Friday, April 30, 2010

Seorang lagi mangsa korban H1N1

PUTRAJAYA: Wabak Influenza A (H1N1) meragut satu lagi korban, Sabtu lalu, membabitkan warga emas berusia 61 tahun, di Kuala Terengganu, menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 mencecah 81 orang.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita berkenaan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Jumaat lalu dan meninggal dunia keesokan harinya selepas mengalami masalah pernafasan.

"Mangsa turut mengalami beberapa faktor risiko seperti penyakit jantung (Ischaemic Heart Disease), diabetes, dan hypertension,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Bagaimanapun, katanya, kematian seorang lelaki berusia 46 tahun di hospital sama pada Jumaat lalu bukan disebabkan H1N1 secara langsung.

“Laporan pakar mengesahkan lelaki itu meninggal disebabkan komplikasi akibat radang paru-paru dan sepsis oleh jangkitan bakteria walaupun kes itu sebelum ini disahkan positif H1N1," katanya.

Hingga jam 8 pagi semalam, beliau berkata, pihaknya menerima tiga laporan kluster penyakit seperti selesema (ILI) di Melaka dan Kuala Lumpur.

"Sementara itu, di Kuala Lumpur, lima warga Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2 dan lima warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson menunjukkan keputusan sampel positif H1N1.

“Semuanya sudah menerima rawatan antiviral di hospital," katanya.  - Berita Harian

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment