Skip to main content

Atasi masalah lemah kawalan kencing

Murung, sering ke tandas dan tidak yakin menghadiri majlis. Simptom-simptom ini mungkin dialami oleh wanita yang tidak dapat mengalami masalah mengawal kencing. Sedar atau tidak, jika masalah ini tidak diatasi, aktiviti harian anda mungkin terjejas.

 Majlis 'Apa kata wanita' anjuran Poise yang turut melancarkan laman web www.poise.com.my

"Saya bersikap terbuka tentang pengalaman saya kerana satu-satunya cara untuk mendapatkan jawapan yang saya inginkan ialah dengan meluahkan masalah saya. Saya harap wanita yang runsing dengan masalah mereka akan berbincang dan mendapatkan bantuan yang terbaik," kata Maznah, bekas penghidap kanser endometrium yang mengalami masalah lemah kawalan kencing hasil kesan sampingan radioterapi.

Bercerita tentang pengalamannya, Maznah bukan sahaja mengalami kesukaran menghadiri majlis seperti kenduri kahwin, dia juga terpaksa melupakan hasrat memakai baju kurung. Dia lebih selesa memakai seluar panjang. Lebih merumitkan, dia akan meminta anak perempuannya memeriksa bahagian belakangnya sama ada kelihatan kesan basah atau tidak.

"Sembilan tahun mengalami masalah ini memang sukar untuk saya. Sejak disahkan menghidap kanser pada tahun 2001, masalah terkucil ini mengganggu saya," katanya pada majlis 'Apa kata wanita' anjuran Poise.

kekerapan

Sementara itu, Norhaslina Hashim mengakui dia mengalami masalah ini sebelum berkahwin lagi. Namun, ketika itu dia menganggap masalah ini normal dan bukan sesuatu yang serius. Kebetulan, ibunya juga mengalami masalah lemah kawalan kencing.

"Saya gemar ketawa dan memang seorang yang periang. Tetapi setelah mengalami masalah lemah kawalan kencing, saya terpaksa mengawal kekerapan dan cara saya ketawa. Saya juga terpaksa berulang kali ke tandas dalam sehari untuk memastikan saya tidak membasahkan diri terutamanya semasa majlis keramaian atau perjalanan yang jauh. Ia sungguh menyusahkan," kata ibu kepada dua anak.

Keadaan semakin rumit selepas melahirkan anak pertama dan kedua. Norhaslina merasakan masalah ini semakin tidak dapat dikawal. Dia terpaksa menahan ketawa hanya kerana tidak mahu terkencing dan basah.

Norhaslina dan Maznah menggalakkan wanita untuk menjadi lebih terbuka mengenai pengalaman mereka menghadapai masalah lemah kawalan kencing dan mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan karib.

"Anda mungkin tidak menyangka ada wanita lain yang mengalami masalah sama. Mungkin mereka dapat membantu anda dalam perjuangan untuk mengatasi cabaran ini. Selain itu, anda perlu bersikap positif. Jangan mudah mengaku kalah dan perlu yakin pada diri sendiri," jelas mereka yang sudah hampir dua tahun menggunakan Poise.

Selain itu, mereka tidak lupa melakukan senaman lantai pelvik yang membantu menangani masalah ini.

Kini, mereka lebih yakin dan dilindungi.

Sementara itu, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Presiden Yayasan Kontinens Malaysia, 65 peratus wanita yang ditemuramah tidak mendapatkan rawatan dan 64.5 peratus daripada mereka yang bertemu dengan doktor mengatakan doktor tidak mengambil berat tentang masalah mereka.

"Masalah ini mungkin tidak mengancam nyawa tetapi ia memberi kesan negatif terhadap gaya hidup seseorang wanita. Lemah kawalan kencing boleh menjejaskan segala aspek kehidupan seperti gangguan tidur dan mengehadkan aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, ia menyebabkan masalah keyakinan diri, masalah seksual dan masalah untuk bersosial. Masalah ini tidak sepatutnya menjadi halangan untuk menikmati kehidupan yang aktif," katanya.

mengetahui

Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia untuk Poise, Haniza Tahir pula memberitahu, walaupun masalah lemah kawalan kencing bukan sesuatu perkara yang yang menjadi pokok perbincangan di kalangan rakan-rakan, anda mungkin terkejut mengetahui bahawa satu per empat daripada semua wanita akan mengalami masalah lemah kawalan kencing pada satu tahap dalam hidup mereka.

"bagi wanita yang mengalami masalah lemah kawalan kencing, persoalan yang sering menyelubungi mereka ialah cara terbaik untuk mengurusnya. Tidak ramai yang ingin berbincang atau mahu mengetahui lebih lanjut mengenai masalah ini. Justeru itu, Poise memperkenalkan laman web pertama di Malaysia www.poise.com.my yang membantu wanita mengawal masalah ini, memberikan informasi, fakta-fakta dan nasihat mengenai jenis masalah lemah kawalan kencing, serta apa yang anda boleh lakukan untuk mengawal masalah anda. Dalam pada itu, Poise direka khas untuk masalah lemah kawalan kencing menyerap dua kali lebih banyak dan membantu mengawal bauan. Selain itu, orang ramai boleh menghubungi 1-800-821188 untuk maklumat lanjut. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...