Skip to main content

Posts

Kesihatan isytihar kempen habis-habisan hapus denggi

PULAU PINANG, 23 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengisytiharkan kempen habis-habisan menghapus denggi selepas mencatat 11 kematian dan 2,713 kes tahun ini. Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah kematian akibat demam denggi meningkat minggu ini khususnya di Selangor. "Demam denggi dalam negara meningkat dan jumlah ini merupakan petunjuk yang harus mengejutkan setiap orang bertindak oleh kerana dari 17 Jan hingga 21 Jan, kita mencatatkan 776 kes denggi dengan enam kematian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Teknologi kesegaran sauna, "Freshural Korean Sauna Technology" di sini hari Sabtu. Beliau berkata walaupun terdapat penurunan jumlah kes denggi berbanding tahun lepas dalam tempoh yang sama iaitu 4,213 kes tetapi jumlah kematian bagi kedua-dua tahun adalah sama iaitu 11. Katanya, pada 2009 jumlah kes yang direkodkan ialah 4,100 dengan 88 kematian sementara pada tahun sebelumnya 4,900 kes dengan 112 kematian. Bagaimanapun,...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Klinik 1Malaysia Mendapat Sambutan Luar Dugaan Di Sebalik Kesangsian Awal

Oleh S.Retnanathan KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Klinik 1Malaysia yang dilancarkan kira-kira tiga minggu lepas telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada rakyat. Ini di sebalik kesangsian awal oleh pihak tertentu mengenai kejayaan klinik itu yang hanya mengenakan bayaran RM1 sahaja dan dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kajian Bernama baru-baru ini mendapati walaupun golongan profesional khususnya di kalangan pengamal perubatan memberikan respons acuh tak acuh kepada klinik itu, namun rakyat memberikan sokongan padu. Kebimbangan golongan pengamal perubatan itu berdasarkan keputusan kerajaan untuk membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan, menurut mereka akan menjejaskan doktor swasta dan merisikokan standard penjagaan kesihatan negara. Namun semua itu tidak menghalang orang ramai daripada berduyun-duyun mengunjungi klinik 1Malaysia untuk mendapatkan rawatan bagi sakit yang ringan seperti demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandu...

355 pesakit baru gejala serupa ILI dikesan

KUALA LUMPUR - Seramai 355 pesakit baru dengan gejala serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital sepanjang tempoh 10 hingga 16 Januari lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata, dalam tempoh yang sama juga 339 kes telah discaj keluar. “Jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga Sabtu lalu, sebanyak 341 kes di 43 hospital kerajaan. “Daripada jumlah tersebut hanya 25 pesakit atau 7.3 peratus merupakan kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, terdapat lima kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan empat daripadanya mempunyai faktor risiko manakala seorang tiada faktor risiko. ”Sehingga 16 Januari lalu, jumlah terkumpul kes positif Influenza A (H1N1) adalah 12,356 dan jumlah kematian terkumpul kekal 77 orang,” katanya. Beliau berkata, satu kejadian kluster ILI dilaporkan berlaku di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Geokosm...

Kes denggi Johor catat penurunan

MUAR: Kes denggi di Johor mencatatkan penurunan 35.4 peratus sepanjang tahun lalu dengan hanya 2,528 kes berbanding 3,911 kes pada 2008. “Penurunan kes ini hasil usaha keras Jabatan Kesihatan Johor serta usaha sama pelbagai pihak memeranginya sepanjang tahun lalu. “Kami memeriksa 494,584 premis dan 7,438 premis daripadanya didapati positif ada pembiakan nyamuk aedes. Sehubungan itu, sebanyak 3,383 kompaun bernilai RM519,150 dikenakan terhadap premis yang didapati positif pembiakan aedes,” katanya. - Harian Metro

Denggi masih jadi ancaman

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Denggi masih menjadi antara ancaman utama di negara ini apabila sejumlah 64 kes baru termasuk dua kematian dicatatkan pada minggu pertama tahun ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, kes kematian pertama membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun dari Bandar Utama, Selangor. Katanya, pemeriksaan di kawasan kediaman mangsa menunjukkan kadar pembiakan nyamuk aedes di situ sangat tinggi iaitu kira-kira 75 peratus. "Kematian kedua melibatkan seorang suri rumah berusia 29 tahun di Cheras yang dikesan menghidap denggi berdarah dipercayai dijangkiti ketika melawat ibunya di Taman Pandan Perdana iaitu antara kawasan berisiko tinggi,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sementara itu jelas beliau, peningkatan 64 kes itu menjadikan keseluruhan 940 kes dicatatkan dalam tempoh 3 hingga 9 Januari berbanding 876 kes di antara 27 Disember dan 2 Januari lalu. Katanya, Selangor merupakan negeri paling tinggi m...

Pesakit kencing manis meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di negara ini mencatatkan peningkatan hampir 80 peratus kepada 1.4 juta penduduk dewasa berumur 30 tahun ke atas dalam tempoh 10 tahun dari 1996-2006. Dalam ruangan bulanan beliau dalam buletin berita Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), beliau berkata gaya hidup merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan jumlah pesakit diabetes di negara ini. Beliau berkata perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, pemakanan seimbang dan peningkatan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal penyakit ini. Dr Ismail berkata obesiti merupakan satu lagi trend di Malaysia, ekoran Kajian Kesihatan dan Morbiditi Negara pada 2006, menunjukkan jumlah mereka yang obes mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus bagai tempoh 10 tahun dari 1996. - Harian Metro