Skip to main content

Posts

H1N1: 3 lagi kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan sehingga jam 9 pagi tadi, menjadikan kes kematian terkumpul 59 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata semua kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, sakit injab jantung dan asma. Beliau berkata, kes kematian itu membabitkan seorang lelaki berumur 22 tahun yang obes, seorang lelaki berusia 29 tahun dengan penyakit injab jantung dan seorang wanita berumur 44 tahun yang mempunyai sejarah asma. "Terdapat seramai 120 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 29 lagi dirawat di ICU, 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan selepas bersalin (1)," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, Kementerian Kesihatan mendapati orang ramai yang mempunyai simptom influenza yang ringan masih mengunjungi tempat awam seperti pusat membeli-be...

Clinics not keen on stocking up Tamiflu

By SHAUN HO and CHEW WAN YING PETALING JAYA: Private clinics are hesitant to stock up on the A (H1N1) anti-viral drug, Tamiflu, due to its high cost and inconsistent guidelines from the Health Ministry. According to a survey carried out by The Star among 12 private clinics here, eight did not have the supply and did not intend to place orders with suppliers. “The Government is inconsistent in giving guidelines regarding the prescription of drugs,” said a doctor in Jalan Bangsar in Kuala Lumpur. Yesterday, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai directed all public and private hospitals to administer immediate treatment to patients with flu-like symptoms and with high fever that persisted for more than 48 hours. Prescription should be made based on the doctor’s discretion and on a case-by-case basis, said the doctor who did not want to be named. “If we indeed follow the latest guidelines, the supply will run out soon. It will be harder for us to restock, as there i...

A(H1N1): Three new deaths bringing total to 59

By NG CHENG YEE PETALING JAYA: Three more deaths from Influenza A (H1N1) have been reported, bringing the total to 59 and all of them were among the high-risk group, said Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican. The first was a 22-year-old man, who was obese, and the second one was a 29-year-old man, who suffered from valvular heart disease. The third fatality was a 44-year-old woman with a history of asthma, who died of pneumonia. The 22-year-old man died of viral pneumonia while the cause of death for the 29-year-old man was severe bronchopneumonia. Dr Ismail said members of the public with mild influenza symptoms were still visiting shopping complexes, traveling, working, going to school or taking public transports. “The ministry found that many of them did not wear masks while those who do wear masks are the healthy ones,” he said. He urged those with influenza symptoms to stay home until they recovered. Dr Ismail said antiviral treatm...

H1N1: Usah bawa terlalu ramai penyokong

PULAU PINANG 14 Ogos - Polis meminta parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak membawa kumpulan penyokong yang terlalu ramai berikutan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) ketika ini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, peringatan ini perlu dilakukan pihaknya kerana pada masa ini bilangan angka kematian akibat wabak itu kian meningkat. Menurutnya, mereka yang terlibat dalam kempen pilihan raya perlu memberi keutamaan terhadap aspek kesihatan, terutamanya golongan berisiko tinggi dijangkiti wabak itu seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang berpenyakit. "Polis menjangkakan jumlah kedatangan penyokong dari luar agak besar. Ini secara tidak langsung mendedahkan orang ramai kepada penyakit ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Ayub, polis juga akan mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan bagi memastikan persiapan pilihan raya kali ini berjalan lan...

1,100 pelajar SMK Sungai Tong solat hajat elak H1N1

pelajar dan guru SMK Sungai Tong, Setiu mendirikan solat hajat minta dihindari wabak selesema babi di pekarangan sekolah itu semalam. SETIU 14 Ogos - Seramai 1,100 pelajar termasuk guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong di sini mengadakan solat hajat memohon Tuhan agar diselamatkan daripada menjadi mangsa selesema babi atau Influenza A (H1N1). Difahamkan, 10 pelajar dan dua guru sekolah tersebut disyaki dijangkiti virus itu sejak minggu lalu. Solat hajat yang diadakan secara berjamaah semalam itu dipercayai yang pertama dilakukan oleh pihak sekolah di negeri ini setakat ini. Pengetua SMK Sungai Tong, Mustapa Abd. Razak berkata, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan menunaikan solat hajat pada kira-kira pukul 8.10 pagi sebagai 'menolak bala' di samping langkah pencegahan dari menular di kalangan pelajar lain. Menurutnya, solat hajat itu diadakan di pekarangan sekolah berkenaan yang disertai semua pelajar lelaki dan perempuan sekolah tersebut. ...

Yayasan Perak edar 10,000 penutup mulut

IPOH 14 Ogos - Yayasan Perak mengedarkan 10,000 penutup mulut dan hidung secara percuma kepada penduduk di Kampung Manjoi, dekat sini bagi mencegah penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1). Pengerusinya, Datuk Mohamad Nazri Ismail berkata, 10,000 lagi penutup mulut dan hidung akan diedarkan minggu depan untuk tujuan yang sama. "Ini hanya merupakan peringkat awal dan kami merancang untuk mengadakan lebih banyak program seumpama ini untuk membantu orang ramai. "Kita juga akan meninjau keadaan semasa wabak H1N1 dan bersedia menghulurkan bantuan di kawasan lain di Perak bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kempen kesedaran wabak H1N1 di Kampung Manjoi yang turut dihadiri Ketua Unit kawalan Penyakit Berjangkit JKNP, Dr. Asiah Ayob. Kempen kesedaran dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) itu disertai kira-kira 500 penduduk Kampung Manjoi dan kawasan sekitar. Moha...

Istana Abdul Aziz dikuarantin sehingga Ahad

KUANTAN 14 Ogos - Istana Abdul Aziz di sini dikuarantin sehingga Ahad ini berikutan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama lima anakanda baginda dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1). Berikutan itu, tiada kaum kerabat termasuk kakitangan dibenarkan keluar dari kawasan istana sejak Tengku Puan Pahang dimasukkan ke Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas dijangkiti penyakit itu sejak Sabtu lalu. Ketika mengesahkan perkara itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah bertitah, selain kaum kerabat dan kakitangan dilarang keluar dari istana, pihak luar termasuk pekerja yang menjalankan kerja-kerja di pekarangan istana, juga tidak dibenarkan masuk. ''Tiada siapa dari dalam istana dibenarkan keluar, pekerja dari luar pun tidak dibenarkan masuk sehingga 16 Ogos ini,'' titah baginda menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Jumaat lalu, lima anakanda baginda, Tengku Hassanal Ib...