Skip to main content

4 kanak-kanak pesakit jantung rayu bantuan

LIM bersama anaknya, Dawson Ang yang menghidap jantung Berlubang ketika di Gleneagles Intan Medical Centre.

AMPANG: Seorang bayi dan tiga kanak-kanak yang menderita penyakit jantung sejak lahir memerlukan bantuan segera daripada orang ramai yang prihatin bagi membiayai kos pembedahan berjumlah RM113,000 selepas ibu bapa dan penjaga mereka tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang terlalu tinggi.

Muhammad Atif Iman Mohd Razif, 3 bulan, yang baru dikesan menghidap saluran jantung tersumbat atau Patent Ductus Arteriosus (PDA) memerlukan RM15,000 agar kehidupannya normal seperti kembarnya, Muhammad Atif Iman dan bayi lain.

SALINA Mohd Rasid bersama anaknya, Muhammad Atif yang menghidap jantung berlubang.

Bapanya, Mohd Razif Fariq Mohd Radzi, berkata sejak dilahirkan Muhammad Atif sering menangis, tidak mahu menyusu dan kehilangan berat badan berbanding kembarnya, Muhammad Alif. “Keadaan Muhammad Atif amat kritikal dan saya hanya mampu menyediakan RM6,000 yang dikeluarkan melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sebagai kakitangan swasta yang memperoleh pendapatan RM1,900 sebulan, isteri tidak bekerja dan mempunyai tiga tanggungan masih kecil saya berharap ada pihak yang simpati untuk menghulurkan sumbangan bagi membolehkan Muhammad Atif kembali normal,” katanya di sini semalam.

Dawson Ang Zi Guang, 1, yang menghidap PDA dan jantung berlubang atau kecacatan septum ventrikel (VSD) memerlukan RM28,000 bagi membolehkannya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Bapanya, Ang Kim Han, 29, yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM50 sehari tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang tinggi itu.

Ibu Dawson Ang, Lim Poh Soon, 28, berkata, beliau dan suaminya hanya menyedari keadaan anaknya yang memerlukan pembedahan segera selepas mendapat nasihat seorang doktor dan perkembangan anaknya yang tidak seperti bayi lain.

“Berat badannya hanya enam kilogram dan tidak dapat merangka, duduk atau aktif seperti bayi lain. Disebabkan penyakit ini dia juga sukar membuang air besar.

Tang Ting Yee, 2, yang menghidap empat penyakit berkaitan jantung pula memerlukan sumbangan orang ramai sebanyak RM18,000 bagi membolehkannya menjalankan pembedahan membesarkan salur darah.

Ibunya, Tee Hui Lian, 30, berkata, anaknya itu juga mengalami sindrom Rubela dan memerlukan beberapa pembedahan lain.

“Pembedahan kali keduanya dijangka pada Mei ini dan dengan pendapatan suaminya RM2,000 sebulan kami memerlukan bantuan orang ramai yang prihatin terhadap nasib yang menimpa anak saya ini,” katanya.

Seorang lagi pesakit, Goh Zheng Yi, 6, memerlukan sumbangan RM52,000 untuk menjalani pembedahan jantung terakhirnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh mengirim cek atas nama Berita Harian dengan nama pesakit ditulis di belakang cek dan dialamatkan kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. - Berita Harian

Comments

  1. assalammualaikum.... saya ingin menderma sebahagian hati saya.... saya telah mendaftar di pusat sumber tranplan nasional, keluarga saya pun sudah mengetahui niat murni saya.... dan kini saya ingin mencapaikan hasrat murni saya untuk menderma sebahagian hati saya kepada yang memerlukan... anda boleh menghubungi saya di no 019-2482963 (faizal).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...