu, ada juga di antara mereka yang pakar dalam bidang kanta lekap, terapi penglihatan dan penglihatan untuk ahli sukan.
Selain itu, ada juga ahli optometri yang terbabit dalam bidang penyelidikan, mengajar dan memberikan khidmat perundingan.
" Untuk menjadi ahli optometri bukan mudah. Mereka perlu mendapatkan kelayakan yang sah. Mana-mana individu yang berminat perlu ada kelaykan tertentul," katanya.
Menurut Ryan, orang ramai boleh membuat ujian glaukoma di Malaya Optical memandangkan kedai ini mempunyai ahli optometri yang sah dan mesin pemeriksaan yang canggih. Kemudian, Ryan akan menyarankan pelanggannya yang mempunyai masalah mata berjumpa dengan pakar perubatan.
"Ramai orang yang tidak memahami fungsi optometri. Dengan pencegahan dan pengesanan awal, kami dapat membantu pelanggan mengatasi glaukoma. Justeru itu, selain membeli cermin mata hitam untuk melindungi mata, mereka juga boleh mengetahui tahap kesihatan mata," jelasnya yang telah memenangi anugerah BrandLaureate-SMEs 2009 (Hadiah Jenama-Usahawan Kecil Sederhana) di bawah kategori Jenama Terbaik Dalam Jualan Runcit - Pusat Vision Solution.
Kedai pertama Malaya Optical dibuka pada tahun 1957 oleh datuk Ryan, di China Town Kuala Lumpur. Ryan memberitahu, keistimewaan kedai Malaya Optical adalah setiap tujuh kedai ini ditempatkan seorang optometri agar pelanggan-pelanggannya boleh mendapatkan nasihat daripada seseorang yang bertauliah.
"Satu lagi kelebihan kedai Malaya Optical berbanding dengan kedai kaca mata lain yang terdapat di Malaysia adalah beberapa daripada cawangannya dilengkapi dengan mesin-mesin canggih untuk mengesan masalah penglihatan dan kesihatan anak mata.
Juru gaya cermin mata ini pernah menjadi penasihat kepada beberapa orang ahli politik dan artis-artis popular dalam negara.
"Saya menganalisis bentuk tulang muka dan deria sebelum memberikan mereka nasihat dan panduan untuk menyerlahkan lagi bahagian muka. Ini menambahkan lagi keceriaan di muka si pemakai, kerana kaca mata mampu mengubah rupa bentuk seseorang dalam sekelip mata tanpa kosmetik," ujarnya. - Utusan

Melalui pemeriksaan mata termasuk beberapa ujian khas, ia dapat mengelakkan kehilangan penglihatan akibat glaukoma.

Comments
Post a Comment