|
|
Difahamkan, 10 pelajar dan dua guru sekolah tersebut disyaki dijangkiti virus itu sejak minggu lalu.
Solat hajat yang diadakan secara berjamaah semalam itu dipercayai yang pertama dilakukan oleh pihak sekolah di negeri ini setakat ini.
Pengetua SMK Sungai Tong, Mustapa Abd. Razak berkata, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan menunaikan solat hajat pada kira-kira pukul 8.10 pagi sebagai 'menolak bala' di samping langkah pencegahan dari menular di kalangan pelajar lain.
Menurutnya, solat hajat itu diadakan di pekarangan sekolah berkenaan yang disertai semua pelajar lelaki dan perempuan sekolah tersebut.
''Solat hajat berjemaah itu telah diimamkan oleh Mustafa Ismail," katanya di sini semalam.
Sejurus selesai solat hajat itu, Mustapa turut menyampaikan taklimat kepada para pelajar mengenai bahaya penyakit itu dan cara mengatasi virus H1N1. - Utusan.
Comments
Post a Comment